بسم الله الرحمن الرحيم
Ummiross biasanya menggunakan mel udara untuk membuat penghantaran batik sarung Sarawak atau batik sarong Ratna Dewi. Kos posnya lebih jimat berbanding dengan pos laju, apatah lagi biasanya pelanggan ummiross adalah mereka yang ingin berniaga, tentu sekali setiap kos perlu diambil kira. Berdasarkan info dari pejabat pos, kain-kain ni akan sampai selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja, tapi selalunya akan sampai 2-3 hari lebih awal.
Setiap kali selepas kain batik sarung di pos, ummiross akan memberikan nombor treking kepada pelanggan. Tujuannya supaya pelanggan dapat membuat semakan atau aduan jika sekiranya kain lambat sampai atau hilang (Alhamdulillah setakat ini, takde yang hilang lagi). Ia jugak sebagai bukti penghantaran. Ramai yang ingin menyemaknya secara online. Semasa mula-mula berniaga dulu, ummiross pun begitu. Tapi setiap kali disemak, ia tidak diupdate. Ummiross tidak tau di Semenanjung macamana, tapi, begitulah situasinya di sini. Jadinya, kepada pelanggan ummiross tersayang, tidaklah perlu membuat semakan online, anda akan terkecewa.
Mungkin ia berbeza dengan pos laju yang lebih laju khidmatnya termasuk mengemaskini penghantaran semasa. Gunakanlah nombor treking tu hanya jika perlu, untuk membuat semakan jika sekiranya kain terlewat sampai atau hilang. Dan dalam banyak keadaan, ianya hampir tidak perlu…
To Muslihah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Sebahagian order dari Butterworth, moga Muslihah dimurahkan rezeki sentiasa.
Semakan order
Kod : RD118-3pcs,RD(107,125,127)-1pc.
Pos : 21hb.Feb,2012
Treking : CD106127223MY
26 comments:
Klu kt sini..suka guna poslaju jer.Tp kdg2 lewat gak sampainya :(
Salam Yong Ummi,
Poslaju ni kekadang tak laju pun. Sonok dengar biznes Yong berjalan lancar!
syukur Alhamdulillah, sejak brurus niaga dgn ummiross xde masalah lagi ttp penghantaran...cuma smpai lmbat sikit tu prkara biasa...nza ttp sabar menanti demi krn kekandaku ummi.......
seronoknyer jadi peniagani... nampak cantik2...
betul kata kembara.. kalu dlm sem.m'sia better sy gn pos biasa je da ckp
@♥♥azatiesayang ♥♥;
Hmm tu lah zatie, kadang cepat kadang lambat pos laju ni kan,cajnya agak mahal jugak.
@MOH KEMBARA;
Ye lah kak, kadang2 tak laju jugak,ummi pernah pos kek lapis, sampainya dalam 4-5 hari, jadi serik nak berniaga kek lagi.
Terima kasih kak, atas sokongan teman2 jugak.
@NzA;
Terima kasih NzA kerana sabar menunggu, janji bila buka parcel tu hati rasa lega sebab kain2nya cantik2 belaka, kan,kan...
Tq adinda..atas sokongan, mmuah!!!
@Cho Zila;
Hmm seronok jugak Zila, dapat pendapatan sampingan sikit2, dapat jugak menjalin ukhwah.
@KhaiRin : anies;
Ye lah Anies,poslaju kalau dari sini ke KL, mungkin cepat sikit. Tapi kalau diluar KL,ambik masa jugak. Kosnya pun agak mahal, jadi baik guna pos biasa kalau tak urgent!
cantiknya......
tp tak bole nak beli
*puasa shopping*
@Syida;
Tq Syida..
Hihi, azam tahun baru kan..takpe tahun depan boleh berbuka..
baru tau akak meniaga.. huhu.. waaa..
jom renung kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/jahil-dunia-jahil-agama.html
@L;
hihi tu lah, nasib baik ummi cerita, kalau tidak tau lah ye..
Ok2, nanti ummi singgah..
org Bagan
selama ni saya ingat mel udara tu sama juga dgn pos laju.. rupanya saya tersilap.. he..he..
@Khairul;
Bagan serai?
@Hanis Azla;
hihi, ummi pun sejak bisnes ni je baru tau Hanis, kalau tidak memang blur bab2 pos ni.
masih guna poslaju ummi sebab rasa selamat sikit & cepat. kalau jadi apa2 nanti customer lari pulak. tapi ummi byk hantar utk borong ok la kan, jimat kos pembeli.
salam..akak sekarang ni suka guna gdex pulak..lagi cepat
cantik gak pemandangan kat sibu tu ek..seronok gi dating berdua..bestnya
huu masyukla bisnes ummi...moga terus berkembang maju...
@sweet n pretty;
Ye lah Intan, ikut kesesuaian kan, kalau customer nak cepat dan nak sehelai dua je, boleh jugak guna pos laju kan.
Ye lah kak ina, gdex pun bagus, tp klu dr sini ke semenanjung kosnya agak mahal..
Hihi, suami meeting kak,tumpang lah sekaki..
@Sham;
Terima kasih Sham, doa-doa kan sama ya..
oh ummie guna mel udara , murah sikit yek , tk tahu lah pulak , biasa pos laju kalau semak memang cepat dia update
Ye bee, ini salah satu cara penghantaran dari Sarawak ke Semenanjung, kos posnya lebih jimat untuk orang yang ingin berniaga. Tu lah bee, kalau pos laju memang dia orang update, senang nak check..
Post a Comment