Thursday, February 16, 2012

SEPASANG BAJU KURUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam dari Sibu…

Ummiross berada di Sibu sekarang. MrHubby ada mesyuarat di sini. Hari Sabtu malam baru ummiross pulang ke Kuching. Kalau ada yang nak order kain, boleh email dan sms sahaja, nanti bila balik ummiross akan uruskan semuanya. Nasib baik semua order pelanggan minggu ini telah selamat di pos. Semuanya belian borong. Semoga semua kain yang diorder mendapat sambutan yang menggalakkan. Semoga Allah murahkan rezeki.

Sebelum bertolak tadi, sempat jugak ummiross singgah kat blog rakan blogger, peminat tegar Batik Sarong Sarawak. Terima kasih banyak-banyak NzA. Cantik sungguh baju kurung dari Batik Sarung Sarawak tu. Hasil kreatif orang berseni. Minggu ni NzA order lagi, permintaan dari rakan-rakannya pulak, penangan baju kurung sepasang.

bj nza
Dua helai batik sarung, akhirnya menjadi baju kurung. Singgahlah ke blog NzA  untuk membaca kisah selanjutnya.

To NzA;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0244IMG_0245IMG_0246IMG_0247IMG_9391BS13IMG_1040IMG_1037
Antara order dari Johor, kain-kain ni pun sangat cantik jika dibuat sepasang.
Semakan order
Kod          :  BS-26 helai
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD169810031MY 

To Haryani;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0203IMG_0205IMG_0208IMG_7908

IMG_7893IMG_7874IMG_8125IMG_8478
Sebahagian order dari Bangi..
Semakan order
Kod          : RD-10helai, BM-10 helai.
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD169810031MY 

To Laila;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9661IMG_9657IMG_9665IMG_9650
Sebahagian order dari Perak..
Semakan order
Kod          :  Kain ela etnik nusantara-16.5m,KPH7&KPH9-8.50m
Pos           :  14hb.Feb,2012
Treking   : CD106126320MY 

12 comments:

NzA said...

he.he.he....kelakarkan tgk model tnpa kepala n brbadan kembang tu....

Sama2 ummi, mmg dh jadi peminat tegar kain2 batik sarong ummi ni....prcubaan prtama memikat hati kwn2 yg lain.....xlama lagi habis 1 sk brpakaian kain batik sarong sepasang..cikgu2 lelaki pn tadi brgaya dgn kemeja dr batik sarong yg nza order dulu..lupa nk snap pic..nnti bila kami brgmbar ramai2 nza akak buat n3 ye......

Slamat bristirehat brsama suami trsyg......

ummiross said...

he..hehe..yang kelakar tu yang best, ummi tengah tersengih ni, kesian kat gambar tu,hik!
Mana ada kembang,cantik dah tu NzA.

Ooh hari Khamis kan..berbaju batik semuanya, tentu semuanya kacak2 bah!. Nanti share gambar ye..

Thank you NzA, suami meeting,ummi mengadap lappy..

Hanis Azla said...

cantik kain2 tu.. dah jd baju lebih menarik lagi.. semalam kan ummi, ada teman sekerja yang pakai batik sarawak... warna dan coraknya macam warna bankground blog ummi ni.. terus rasa mcm saya sedang memandang ummi.. dari dia lalu sampai masuk lif, mata saya asyik memandangnya..

dear anies said...

siapa la yg jd model tu ye... hehehe

ummiross said...

@Hanis Azla;

Ooh ye ke Hanis, hihi nasib baik dia tak cakap 'jangan pandang-pandang..". Agaknya kat mana lah dia beli ek..

ummiross said...

@KhaiRin : anies ;

Ummi 'curi' gambar kat n3 di blog rakan blogger yang jugak customer ummi, hihi,comel orangnya, walau tak nampak muka, boleh terbayang senyumannya.

Gerobok Batik Sutera said...

cantik kain yg ummi pilih tu..suke2.. :)

ummiross said...

@Gerobok Batik Sutera;

Haryani..Alhamdulillah kalau Haryani suka. Kod BM yang tu baru sampai,sesuai untuk di pakai sebagai batik sarong biasa sebab dah siap berjahit. Ada blog ke?, biasa jumpa di fb je, hehe..

ibuintan said...

makin memikat koleksi batik2 ummi.. jualan pun lancar


nanti saya order lagi

ummiross said...

@ibuintan;

Ibuintan...lamanya tak nampak jejak.Dah kembali berblogging ke?

Tq ibuintan, koleksi baru ni. Ok2,jangan lupa order lagi, kecik tapak tangan, bandaraya Kuching ummi tadahkan..

Anonymous said...

salam kenal ummi, cantik nya batik ni...js pun pernah guna wat sarung tp nk try beli wat baju sepsg la plak...hehe.

js berkenan dgn corak bunga merah tu..kalau sepsg brapa ye...nti js blh lah orde lepas ni...hehe

ummiross said...

@js;

Salam kenal jugak js..
Hmm klu buat sepasang pun nampak cantik kan js, boleh lah try nanti.
InsyaAllah yang tu ada beberapa helai je lagi, kalau js nak kenalah cepat, hihi..