STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENRTY TERKINI.
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Olala!!, memang kacak-kacak, terpesona, terpana dan terkesima!!!, bila pertama kali melihat design terbaru Batik Sutera Sarawak bercorak etnik orang ulu yang exotik lagi eksklusif. Kain dari polyester silk(bukan sutera asli) yang lembut, tidak mudah berkedut dan tahan lasak.Ada 18 warna-warna menawan, kebanyakannya warna-warna pastel yang sejuk mata memandang, kain bercorak penuh dipadankan dengan corak berkaki, sesuai untuk baju kurung, blouse dan juga kemeja lelaki. Kalau dijadikan uniform sekolah,pejabat dll, pun cantik. Tampil menawan,segak dan unik dengan gaya etnik. Sape cepat dia dapat!!
Corak penuh dipadankan dengan corak berkaki.
PS: Mulai minggu ini, penghantaran akan dibuat seminggu sekali..
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN.
Sila klik Read More untuk melihat kesemuanya.
Jenis : Batik Sutera Sarawak
Kain : Polyester silk
Ukuran : 4m (2m corak kaki, 2m corak penuh)
Boleh juga beli mengikut ukuran meter yang diperlukan.
Harga runcit :RM89 sepasang
Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com
atau sms sahaja ke 016 878 4960
DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SARAWAK KECIL-KECILAN.
30 comments:
cantik...ummi kain satin ke?...
***batik srwk yg js beli dulu dh pakai tp lum smpt nk sharing...hehe...dh nk lusuh dh...hihi
Assalamualaikum Ummi sayang....
apakhabar Ummi? Macam lama tak borak2 dengan Ummi. Yang warna terang merah, warna purple tu nampak cantiklah Ummi!
Assalamualaikum ummi..
Selamat Pagii
Ummi check email plis. Tq. :)
mengancam kaler2 dia!
Salam Yong Ummi,
Olalaaaa!
Cok guzel, cok guzel!!!
Cantik bangat kata orang Jawa!
Assalam..
Cantiknya..
Dah lama tak buat baju...
Assalamualaikum Ummiross
emmmmmm......
wow yg ni lagi cantik ...
cantiknya ummi...geram tgk....semua cantik2 ...
rs cuti sekolah nanti nak tgk sendiri kain2 yg ada dlm stok ummiross...dating nak?
ummi...cantiknya semua kain tu...
kreatif betuk orang sana buat kain yee... cantik coraknya...
@js;
Tq js..bukan satin js, tapi polyester silk,cantik kainnya.
Kain yang js beli hari tu cantik,rugi tak dapat tengok js matching macamana dan buat baju apa..
@Amie..
Waalaikumussalam Amie,chef kesayangan ummi..kabar baik.
Yelah Amie,rindu rinduanlah pulak kan,bz agaknya Amie,takpe janji ada masa kita ziarah-menziarah..
Memang cantik tu Amie,ummi pun berkenan!
@Deru Ombak
Waalaikumussalam Kakya..
Selamat pagi, labat pulak dapat membalas ucapan, kebizian amat,hik!
Kakya..ummi dah bals email, nanti check ye..
@KhaiRin : anies;
Hehe mengancam pandangan mata,dari mata turun ke hati kan Anies..
@MOH KEMBARA;
Wassalam kak..
Cok guzel!!, cantik ye, thank you,syukran jazilan.Hehe dapat belajar bahasa Turki hari ni..
@ Iza Teratak Usang;
Wassalam Iza,terima kasih singgah blog ummi. Memang cantik ni Iza, takpe datang cuci mata dulu..
@atuk;
hehe ringkas je komen ye atuk, emmm tu untuk apa atuk, untuk cantik ke tak berapa cantik?, hikhik!!!
@ puanbee;
Terima kasih bee,ummi yang jual ni pun rambang mata bee, semua nampak cantik!
@NzA;
Betul NzA,cantik2 ni, ummi pun terpesona dengan warna-warna yang menawan tu..
@MumMe;
Boleh2 MumMe,roger2 je kalau nak dating,dekat je rumah kita kan. Stok kat sini tak banyak,sebab ummi order terus dr Sarawak untuk jimat kos penghantaran.tapi kalau nak tengok sample kain memang ada,macam2 ada..datang sembang2 je pun boleh MumMe,boleh bertemu mata.
@MulutPayau;
Mp..cantik mempesona!!,betul!!hehe..
@Kazman/Sue;
Yup Kaz/Sue, batik Sarawak ni produk pelancongan, kalau ke Sarawak ni lah antara tarikannya,batik corak etnik, jadi selalu je ada design baru..cantik kan..!
hola cantik2 balaka, terutamanya pink tu ...
@puanbee;
Hehe..cantikkan bee, yang pink tu memang menyerlah, i like!
wow mmg cantik ummi latest design ni. colour pun sweet je;)
@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan,colour yang lembut menawan!
baju rayaaaa...
@Liza;
hehe..akan datang banyak lagi corak baru nanti Liza!!
Post a Comment