بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..`
(Sekadar perkongsian: Jika ada yang berminat untuk menyumbang atau menaja majlis berbuka puasa di perkampungan Kemboja yang sangat-sangat memerlukan, sila baca atau klik di SINI ye).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
30.5.2013
Windmill at Zaanse Schanse And Fishing Village at Volendam, Amtersdam.
Seawal jam 8 pagi, selepas briefing dan bacaan doa, kami semua bertolak ke Amsterdams, Netherlands. Memang teruja sangat nak melihat negara yang unik ini, yang kebanyakan tanahnya berada di bawah permukaan laut. Dikatakan 20 peratus wilayah dan 21 peratus penduduknya hidup di bawah permukaan air laut. Lima puluh peratus tanah di negara ini terletak hanya 1 meter di atas permukaan laut.
Destinasi pertama kami adalah Zaanse Schans, melihat keindahan sepanjang Zaan River dan kincir-kincir angin aka windmill yang memang sinonim dengan Netherlands. Juga terdapat Zaans Museum di kawasan yang sama.
Zaanse Schans ni merupakan ‘open air conservation area’. Dari jauh dah nampak rumah-rumah kayu berwarna hijau, mewakili rumah tradisional Belanda pada kurun ke 17 dan 18 (green wooden houses). Cantik dan bersih.
Cuaca awal musim panas yang nyaman dan sejuk membuatkan kami rasa seronok menjelajah di sekitar ‘perkampungan’ ini, tidak terasa penat. Ada juga yang memilih untuk berbasikal.
Sangat kreatif. Dalam setiap rumah ni dijadikan ruang pameran untuk hasil kraf dan juga dijual sebagai souvenir. Jika bernasib baik, kita berkesempatan melihat sendiri proses pembuatannya, seperti penghasilan terompah kayu yang memang terkenal sebagai identiti Netherlands.
Pemandangan di sepanjang Zaan River, indah bagai lukisan…
Dari jauh sudah kelihatan kincir-kincir angin di sepanjang tebing sungai. Nampaknya angin cukup kuat di sini sehinggakan kincir-kincir angin sentiasa berputar.
Sebelum ke destinasi seterusnya, kami singgah solat jamak zohor-asar dahulu di Masjid Zaandam, antara masjid terbesar di Amsterdam yang dibangunkan oleh muslim berketurunan Turki.
Alhamdulillah, dapat menjamu selera juga di cafe di bahagian bawah Masjid Zaandam ni. Sedap betul kombinasi nasi dan lauk tu. Nasi tu ala-ala beras pulut gitu, agak melekit sedikit, tapi confirm sedap.
Perut pun dah kenyang, bertenaga kembali untuk meneruskan perjalanan ke Volendam, perkampungan nelayan yang terletak 20 kilometer ke utara Amsterdam.
Volendam sebuah perkampungan nelayan kecil, dikatakan antara perkampungan nelayan tercantik didunia. Kebanyakan penduduknya terlibat dalam industri perikanan dan juga pelancongan. Ummiross fikir ianya berkembang maju sebagai ‘tourist attraction’, banyak sekali kedai-kedai cenderamata dan cafe. Ramai pelancong yang kami jumpa kat sini, semuanya teruja nak merakam suasana..
Lorong pejalan kaki dan deretan kedai yang tersusun. sayangnya ketika kami tiba, kebanyakan kedai dah tutup.
Banyak cenderamata yang cantik-cantik kat sini, rasa macam terkilan pula sebab dah banyak membeli semasa di Perancis sebelum tu.
Kilang cheese pun ada..
Secawan kopi menjadi lebih enak dinikmati jika dekorasinya begini, simple tapi menarik.
Pelabuhan Volendam, cantik-cantik bot mereka. Ada juga bot-bot persendirian yang nampak canggih.
Ada tulisan jawi halal tu. Kedai Arab Muslim rupanya.
