بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Setiap kali musim haji hati cukup teruja. Bila tengok jemaah berlepas ke Madinah dan seterusnya akan ke Mekah, terasa diri ingin turut sama. Ia juga mengimbau kenangan umrah Ramadhan baru-baru ini. Ummiross tak pandai berkongsi rasa. Kadang takut juga terlebih dalam berkata-kata. Jadi ummiross kongsikan video dan gambar-gambar jelah ye. Biarlah gambar menceritakan seribu rasa. Kita mungkin berkongsi perasaan yang sama, yang tak terungkap dengan kata-kata. Ya Allah kami pohon redha Mu, terimalah amal ibadah kami.
Entah kenapa terasa sayu melihat video ni, rasa macam baru semalam bumi Makkah ummiross tinggalkan.
Menuju ke tempat penginapan usai solat Terawih. Penat tapi puas. Rindunya tengok Masjidil Haram kat belakang tu..
Bilakah akan di jemput lagi? Merenung suasana, hanya Tuhan yang tahu, syahdu..!
Landmark!. Tempat pertemuan. Di sekitar lampu inilah ummiross dan suami akan menunggu antara satu sama lain setiap kali keluar dari Masjidil Haram. Tepi menara jam tulah laluan untuk pulang ke hotel. Dekat lampu ni jugalah kami bertemu Tuan haji Arshad, blogger Kehidupan Makkah. Terima kasih Tuan haji meluangkan masa untuk kami.
Skil..! Menjunjung air zamzam. Kalau kitalah..rasanya sebotol kecil pun dah terpelanting, hehe...
Beramai-ramai pulang setelah selesai solat. Nostalgia juga suasana begini.
Felda De Saji..singgah sekejap selepas solat Terawih. Makan ringan-ringan je sebelum balik melelapkan mata buat seketika. Nanti seawal pagi kami kembali semula ke Masjidil Haram sehinggalah subuh menjelang. Tidur bukan keutamaan bila di sana, tambahan berada di sana dalam masa yang singkat. Selepas subuh, dapatlah berehat panjang sedikit.
Kadang-kadang singgah beli air sahaja kat Felda De Saji ni, favourite ummiross ni, sedap pulak rasa teh ais ni, hehe..order 3 tu. Cuaca memang panas bulan puasa baru ni, tak puas minum air. Suhu siang hari mencecah 46-47 darjah celcius. Waktu pagi pun suhu biasanya dah 35 darjah celcius. Bila berbuka dapat minum air Zam zam yang sejuk tu, Allahuakbar.. nikmatnya!
Oklah nanti sambung lagi ye, ummiross nak menonton 30 minit Ustaz Don jap..rancangan favourite ni.
32 comments:
Assalamualaikum Ummiross
Subhanalllah..........rindunya MW melihat satu lepas satu pic nih...sayu sangat.. bila lah dapat ke sana lagi
Subhanallah.. mmg pemandangan yg sangat indah.. setiap kali mengingatinya hati jd cukup syahdu.. semoga ada rezeki untuk menunaikan haji satu hari nanti.. InsyaALLAH..
Indahnya melihat pemandangan di sana....
tq share ye kak, Teringin juga nak kesana one day nnti !
@Mak Wan;
Waalaikumussalam Mak Wan..
Yelah Mak Wan, hanya gambar pengubat rindu,hehe..
InsyaAllah moga Allah menjemput kita ke sana lagi. Moga Allah permudahkan untuk Mak Wan dan kita semua..
@Hanis Azla;
Hanis, tentu sekali ia sangat dekat di hati Hanis. Hanis pun baru lagi pulang dari sana kan, masih segar ingatan indah di Tanah suci tentunya.
Ummi doa kan agar Hanis dapat mengerjakan haji di usia muda, insyaAllah.
@NzA;
NzA pun tentu ada ingatan istimewa kan, sangat istimewa bila ayahanda kesayangan NzA membesar di sana.InsyaAllah satu hari, moga NzA dijemput menjadi tetamuNya.
terima kasih ummi sudi berkongsi. tak terbayangkan sebab belum ada rezeki ke sana. Moga diizinkan Allah dlm masa terdekat:)
@Kesuma Angsana;
Sama2 KA. InsyaAllah mudah-mudahan KA dapat kesana di usia muda..
