بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Pengalaman membuka hati dan minda. Banyak berjalan juga memerlukan kita membuat banyak persediaan. Ia bukan sekadar persediaan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah persediaan rohani juga. Sesukar mana keadaan ketika bermusafir, solat mesti diutamakan. Jika dihari biasa, kita tidak meninggalkan solat, apatah lagi sebagai tetamu Allah. Tetapi realitinya tidak begitu, ada yang tewas dengan sedikit halangan. Solat didalam kapalterbang bukanlah satu kebiasaan, jadinya ia memerlukan sedikit ilmu dan kesungguhan. Bertekadlah dan berdoalah sebelum berangkat agar Allah permudahkan untuk kita bersolat didalam penerbangan, berdoalalah agar kita tidak terikut-ikut dan akhirnya tewas dengan keadaan. Mana tahu dengan kesungguhan kita menunaikan hak Allah, mungkin solat yang kita lakukan dalam keaadan yang tidak berapa selesa ini tersangat besar ganjarannya.
Jika menaiki pesawat Saudi, ada ruangan kecil disediakan untuk bersolat. Bahagian solat ni ada sekatan, sebelah lelaki dan sebelah perempuan. Ummiross dan suami pun pernah berkesempatan solat subuh diruangan ini. Belajarlah berwuduk dengan air yang sangat sedikit, insyaAllah dengan ini kita lebih bersedia untuk solat dalam keaadaan yang terdesak. Teringat pengalaman semasa di imigresen Jeddah beberapa tahun lalu, mutawwif kami tersenyum dan memberitahu, ada pegawai imgresen secara bergurau mengatakan ‘itik air’ sudah tiba bila melihat ketibaan jemaah Malaysia, mungkin merujuk kepada sikap jemaah Malaysia yang bermewah-mewah dengan air.
Jika ingin menambah pengetahuan bolehlah Google bagaimana cara solat didalam kapalterbang. Ummiross kongsikan link dibawah yang mungkin boleh dijadikan panduan. Selebihnya belajar dan bergurulah..
Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya
atau ikuti pengalaman Dr Zaharuddin dan komentatornya berkaitan solat dalam kapalterbang.
Ummiross kongsikan juga beberapa keping gambar ketika di tanah suci Makkah baru-baru ini, ia sekadar pengubat rindu yang tak pernah padam.
Saling membantu, indahnya kasih sayang di depan Baitullah…
Lengang..waktu tengahari, tak ramai yang tawaf disebabkan cuaca panas terik.
Selepas asar, ruangan mulai padat, jemaah mengambil kesempatan untuk bertawaf dalam cuaca yang lebih selesa.
32 comments:
salam
berbahagianya menjadi tetamu ALLAH...
sharing is caring....Allah Maha pengasih n penyayang....byk kemudahan n kelonggaran yg diberikan pd umatNya....
Ya Allah, indahnya pemandangan di sana....semoga nza pun mampu ke sana dlm waktu trdekat ini...InsyaAllah.
Salam kasih sayang juga buat ummi sekeluarga. Alangkah bahagianya sahabat muslimin sekelian kerana dapat berkongsi ilmu di sini. Insyaallah kita Akan di jemput kesana melepas rindu yang tiada penghujungnya. :)
bertuah lah sapa yg dapat p
itik air...erm ye la jugakkan kita guna air yg banyak masa wuduk pun.hee pnh tgk dalam TV pramugara solat dalam kapal terbang.
assalam ummiross....insyaallah akan ada peluang dan kesemoatan lagi untuk ummi kesana
Assalamualaikum Ummi...
terima kasih atas prkongsian....
Salam ziarah ummi
akak pernah gak solat dalam kapal terbang. seronok tgk pengalaman kamu di sana.
boleh tau tak kat area mana umah tu..ummi sms yer
salam kenal kak :)
@❤Kamsiah❤;
Wassalam Kamsiah. Alhamdulillah..semoga kita dijemput menjadi tetamuNya lagi.
