بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Sejak berpindah ke sini, jika ada masa terluang selalu jugalah kami sekeluarga survey ke sana-sini nak mencari rumah idaman, sukar juga rupanya nak kena dengan selera dan bajet yang termampu. Tapi nak jadi rezeki, tiga hari selepas balik dari umrah, anak sulung mengajak kami ke ‘LBS sales gallery’ kat Bandar Saujana Putra, Puchong. First time tengok dah berkenan, hehe..cinta pandang pertama. Tapi sebelum decide kenalah solat istikharah dulu kan, yelah risau juga, bukan calang-calang pelaburannya.
Memikirkan Mr Hubby pun banyak tahun lagi baru bersara, anak pun dah bekerja kat sini, jadi eloklah beli rumah daripada menyewa. Nanti kalau pencen, rasa nak tinggal di sini terus pun boleh kan. Kalau rasa nak balik kampung pun boleh, dah ada teratak kecil untuk kami berdua. Mungkin rumah ni jadi rezeki anak-anak pula nanti. InsyaAllah…!
Nilah lebih kurang rupa Royal Ivory, Double Storey Cluster Semi-D, di Bandar Saujana Putra, Puchong yang kami beli tu. Bulan Mac 2014 dijangka siap, rasa macam lambatlah pulak, hehe..tak sabar lah tu. Tapi masa pun berlari pantas sekarang kan.
Ni pulak gambaran artis untuk interior design untuk Royal Ivory series..
Sekarang Royal Ivory 2 pula telah dibuka untuk jualan.. Sapa-sapa yang berminat bolehlah ke ‘sales gallerynya’ di Bandar Saujana Putra. Hari Ahad baru ni kami pun ada ke sana. Tapi harganya sekarang dah RM500 000++. Mungkin keluasannya bertambah sedikit. Fuhh!!, pelik memikirkan harga rumah sekarang.Kalau ada yang berhajat bolehlah. Nanti dapatlah kita berjiran.
57 comments:
minat tapi alamak reganyer! fuhhhh
alahai...blum mampu lagi..
Assalamualaikum Ummi...
Cantik rumah ni ummi.. Kakya last beli rumah yang kedua, 15 tahun lalu ummi..hutang bank pun dah langsai. House warming nnti jemput okeh (kalau kakya Ada umur lagi masa tu)..
ina berhajat gak nk jd jiran...tapi hajat tak kesampaian la bila tgk harganya heheheh.Takpe 2014 nnt kalau ummi buat kenduri jgn lupe jemput ye.
thn dpn sy bleh beraya kt sini kan ummi? heheheh da dkt dgn umah abang ipar (putra height)
Assalamualaikum..dah pindah ke semananjung ya..Masyaallah tahniah.
tak termampu hehe...harga rumah skrg mmg tak masuk akal...
Alhamdulillah bakal pindah ke rumah baru nanti. Cantik rumah tu ummi, skrg seme desain & konsep centu. Harga tu kira dh murah ummi utk area KL/Sgor. Area intan ni intermediate je dh 600k++ huhu. Harga rumah dh mcm bubble sbb brp pun developer letak semua habis org beli hmmm. dh kaya beno gamaknya org msia ni...
mewah nya...boleh tengok gambar aje la saya ni huhu
Alhamdulillah.. seronoknya beli rumah.. cantik pulak tu.. terpikat juga dgn design dan interior designnya.. tgk harganya mmg rasa tak mampu nak berjiran dgn ummi.. he..he.. nnt buat house warming jgn lupa jemputnya..
ummi,
kita baru je jual umah kita yg kat puchong, or else dpt la kita berjiran
betul ummi...umah skrg harga mmg rasa x ckp gaji nk beli...huhu...
cantiknyaa.. kalau dapat duduk situ boleh kata duk dalam mahligai la.. harga pun mencecah 1/2 juta...
@Kesuma Angsana;
InsyaAllah, nanti KA pun mampu juga.
@Munnafendy;
InsyaAllah, akan mampu juga sedikit masa lagi, ummi doakan.
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam Kakya..
Alhamdulillah, murah rezeki Kakya, seronokkan semua hutang dah jelas.
Ummi pun tahun depan rumah pertama akan habis loannya. Rumah kedua insyaAllah akan menyusul. Rumah ke3 ni lebih kepada pelaburan, untuk anak2 juga.
@Deru Ombak;
Hehe..insyaAllah, kalau ummi buat house warming, ummi tak lupakan Kakya, doakan kita sama2 panjang umur panjang umur.
@inazamri;
Hehe..insyaAllah ummi yakin ina pun mampu tu. InsyaAllah kalau ummi buat house warming, ummi jemput ina sekali.
@KhaiRin : anies;
Hehe tahun 2014 tu Anies, tahun depan jom beraya di Bangi. Oh,lain kali bolehlah singgah menyinggah kat Saujana Putra pulak.
@Kehidupan Makkah;
Waalaikumussalam Tuan haji..
Hehe dah tuan haji, bulan 2 hari tu, ingatkan tuan haji dah tau. Alhamdulillah , terima kasih.
@❤Kamsiah❤,
hehe..yelah kan, kadang2 pelik jugakkan dengan harga yang tak tercapai dek akal tu.
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah, yelah semua design macam tu sekrang kan. Tu lah lepas dah survey banyak tempat, kira ok gak harga tu, lagi pun ada tanah dalam 10 kaki ditepi rumah. Betul3x, mahal2 pun ada buyer jugakkan,pelik juga tengok jual rumah laris macam jual pisang goreng panas2, hehe..
