بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera,salam ceria…
Baru-baru ni ummiross ada menerima panggilan bertanyakan bagaimana nak menyertai pakej pelancongan dengan ummiross. Hihi..agaknya disebabkan ummiross kerapkali mengeluarkan entry ‘jom jalan-jalan Sarawak’, makanya mungkin ada yang ingat ummiross mengusahakan pakej pelancongan. Ummiross sekadar berkongsi pengalaman sendiri,ummiross pun pelancong jugak..dengan taraf pemastautin, hik!!
Hari ni kita jalan-jalan ke Perkampungan Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village pulak. Ummiross pernah pergi dulu sekali, rasanya sekali cukuplah sebab bayarannya boleh tahanlah jugak. Tapi disebabkan baru-baru ni, MrHubby mendapat tiket percuma ketika menghadiri seminar anjuran kerajaan negeri , jadi pergilah lagi sekali.
Kami sampai awal pagi, taklah jauh pun, dalam 40 minit perjalanan dari Kuching, sengaja pergi awal sebab malas nak berpanas-panas. Rumah-rumah dan dewan berdasarkan kaum etnik Sarawak tersergam dalam kehijauan alam semulajadi.
Kiranya kalau ke sini, dapatlah mengetahui sedikit-sebanyak budaya
setiap kaum di Sarawak ni.
Forbidden..nak masuk jugak ambik gambar, ada air terjun kecil, sejuk mata memandang. Anak bujang yang masih keanak-anakan..
Flora dan fauna.Minat anak bujang ummiross dari kecil sampai dah besar panjang, asal ada serangga kecik-kecik je, mesti nak ambil gambar.
Kalau dah penat berjalan kat cultural village, bolehlah singgah kat Pantai Damai, jalan kaki je. Kalau bawa bekal, lagi best, boleh makan ramai-ramai sambil menikmati indahnya laut membiru..
Selamat bercuti, cuti-cuti Malaysia..
25 comments:
best nyerrrrrrrrrrr
sabar ajerlah..ingatkan ummiross buat contest
agaknyalah kalau ummi buat syarikat travel ni mesti laris.
best nyer...dapat jalan2 di kuching ^^
@KhaiRin:anies;
Anies..jom jalan2 Sarawak, kita dating, hehe..
@kak ina kl
Hihi Kak Ina...good idea tu, mungkin kalau lama lagi di Sarawak bolehlah dipertimbangkan.
@Liza@Adzriel AB;
Liza..boleh laris ke? tak berani nak mencuba lagi, hik!
@mashitah ismail;
mashitah..kalau best kenalah datang,amacam cuti sekolah nanti ke..
nza pernah pergi skali..mmg best sbnarnya..kwsannya tramat luas....kalau ikutkan kaki mmg xlarat nk jelajah ttp sernok punya pasal redah juga la.....smpt tgk prsembahan kebudayaan kt dewan besar tu....
p/s: thanks ummi krn xputus2 brdoa utk qaisara.....
ummiross: ummi memang org kuching ye?? kalau mashi pergi ke sana boleh la ummi tunjukkan jalan? ^^
@NzA;
Ooh dah pernah sampai ye NzA..
Hmm memang luas kan NzA, ummi pun bila masuk kali kedua ni, takdelah singgah semua, tak larat. Persembahan pun ummi tak tunggu dah,sebab lepas tu ummi pergi kampung nelayan dalam entri ummi sebelum ni.
@mashitah ismail;
Taklah..Suami ummi yang kerja kat sini, insyaAllah kalau masih di sini, no problem.
Assalam Ummi,
satu hari nanti insya-Allah Amie akan sampai juga ke kampung budaya Sarawak...memang teringn nak kunjungi!
wahh... bestnyaaa... bila sampai blog ni terus rasa macam dah sampai serawak la pulak dah...
kalau free memang bestkan ummi. ada rezeki ke kuching nanti boleh la ummi jadi tour guide ya hehe
@Amie;
Waalaikumussalam Amie..
InsyaAllah Amie, tak jauh pun, naik belon jak,kembara dari negeri dibawah bayu ke bumi kenyalang.
@Kazman &Sue:
hehe..kalau macam tu kenalah datang, biar betul2 feel!
@Sweet N Pretty;
Boleh2 Intan, dah lama teringin nak jumpa Intan, mana tau kan, kalau ada rezeki..
ummie patut buat pakej tu haha sebab ummie selalu jejalan kan .. seronoknya lah hai bila nak sampai sana
@puanbee;
hihi seronok jugak kan bee, sambil bawak orang melancong dapat pulak berkenal-kenalan menjalin ukhwah.InsyaAllah bee, kalau ada rezeki sampailah nanti.
kita penah dtg sini!masa 2nd time dtg kuching.best.siap ada show bagai.makan pun sedap.
@Syida;
Syida...ooh dah pernah datang ye. Hmm betul tu, memang ada show, lepas pusing2 boleh tengok persembahan kebudayaan. Cuma ummi tak masuk hari tu sebab sebelum ni dah tengok.
Datanglah lagi, jalan2 cari makan..
ummi: dh pindah semenanjung ye?? saya baru nak g kuching melawat ummi :) ...
@mashitah ismail;
Ye lah Mashitah,baru je lagi pindah.Hehe ummi pulak yang rindu-rinduan nak ke Kuching..
Assalamualaikum wbt...
Ummi... jom bawak kita tour sarawak...
tak da kawan lah kat kuching nak bawak kamek jalan2.... huhuhu...
slalu g meeting terus balik... (kuciwanya...)
Post a Comment