Akhirnya dapat juga kami menikmati secawan kopi…
bersama ‘kuih Arab yang manis ni’-baklava? ….walla!!!
sambil merenung pelabuhan nelayan yang indah..entah kenapa tiba-tiba terbayang perkampungan nelayan di negara kita, bila agaknya akan jadi seperti ini.
Check in di hotel penginapan. Hari masih cerah, maklumlah, waktu maghrib pun masuk dalam pukul 9 malam.
Jadi ummiross dan suami keluar jalan-jalan di kawasan berdekatan, melihat persekitaran, menjamu mata.
Rezeki kami, terjumpa kedai muslim Turki, dapatlah menjamu selera pula, nasi dan kebab, Alhamdulillah. Bila sembang-sembang dengan tuanpunya kedai, katanya kat area berdekatan ada banyak masjid. Kalau mengikut info yang diberi oleh Trip Kekawan, terdapat 10-14 buah masjid kecil yang dibina oleh muslim dari keturunan Indonesia, Turki dan lain-lain bangsa.
Entry seterusnya..masih ronda-ronda kat Amsterdam..minggu depan lah kot, hujung minggu ni berehat dulu. Selamat berhujung minggu semua.
Video pendek yang dirakam menggunakan iphone:
Kincir angin atau windmill di Zaanse Schaan. Kuat betul bunyi desiran anginnya.
(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).
20 comments:
tak dapat pg sana ..tgok sini pun jadi..he~
Seronoknya kakak tengok ummiross. Boat-boat dan pantai yg bersih tu ummiross tak mencuba ke naik boat tu?
Tengok kincir angin dia pun kakak dah senyum sukalah.. cantik:)
hari tu tgk kat FB adik masa dia p siri jelajah ke eurpo, ni tgk kat blog ummi pulak...brkobar2 nk p sana.......trlalu cantik.
sangat2 cantik...tetiba tingat arwah mak cik yg penah ke sini selalu dia amik pic dpn kebun tulip...siyes sgt2 cantik la belanda ni
@Knor;
InsyaAllah satu hari nanti Nor,sampai Nor.
hari ni bagi motivasi dulu, biar berkobar semangat nak pergi, hehe..
@Kakzakie;
Hehe..sekali-sekala berseronok makan angin kak, pecah tabung, hik!!.
Takde orang pula kat bot tu Kakzakie, dah petang agaknya.
Hehe..vidoe pendek cenonit, nak tunjuk kat anak2 tu Kak, ummi sharelah kat sini sekali.
@Khai♥Rin : anies;
Oh ye Anies..Al Fatihah untuk arwah makcik Anies.
Ummi lupa nak masukkan gambar tulip, nanti editlah, nak kena letak juga,hehe..
@NzA;
NzA..memang kena pergi ni NzA, ajak abe honeymoon,Europe tour berdua..hehe..
mmg unik & menariklah kat sini
kreatifnya hasil kraf terompah kayu tu.. mesti rambang mata nak memilih..
cantik sangat pemandangan kat sana rasa nak duduk sana lama2 hihi
cantik pmandangan,nyaman :D
ooo gitu yeh UR dibawah permukaan laut?... menyeramkan jugak tu! hehe
Tapi mmg sangat cantik!
Assalamualaikum, subhanallah. cantiknya... nak pergi sini juga kalau ada rezeki lebih :)
Subhanallah.. indahnya.. ralit saya tgk gambar2 tu..
Wah! So interesting la Ummi...pemandangan yg cantik dan mendamaikan..bersih ke kan..
Memang kehilangan kata tatkala menatap gambar-gambar ni.. Terima kasih Ummi sudi berkongsi.
Memang kehilangan kata tatkala menatap gambar-gambar ni.. Terima kasih Ummi sudi berkongsi.
Masyaallah bestnya bagi insan yang mempunyai peluang menikmati ciptaan Allah ni...
Masyallah bestnya bagi insan yang mempunyai peluang menikmati ciptaan Allah ni....
Post a Comment