بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Alhamdulillah hari ni baru ummiross berpeluang berkongsi pengalaman umrah ziarah Jordan dan Sambut Ramadhan. Rombongan kami hanya 6 0rang, 3 pasang suami isteri, hehe..sikit je kan, tapi best jugak pergi dalam grup yang kecil macam ni. Ummiross ambil pakej dengan MR Travel. Semasa pergi, seorang ustaz mengiringi dan seorang lagi menyambut kedatangan kami di Jordan. Kami tiba di Jordan pada waktu subuh, lalu bergegas mengambil wuduk dan solat di satu sudut balai ketibaan. Usai solat, baru kami beratur untuk urusan imigresen, urusan tidak mengambil masa yang lama kerana sebahagian besar telah selesai berurusan semasa kami menunaikan solat.
Kembara bumi ambiya’ dengan van, seronok sangat, sebab bilangan kami tak ramai, sekejap sahaja dah mesra, ustaz-ustaz pun baik-baik belaka. Setiap kali bergerak bagai satu keluarga.
Surah Al-Kahfi memang dekat dihati, setiap kali membaca, selalunya ummiross suka membaca terjemahannya sekali, memang ralit membaca kisah-kisah didalamnya, terutama kisah pemuda yang mempertahankan iman lalu mencari perlindungan didalam gua. Alhamdulillah, akhirnya berpeluang menjejakkan kaki ke sini.
Firman Allah dalam surah Al-Kahfi:
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".(Surah Al Kahfi :10)
Menunggu giliran untuk masuk. Ada beberapa tempat yang dikatakan sebagai kesan tinggalan kisah Ashabul Kahfi, tetapi gua di Amman, Jordan dikatakan lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam Al Quran.
"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)". (Surah Al Kahfi: 11-12).
Tulang-belulang dan tinggalan yang dikaitkan dengan kisah Ashabul Kahfi masih dapat dilihat dengan jelas.
"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk.. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".(Surah Al Kahfi: 13-14)
Masjid Ashabul Kahfi, tersergam indah.
Kanak-kanak sekolah yang sangat seronok untuk berposing.
IKTIBAR
Sebelum ke melawat Ashabul Kahfi, rombongan kami singgah sebentar di Laut Mati. Laut Mati ni sebenarnya tasik yang mempunyai ciri air masin seperti laut, malah kemasinanannya sangat tinggi sehinggakan tidak ada organisma hidup yang boleh hidup didalamnya.
Banyak kajian yang mengaitkan Laut Mati dengan kaum Nabi Luth yang mengamalkan gaya hidup songsang atau homoseksual, lalu mendapat pembalasan dari Allah SWT. Sila rujuk LINK ni untuk mengetahui lebih lanjut.
"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83)
“Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada siksa yang pedih.” (Surah Adz Dzaariyat: 37)
Air yang sangat jernih dan sangat ‘melekit’, kesan dari garam yang tinggi.
Tahap kemasinan yang tinggi menyebabkan daya keapungannya sangat tinggi, jadi tidak akan tenggelam walau berada di kawasan yang dalam sekalipun.
Mentari pagi Jordan di musim panas, baru dalam pukul 7.45 pagi ni, tapi cukup terik. Sekiranya betul inilah tempatnya dimana kaun Nabi Luth menerima pembalasan, tentu sekali kami tidak mau berlama-lama di sini. Cukuplah sekadar singgah seketika, mengambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, sungguh terasa gerun dan gentar dihati.
Ummiross tutup entri kali ini dengan doa pemuda dari kisah Ashabul Kahfi;
"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[Surah Al Kahfi:10]
40 comments:
selamat hari raya ummi!
lama kita xjenguk blog ummi ni.
mintak izin share kat fb.... seronok la bacaa dan tengok gambar... banyak yg boleh di kongsi...
Assalamualaikum Ummiross
Besnya dapat ziarah gua Ashabulkahfi..teruskan coretan hasil ziarah ummi...M Wan tumpang gembira.
Ummii x mandi ke kt laut mati tu? Dlm gua tu,tulang tu milik siapa ya?
Assalamualaikum Ummiross
kena pasang niat ni...
@Syida;
Selamat hari raya juga Syida. Ye lah lama tak nampak jejak Syida, rindu pulak.
@Kazman/Sue;
Hehe..boleh2, moga sama2 kita mendapat manafaatnya.
@Mak Wan;
Waalaikumussalam Mak Wan..
Alhamdulillah...
InsyaAllah Mak Wan, nanti ummi kongsikan lagi, moga sedikit sebanyak perkongsian ini ada manafaatnya.
@Khairin : anies;
Hehe..taklah Anies.
Tulang belulang tu dikatakan milik pemuda-pemuda dari kisah Ashabul Kahfi tu, ada yang dipamerkan dalam cermin dan ada yang masih dibiarkan dalam lubang gua.
@Atuk;
Hehe..silakan Atuk, insyaAllah jika umrah lagi sekali bolehlah ke Jordan pulak ye Atuk.
bila la sy boleh kesana Ummi
Salam ummiross...seronoknya membaca kisah ummi kat sana.
