Tuesday, May 8, 2012

KRAF DARI TURKI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam bertemu kembali..

Ummiross pulang ke kampung petang Jumaat lepas dan kembali semula ke sini petang semalam. Seronok pulak dapat balik walaupun sekejap. Penat belum habis, kalau ikutkan malas nak mengadap lappy lagi.Tapi ada beberapa perkara yang membuat ummiross excited untuk membuat N3.

Bila sampai sini, ada surat ‘cinta’ dari pejabat pos,satu notis dari pos berdaftar satu lagi dari pos laju. Hari ni Mr Hubby masih cuti sehari lagi, jadi pagi-pagi dah pergi ke pejabat pos untuk mengambil barang yang dikirim.

Bungkusan pertama dari rakan blogger MOH KEMBARA. Ada tiga barang yang dikirim yang membuatkan ummiross tersenyum sampai telinga bila bungkusan dibuka.

IMG_1654
Ilif  atau penggosok badan, hasil kraf suri rumah Turki, dikait dari benang,terasa gebu dan lembutnya, cantik bebeno..warna hijau putih tu memang cun, tak jadi ummi nak buat penggosok badan,simpan dululah.

IMG_1656
Hazelnut yang fresh dari ladang Mr T, suami Kak Halime. Dapat juga merasa hazelnut fresh, terbaik dari ladang!. Jauh terbang dari Turki, mau tak senyum sampai telinga. Sambil belek-belek barang, sambil,ngap-ngap 2-3 biji..yum,yum!!

IMG_1658
Ni lah pulak hadiah saguhati sagujantung sebab teka salah untuk teka-teki kat blog MOH KEMBARA hari tu,haha..best kan kak Halime ni, teka salah pun masih dapat hadiah. Pesan Kak Halime, ni pencucuk buah,jangan pulak cucuk mata, hihi..Ye lah kan, kalau buah dah potong kecil-kecil, sopan je nampak bila makan dengan pencucuk ni. Kalau ada yang berebut-rebut, boleh juga cucuk jari tu,hehe.. serbaguna.

Ummi ni memang suka barang-barang kraf dan hias menghias. Terima kasih banyak-banyak Kak Halime, sangat-sangat hargai semua pemberian ni. Yang ummi beli tu pun, sangat puas hati sebab cantik sangat. Semoga dapat bertemu mata bila tiba masanya nanti.

Bungkusan kedua yang ummiross terima adalah dari Sarawak. Kain pasang atau batik Sarawak corak Etnik lagi,cantik-cantik beb!!. Kain pasang yang ummiross publish sebelum ni pun dah nak habis stok, maklumlah ramai yang order borong, jadi bila sampai yang baru ni senanglah sikit hati ummiross.

IMG_1669
Iklan dulu…tak sempat ambil gambar cantik-cantik lagi...

18 comments:

dear anies said...

pencucuk buah?
boleh cucuk sanggul jg ni...
cantik2 n kreatif

Yumida said...

kacak corak n kaler kain ya kak....jauhnya cenderahati ya....

Amie said...

Ummi,
Amie nak satu je... hazelnut fresh dari ladang tu... nak tolong Ummi makan, barang 4-5 biji he he hehh

MumMe said...

unik ye ummi penggosok badan tu...
wow...cantik ye fabrik baru tu...cuci mata sebelum tido...gud nite ummiross...

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ummi,

Alhamdulillah dah sampai. Maaf hazelnut tak dpt bagi banyak...waris ramai!

See U soon, InsyaAllah!

ummiross said...

@KhaiRin;Anies;

Hmm betul Anies, memanng cantik dan kreatif..

ummiross said...

@Yumida;

Ye lah Yumida, memang kacak2, corak baru abstrak plus etnik!

Untung berblog ni kan, dapat kawan jauh dan dekat..

ummiross said...

@Amie;

Hehe..silah Amie, sedap lemak berkrim hazelnut ni,memang terasa kesegarannya, tak macam kat kedai,tak fresh dan sedap macam ni..

ummiross said...

@MumMe;

Unik dan cantik MumMe, sayang nak pakai. Hehe silalah cuci mata,biar lena tidurnya MumMe..

ummiross said...

@MOH KEMBARA;
Wassalam Kak Halime..

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak,seronok sungguh dapat souvenir dari akak. Hehe dah dapat hazelnut tu kira bertuah dah kak, kalau tak, tak merasalah hazelnut Turki terbaik dari ladang!

InsyaAllah, menghitung hari nak ke Shah Alam ni, hikhik!!

alin said...

wah hebat, barang dari jauh tu :)

Hanis Azla said...

wah.. seronoknya dapat buah tangan dari turki.. semoga terus murah rezeki ummi dan rezekinya.. seronok dapat kawan yg baik macam yong halimah tu kan ummi..

Anonymous said...

byknya pencucuk buah tu..nk satu..hehe..

ummiross said...

@Alin;

Alhamdulillah,rezeki tu Alin,hehe..

ummiross said...

@Hanis Azli;

Alhamdulillah..ye lah hanis, pemurah Kak Halima ni,merasalah juga hazelnut dari Turki tu..

ummiross said...

@Jemarisuri;

Hehe..boleh2 JS, 2-3 pun boleh,banyak lagi tu..

NzA said...

TAHNIAH!!!murah rezeki ummi.....

mmg syg nk guna penggosok badan tu cz cantik sgt....

ummiross said...

@NzA;

Alhamdulillah, moga kita sama2 murah rezeki.
Tu lah cantik sangat NzA,halus kaitannya,simpan dulu buat kenangan.