بسم الله الرحمن الرحيم
Salam dari Kuching…kembali di sini.
Hari ini bercerita pasal Sibu lagi, sebagai sebahagian catatan kenangan, di Bumi Kenyalang. Kami menginap di Hotel Kingwood, di tebingan Sungai Rajang. Dari tingkap hotel, kelihatan Sungai Rajang, luas,panjang dan kekuningan. Nasib baik jugak menginap di bilik yang ada view macam ni, sekurang-kurangnya ummiross tidaklah merasa jemu sendirian.
Santai sekali-sekala memang seronok, bercuti dari tugas-tugas rutin. Mengadap lappy seketika, mengaji atau mengulang hafazan tanpa gangguan. Ia saat-saat yang sangat tenang.
Gambar diambil dari tingkap bercermin, pasti tidak berkualiti. Sekadar gambaran, Sungai Rajang sangat ‘hidup’, dengan pelbagai aktiviti pengangutan air…
Swan of Sibu..an ancient Chinese symbol of good fortune and health, an auspicious omen for a community living in harmony, peace and goodwill.
Dah boring kat bilik, ummiross keluar, jalan-jalan, ambil angin,ambil gambar.
Senja di Sibu..rugi pulak tidak membawa dslr, rupanya banyak yang boleh dirakam. Semua gambar diambil menggunakan iphone, jadilah, janji ada, tak cantik dimata orang, cantik dimata kita, kerana dimata kita ada cerita..
14 comments:
mcm best je kat sibu tu.bole buat trip pegi sana lps ni.
cantiknya tempat tu ummi.. besar betul sungai tu..
wah!!!
bestnyerr sibu...
Assalamualaikum Ummiross
menariknya serta ada ketenangan di Sibu
@Syida;
Hmm boleh aje Syida, jalan-jalan cari makan sekali.
@Hanis Azla;
Pemandangan waktu petangnya memang cantik. Hanis, sungai tu memang luas lah, gerun tengok, tak berani ummi walau naik bot pun rasanya.
@eima-caa;
Bolehlah eima, cari kelainan, seronok jugak.
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Suami sibuk meeting, kenalah ummi melayan diri sendiri, kalau tidak boring jadinya, hihi..
cantiknya pemandangan tu ummi.....bila la agaknya nk sampai ke srwk lagi ni...selagi xselesai anak2 bersekolah, jwbnya si ibu pn trpaksa memendam rasa...hu.hu.hu...
@NzA;
Hmm memang cantik bila senja macam tu NzA, maklumlah tepi sungai, boleh nampak matahari terbenam dengan jelas. Ye lah NzA, ummi masa anak2 kecik2 dulu macam tu jugak, sekarang ni anak dah besar, mengikut je ke mana suami pergi.
ms makcik sy dok sibu beria2 nk g sn smpi lani x pegi jg sbb dia da blk semenanjung waaaaa tgk pic akk je la
@KhaiRin : anies;
Tu lah Anies, kenapa lambat sangat, lain kali cepat2 ye, kalau tidak melepas, hehe..
cantiknya pemandangan .Masih belum berkesempatan nak jln2 ke Sarawak.Insyaallah ada rezeki lebih nnt nak juga ke sana
@inazamri;
InsyaAllah Ina, kalau ada rezeki lebih nanti sampai lah tu, jangan lupa ke Kuching.
Post a Comment