@Sweet N Pretty;
Sama2 kasih Intan..
InsyaAllah Intan, kalau ada niat, moga Allah permudahkan.Ummi doakan Intan dapat ke sana dalam masa terdekat, amin..
seronok lihat gambar kat sana... harap sangat kami pun dapat ke sana suatu hari nanti...
@Kazman/Sue;
Alhamdulillah. InsyaAllah, ummi doakan Kazman dan Sue dapat ke sana di usia muda...
insyaallah js pun nk ke sana...doakan moga dipermudahkan dan dimakbulkan ye ummmi...
@Mrs JemariSuri@mama QiSha;
InsyaAllah, kalau dah ada keinginan nak ke sana, semoga Allah permudahkan,Amin...
salam ummi,
sungguh indah semuanya disana
insyaAllah di panjangkan usia
ati dan suami pun nak kesana juga.
p/s: datang ke gathering raya esok,
hanis pun akan dtg kan :)
Assalamualaikum Ummiross
Insyaallah
kita akan menjadi tetamuNya lagi
@Ati Masrif;
Wassakam ati..
Ye lah Atie, indahnya sangat melekat dihati. Ummi doakan Ati dan suami akan dapat ke sana diusia muda, insyaAllah.
Atie,,ummi tak dapat hadir rasanya, ada urusan keluarga. Semoga majlis berjalan dengan penuh barakah.
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
InsyaAllah Atuk, sama2lah kita mendoakan, moga dimakbulkan Allah SWT.
Assalamualaikum ummi...
Subhanallah...cantiknya pemndangan kat sana...
Mengmbau kenangan masa saya ke sana pada 2009 dulu...berharap dapat ke sana lagi....
teringin nak p sana la Ummi...
@MulutPayau;
Waalaikumussalam MP..
InsyaAllah akan sentiasa cantik dimata dan dihati kita..
n.
Yelah kan MP, tengok gambar pun nostalgia jugak kan. InsyaAllah MP akan dapt ke sana lagi..
@khairul;
InsyaAllah ummi doakan khairul cepat dijuemput menjaadi tetamuNya,dapat menjejak kaki dibumi Madinah dan Mekah.
ya Allah kak.......syahdu bila tgk gambar2 tu semua.....rindunya nak ke sana lagi walhal baru 3 bulan meninggalkan kota Haram.....semoaga ada lagi rezeki dan jemputan dari Illahi untuk menjadi tetamuNYA...AMINNNN
salam
terimakasih keran aberkongsi gabar2 yg cantik serta pengalaman yg menarik...
betul tu...perjalanan ke tanah suci tak sama keterujaannya utk bercuti kemana2,kan...
ibu mertua saya akan menjadi tetamu ALLAH..insya Allah pada 5/10 ni...saya sendiri terasa 'seronok' seolah2 diri sendiri akan kesana...
@Ina Hashim;
Ye lah kan Ina, memang selalu rindu nak ke sana kan, tengok gambar pun dah terusik perasaan.Ooh Ina pun baru balik ye. InsyaAllah..moga dijemput menjadi tetamuNya lagi. Amin..
@ ❤Kamsiah❤;
Sama-sama kasih Kamsiah hehe..
Alhamdulillah ibu mertua Kamsiah dijemput menjadi tetamuNya, memang kita turut sama teruja kan, tumpang seronok.
punya la pesat membangun kan... sampai tahun ni punya koata tambahan haji pun tak dapat sebab masih hendak di naiktarafkan lagi masjidil haram ni...
@Kazman/Sue;
Betul tu Kaz/Sue, insyaAllah dah siap nanti dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah.
seronoknya .. rajin ummie ke sana .. rasa macam selalu ummie cerita pergi mekah ..
@puanbee;
Alhamdulillah. Hehe..bee, ni cerita masa ummi pergi bulab puasa hari tu, n3 tertangguh,hik!
mereka junjung mcm tu je...xpegang apa pun...mmg berskill.besar botol tu..:)
@Aisha Jahirah;
hehe..tulah memang 'terer'lah tu kan Aishah...
Post a Comment