Thursday, January 19, 2012

KEPERCAYAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Mel adalah customer lama ummiross. Beliau jarang membuat order tapi setiap kali order, ordernya hampir mencecah RM5 000. Besar nilai ni pada ummiross dan tentu sekali besar jugak nilai ni pada Mel. Tapi memasukkan duit ke dalam akaun orang yang tidak pernah dikenali, tentu memerlukan ‘nilai’ yang jauh lebih besar, saling percaya mempercayai. Dan tentu ianya tidak terhasil dengan sendiri, ia hasil dari pengamatan dan pengalaman. Terima kasih Mel kerana mempercayai ummiross…

Ummiross doakan Mel terus maju dan dimurahkan rezeki, moga diberkati Allah selalu.

To Mel ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9806IMG_9794IMG_9799IMG_9673DSC_0210bIMG_9693IMG_9600IMG_9621IMG_9615IMG_9625
IMG_9604IMG_9640IMG_9656IMG_9650IMG_9661
Sebahagian dari pilihan Mel, Shah Alam, kain pasang corak etnik Sarawak dan Nusantara.
Order Mel jugak termasuk jugak Batik Sarong Sarawak yang telah di pos pada hari Sabtu. Olehkerana kain-kain pasang ni agak memerlukan masa untuk menguruskannya, ia terpaksa di pos pada hari Isnin.

Semakan order
Kod          :  Pelbagai kod.
Pos           :  16hb.Jan,2012
Treking   :  CD169810028MY,CD169810093MY,CD169810045MY



 



12 comments:

khairul said...

rm 5 K ? byk tu Ummi

ummiross said...

hehe, sekali-sekala Khairul...

Ali Power said...

mak aih......lemah smngt nk pcaye

NzA said...

wow 5K.....byk tu ummi.....gembira tgk bz ummi brtmbah maju...

Amie said...

alhamdulillah... mudah-mudahan terus yakin dan saling mempercayai...jujur dalam perniagaan ye Ummi.

Hanis Azla said...

kepercayaan dan kejujuran mmg aspek penting dalam perniagaan kan ummi.. bila kita jujur mmg orang akan mudah mempercayai.. Alhamdulillah.. seronok mendengar ttg sikap dan keuntungan itu..

✿Nekmo✿ said...

nilai tu mmg sgt banyak kak ummi... :) kalau org yg tak jujur...tak tau la.. Allah sj mampu membalas....tp..tahniah la sebab jadi penjual yg jujur.. :)

ummiross said...

@Ali Power;
hehe sila percaya, kuatkan semangat!

ummiross said...

@NzA;
Alhamdulillah, NzA pun banyak jugak order. Mel ni ada bisnes kat Shah Alam NzA, dah ada regular customer dia sendiri.

ummiross said...

@Amie;
InsyaAllah Amie.Kalau nak berjaya dan rezeki diberkati, kenalah jujur. Kalau ada kekurangan sama-samalah perbetulkan..

ummiross said...

@Hanis Azla;
Hmm betul tu Hanis, apatah lagi kalau online bisnes, tak pernah bertemu muka, bukan senang nak dapatkan kepercayaan. Alhamdulillah Allah membuka pintu hati mereka, kita bukan siapa2 tapi semuanya berlaku dengan izin Allah.

ummiross said...

@Nekmo;
Banyak tu Nekmo, kalau ummi pun mesti fikir banyak kali nak bank in kepada orang yang tidak dikenali. Rezeki adalah anugerah Allah, datangnya dengan banyak cara. Syukur dan jujur, insyaAllah Allah akan menambah keberkatannnya.Terima kasih Nekmo..