Sunday, January 1, 2012

TAHUN LEPAS DAN TAHUN BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas sarapan pagi tadi, ummiross ke pejabat pos, kali ni tak mamai lagi. Order terakhir Batik Sarung Sarawak untuk tahun 2011 ni telah selamat di pos ke Kemaman Terengganu. Tiga lagi order untuk minggu ni telah selamat di pos pada hari Khamis ke Melaka, Pulau Pinang dan Jertih,Terengganu. Alhamdulillah, tahun 2011 memberikan satu pengalaman bisnes online yang sangat menarik buat ummiross. Ia rezeki yang tidak dijangka, semuanya dengan rahmat kasih sayang Allah, Alhamdulillah, syukur sangat2. Jugak bukan sekadar rezeki ummiross, ia rezeki yang dikongsi, ia rantaian rezeki, makin ramai yang mendapat pendapatan sampingan dengan menjual Batik Sarawak, Alhamdulillah lagi sekali.

Ada satu cita-cita besar yang tidak kesampaian pada tahun ini, moga Allah permudahkan pada tahun hadapan, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.  Ummiross percaya setiap ketentuan itu berlaku kerana rahmat dan kasih sayang Allah. Dia maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Tiada keluh kesah….tetap syukur atas segalanya.

Kepada semua customer, rakan blogger dan fb, semoga tahun mendatang akan sentiasa lebih baik untuk kita semua. SELAMAT TAHUN BARU  2012.

To Norizam;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6630IMG_0952[1]IMG_1643 

Kod                 : BS17-6pcs,BS19-2pcs,BS12-2pcs,BS18-2pcs,
                            (BS3,BS11,BS13,BS14,BS15,BS37-1pc),RD33-3pcs
Pos                  :  31hb Dis,2011
Treking no.  :  RD921852697MY

To Amalina;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

DSC_0184 (2)DSC_0191 (2)IMG_7988
Antara order dari Melaka, kain pasang vivian silk dipadankan dengan kain pink polos. Sebelah atas adalah bahagian kaki, sengaja ummi terbalikkan untuk menampakkan corak bahagian kaki. Sila klik SINI untuk pilihan pelbagai warna.
Semakan order
Kod                 :  VS5,RD121,BS31
Pos                  :  29hb Dis,2011
Treking no.  :  RD921852697MY

To Hasnah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1636IMG_1617DSC_0210b

Antara pilihan customer dari Jertih, Terengganu…
Semakan order
Kod                 :  BS4,BS7,BS11,BS17B,BS28,BS30,BS31,BS35,BS53,BS12,KPB8
Pos                  :  29hb Dis,2011
Treking no.  :  CD106126775MY

 

To Azura;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9110IMG_7610IMG_2818

IMG_5817IMG_9019IMG_5549
Antara order customer baru dari Pulau Pinang….
Semakan order
Kod                 : BS68,BS90,BS98,BS54,BS1,BS35,BS44,BS47,BS40,BM13,
                           BSE1,BSS4,RD91,RD66,RD71,RDT12,RD33,RD120
Pos                  :  29hb Dis,2011
Treking no.  :  CD106126735MY

14 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

semoga apa yg dihajat akan tercapai di tahun ini

Selamat Tahun Baru 2012

NzA said...

Amin..min...amin...selamat thn baru ummi, semoga hari ini lebih baik dr hari smlm...

Wah, hasnah order lagi ye.masa cuti sk hr tu has bria2 tnya ttg kain batik ummi masa nza tayang kt FB n blog.katanya suka tgk..cantik2........he.he.he...

ummiross said...

@Waalaikumussalam Atuk..
InsyaAllah Atuk, moga Allah perkenankan, Amin.

Selamat tahun baru 2012 jugak buat Atuk sekeluarga..Terima kasih.

ummiross said...

@NzA;
Selamat tahun baru jugak buat NzA sekeluarga.InsyaAllah, begitulah hendaknya, Amin.

Hehe..tu lah tentu order yang pertama hari tu dapat sambutan,moga kita sama2 murah rezeki ya NzA. Rupanya NzA lah yang jadi penasihat ye, terima kasih ye NzA,sayang NzA, muah!!

IMANSHAH said...

selamat yahun baru

dear anies said...

tahniah ummi!

slmt thn br buat ummi sekeluarga!

ummiross said...

@Imanshah;
Happy New year Imanshah, wish you all the best

ummiross said...

@Khairin;
Terima kasih Khairin.
Happy new year jugak buat khairin sekeluarga, semoga diberkati Allah selalu

Unknown said...

happy new year la tgh packing nk balik penang lepas seminggu cuti kt KL

MumMe said...

All the best utk 2012 ummiross...semoga sentiasa bahagia...

ummiross said...

@khairul;
happy new year khairul, seronok tengok khairul cuti2 Malaysia..

ummiross said...

@MumMe;
Thank you MumMe..All the best untuk MumMe jugak, semoga sentiasa berbahagia jugak MumMe...

HASNAH said...

~happy new year ummi... tgh frust ni kenapa order x sampai2 lagi!! (mood: x sabar nak tgk) hihi...

ummiross said...

@Hasnah;
Thank you Hasnah..Happy new year to you too.
Oh tak sampai lagi ye, ummi rasa lambat sikit sebab cuti awal tahun baru ni. memang cantik2 yang Hasnah order hari tu,cuci mata kat sini dulu lah ye, hihi..