Semoga satu hari nanti,atie pon dpt beribadah di sana .Aminnnn
salam ummi.. zaza pun suka baca kisah ashhabul kahfi ni.. bestnya ummi dh pegi sana..
Assalamualaikum Yong Ummi,
Selamat Hari Raya. Akak pun baru 2-3 ari ni dpt ziarah blog sendiri dan ari ni ziarah blog kenkawan.
Sonok baca kembara Ummi. Ohh gi dgn MR Travel, agensi yg akak ikut gi buat Haji tahun lepas. Norsi, isteri ustaz Roslee, ada bagitau akak Ummi ikut agensi dia.Seronok kan kalau gi dl grup kecik.
ya ALLAH kak... baru tengok dalam jejak rasul ramadan lalu... akk dah sampai dulu... alhamduLLAH... ALLAH dah jemput akk ke sana... harap2 saya pun berkesempatan... teringin gak nak ke jordan...
alhamdulillah dapat pergi tempat yg disebut dalam al-Quran.mesti perasaan tu tak tergambar...doakan suatu hari saya pun sampai ke sana...
seronoknya tengok foto2 ummi tu. kalau pjg umur, murah rezeki teringin juga nak ke sana:)
@Khairul;
InsyaAllah Khairul, jika ada keinginan, moga Allah sampaikan hajat khairul satu hari nanti.
@ ♥♥azatiesayang ♥♥;
Waalaikumussalam Atie..
InsyaAllah ummi doakan semoga Allah memperkenankan doa Atie..Amin.
@zaza;
Waalaikumussalam zaza..
Ummi doakan moga zaza pun berpeluang untuk ke sana nanti dan seterusnya menunaikan umrah, amin..
@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam Kak..
Selamat hari raya jugak dari kami kak.
Yelah, samalah kita, ummi pun rehat agak lama juga dari berblog.
Ye kak, dengan MR, Norsi tu kawan akak rupanya,kecik je dunia ni kan, tak sangka jumpa kawan baik akak.
Alhamdulillah, seronok kak, semua baik2 belaka.
@dwaty;
Ye ke dwaty, ada tunjuk Jordan ye. Ummi tahun ni banyak tengok TV Al Hijrah, termiss pulak Jejak Rasul.
Alhamdulillah, syukur sangat2. Ummi doakan dwaty pun dapat menjejakkan kaki ke sana nanti.
@Aishah Jahirah;
Alhamdulillah, rezekikan. Ummi doakan agar Aishah pun dapat mengerjakan umrah dan ziarah jzordan sekali, melihat kesan2 sejarah Islam.
@Sweet N Pretty;
InsyaAllah, ummi doakan Intan pun dapat ke sana dan menunaikan umrah juga. Moga dipermudahkan, Amin.
wah bestnye dah sampai sana..alhamdulillah.
bila la pulak my turn...
salam ummi
seronok betul dapat membaca dan menatap
gambar tempat2 bersejarah ini
bertuah ummi dapat kesana
terima kasih kongsi kisah yg menarik :)
thanks for sharing ummiross...takjub sgt mumme dgn laut mati tu,ummi...
seronoknya baca n lihat gambar pengembaraan ummi tu.....Moga suatu hr nnti nza dpt juga jejak kaki ke sana..InsyaAllah.
@Edy Fee;
Alhamdulillah. InsyaAllah satu hari nanti moga Edy pun akan berpeluang ke sana.
@Ati Masrif;
Wassalam Ati..
Sama2 Ati, moga sedikit sebanyak kita sama2 mendapat manafaatnya
@MumMe;
Welcome MumMe, view kat situ memang cantik MumMe.
@NzA;
InsyaAllah NzA, jika ada keinginan, tentu Allah makbulkan. Moga NzA pun dapat ke sana nanti.
js pun ada cita2 nk ke sini...insyaallah..doakan moga js dpt smpi ke sana ye...^^
Mudah-mudahan suatu hari nanti kami akan sampai juga menurut jejak langkah Ummi... banyak ikhtibar & pengajarannya.
@jemarisuri;
InsyaAllah js,moga JS dapat ke sana nanti. Jordan negara yang cantik.
@Amie;
InsyaAllah Amie, moga Amie pun dapat ke sana. Betul tu, berziarah dan mengambil iktibar dari sejarah lalu.
indahnya perkongsian dari ummi ni.. teringin juga unruk ke sana.. semoga ada rezeki hendaknya, insyaALLAH..
@Hanis Azla;
Tq Hanis. InsyaAllah, moga hanis juga dapat ke sana nanti, jika ada impian insyaAllah dimakbulkan.
seronoknyer dapat ke sana ye ! insyaAlah satuhari giliran KA pula ye amin2
@Kesuma Angsana;
Alhamdulillah, memang best KA, rasa macam mimpi pun ada, hehe..
InsyaAllah satu hari sampai giliran KA pula, amin2x..
Post a Comment