@NzA;
Sharing is caring, thank you darling, hehe..
NzA, ummi yakin NzA pun dapat ke sana, ummi doakan dalam waktu terdekat ni NzA dijemput menjadi tetamu Allah, berada di bumi suci Madinah dan Mekah, insyaAllah.
@Deru Ombak;
Terima kasih Kakya, terasa aura kasih sayang Kakya dari kejauhan.
InsyaAllah kita berkongsi info, agar saling melengkapi. InsyaAllah Kakya, moga Allah SWT memenuhi impian murni kita semua.
@khairul;
InsyaAllah, dengan rezeki yang melimpah ruah tu, Khairul pun akan dapat, ummi doakan.
@Aishah Jahirah;
Hehe..tulah, agaknya dari pemerhatian mereka kita guna banyak air ketika berwuduk kot. Aishah,masa dalam flight tu pun, ummi tengok salah seorang pilotnya keluar sembahyang, mungkin mereka bergilir kot.
@Acik Erna;
Wassalam Acik Erna, terima kasih, insyaAllah Acik, moga2 Allah memberi peluang kepada kita bersama.
@MulutPayau;
Waalaikumussalam MP..
Sama2 kasih MP, sharing is caring..hehe.
@kak ina kl;
Terima kasih singgah di sini kak ina..
Alhamdulillah, kalau dah biasa, yang sukar pun menjadi senang kan kak ina, alah bisa tegal biasa.
Hehe..pasal rumah tu, kita dah sembang panjang kat telefon tadi kan,bolehlah survey kat area tu, mana tahu ada yang berkenan, moga dapat kita berjiran nanti.
@Bazilah (^0^);
Salam kenal Bazilah, terima kasih singgah blog ummi, lain kali singgah lagi ye, hehe..
Terima kasih ummi atas perkongsian. Sorang sahabat berpesan bila nak ke Mekah perkara yg paling penting adalah SABAR...
Thanks ummiross atas perkongsian. Bila tgk gambar2 ni, keinginan utk ke sana membuak2. Moga akan tercapai jua hasrat sebelum menutup mata..
@Sweet N Pretty;
Sama2 kasih Intan..
Betul tu Intan, banyakkan sabar, banyakkan sabar, insyaAllah, Allah permudahkan.
@Nor Salmi;
Sama2 kasih Salmi.InsyaAllah Salmi, moga Allah permudahkan, ummi turut mendoakan agar Salmi dapat ke sana di usia muda, amin2x
harap dapat ke sini masa muda ni...
@boni kacak;
InsyaAllah boni, kalau dapat ke sana di usia muda lagi best, badan masih sihat dan kuat, ummi turut doakan untuk Boni.
Salam Ummi Ross...terima kasih atas pengkongsian ilmu.
Atie blm pernah naik kapal terbang...jd xpernahada pengalaman solat dlm kapal.InsyaAllah,jika ada rezeki...cara2 solat ini akan atie gunakn:)
pengalaman yg tak kan dilupakan kalau dapat sembahyg dalam kapal terbang kan.... bagus disediakan untuk penumpang tu...
@♥♥azatiesayang ♥♥;
Wassalam Atie..
Sama-sama kasih Atie, insyaAllah moga2 kita sama2 dapat memanafaatkannya.
@Kazman / Sue;
Ye lah Kazman/Sue, rasa macam sebak semasa berdoa lepas sembahyang tu, syukur dapat merasa pengalaman sembahyang di atas langit biru.
Islam itu memudahkan... Alhamdulillah... Seronoknya kalau dijemput menjadi tetamu Allah...
terima kasih kongsi ni akak..
@Aziela;
Betul tu Aziela,Islam tidak memberatkan hambanya. Alhamdulillah, insyaAllah Aziela pun akan menjadi tetamuNya juga satu hari nanti
@Pokok Manggis Depan Rumah;
PMDR...sama kasih, sharing is caring.
Post a Comment