@khairul;
InsyaAllah, khairul mampu tu..
@Hanis Azla;
Alhamdulillah, berakhirlah sebuah pencarian, hehe. InsyaAllah Hanis pun mampu tu. Ok2, kalau ummi buat house warming, akan jempt Hanis, insyaAllah.
@Syida;
Laa betul ke?. Ye lah kan, kalau tidak, dapat juga kita berjiran. Jom beli yg baru, hehe...
@Mrs JemariSuri@mama QiSha;
Ye lah kan, harga kadang tak tercapai dek akal. InsyaAllah JS pun mampu tu..
Untung Ummiross sempat grab harga tu...best ada laman pulak tu...
Cantiknya Rumah tu.. Harga yang baru dah setengah juta?.. Mak aiii
@MumMe;
Ye lah MumMe...nak jadi rezeki ummi, masa pergi dulu dah tak banyak lot Bumi yang tinggal. Alhamdulillah.
@Nur;
Terima kasih Nur, yelah kan, cepat je naik harganya, makin lama makin tak mampu rasanya.
@aimaniman;
Aina..rumah takdelah besar mana, harga je besar, hehe..
Hampir setengah juta. Malangnya katung duit tidak sebanyak itu. :-)
orang kata kalau nak cari aset... better rumah... tp tu ar... rumah sekrg kemain mahal... adeh... tak mampu lagi stakat ni... tak cukup syarat...
salam kak ummi..bestnyerrrr beli rumah cantik sangat2 kak.. tumpang gembira buat akak sekeluarga :-)
@akubiomed;
Hehe..insyaAllah mana tau ada rezeki satu hari nanti kan. Ummi doakan..
@dwaty;
ye le kan dwaty, cepat meningkat harga rumah ni, pelaburan masa depan, dalam masa 2 tahun je boleh meningkat gila2 harganya, hehe..
@zaza;
Wassalam zaza..
Alhamdulillah, reeki kat sini. Terima kasih zaza berkongsi rasa gembira dengan kami..
Ummie saya memang tk mampu .. nak berangan pun takut :)
cantiknye umah nih....
salam ummi,
rumah2 di puchong memang dah naik sekarang
baru ahad lepas kita ke rumah kawan
di puchong..rumah teres tepi lot tepi harga
di beli 3 tahun dulu 400k..aduhai :)
cantiknya rumah idaman ummi...tgk harga...Fuh!!!!!xmampu lagi la nk beli....
@puanbee;
InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti, bila anak2 dah besar,ada rezeki bee pulak..
@PinkUmmi;
Terima kasih PU, ilustrasi pelukis tu memang nampak cantik, harap2 dah siap nanti pun cantik macam tu jugaklah, hehe..
@Ati Masrif;
Ooh ye ke Ati,ummi pun ada dengar macam tu, harga rumah di Puchong memang menigkat, susah nak cari yang bawah RM400K sekarang.
@NzA;
Hehe.. NzA, dah lama mencari, akhirnya bertemu idaman hati.
Ummi percaya NzA pun mampu, insyaAllah...
pesat membangun bandar saujana putra...strategik lokasi dia pun...mahal harga umah sekarang ni.tp xpe aset...
Memang rumah sekarang ni mahalkan Ummi... di tempat Amie pun bukan alang-alang lagi harganya, tapi ada juga orang nak beli!
cantik rumah kat sana, harga pun pasti mahal, salam kenal~
@Aisha Jahirah;
Yelah Aishah, banyak lagi projek2 rumah akan menyusul. hehe..betul tu, aset!
@Amie;
Yelah Amie, kalau tak beli sekarang, nanti harga makin meningkat, jadi grablah jugak Amie..
Kat sabah pun mahal gak ye Amie?
@Donny len;
Hehe..harga pun cantik juga Donny,apa boleh buat, dah berkenan.
Salam kenal Donny, terima kasih singgah blog ummi.
Salam, Ummi.. sy saje jln2 blog skali tersinggah kat blog ummi.. nampak gayanya kita bakal berjiran la nti kat royal ivory ni hehe. umah ummi lot yg mana? sy punya umah kat dua row paling hujung skali tu..
Wassalam Dania..
Waa best2,, rumah ummi no.2 dari hujung,tak tau nak explain macamana, kalau suami tahulah ni.Entah2 jiran sebelah je kita ni Dania, hehe..
Dania ada blog ke?
Ummi , saya baru bercadang beli royal ivory 2. baca dalam facebook residence banyak pulak kate defect sana sini. Tapi secara positif kami tetap nak beli, sebb dekat dengan cyberjaya:):) . Ummi Royal ivory 1/2? -Hanna
Hanna.. ummi beli yang royal ivory 1.
Ummi pun maklum tentang defect tu untuk rumah2 sebeluam ni, tapi untuk royal ivory ni katanya pemaju dah tukar contractor, harap2 yang baru ni oklah kan.
Betul tu secara positifnya boleh belilah kan. Suami dan anak ummi, dua2 kerja kat cyberjaya, so itulah yang terdekat dan masih dalam kemampuan untuk membelinya.
Jom join ummi jadi warga royal ivory, hehe..
Yayy... mmg suka sangat design rumah..mula-mula nak beli dekat Putra Heights , tapi nampaknya semua dah naik harga. Nanti insyaAllah ade rezeki boleh lah berjiran:):)
@Hanna Mohd Ali;
Cantikkan design rumah tu. InsyaAllah Hanna, seronok kalau dapat berjiran nanti.
Post a Comment