Salam sejahtera, salam bahagia di bulan yang mulia.
Nampaknya jadual kebanyakan kita mungkin berubah sedikit di bulan Ramadhan ni. Ummiross pun begitu, selalunya pagi2 ummiross peruntukkan satu hingga dua jam mengadap lappy, sambil menyiapkan kerja2 rumah. Tapi sejak Isnin baru ni, awal2 pagi ummiross dah keluar bersama rakan. Tahun ni ummiross ubah angin bertadarrus di masjid yang agak jauh dari rumah, so kenalah keluar awal pagi. Pukul 12 tengahari baru sampai rumah pulak. Walau jejak ummiross berkurangan di blog rakan2, anda semua tetap dihati.
Terawih pertama tahun ini mengundang sebak dan airmata. Bersulam bacaan Al Quran yang lemak merdu dari Imam, bagai meruntun jantung hati, berlinangan airmata kesyukuran kerana masih berpeluang menikmati Ramadhan kali ini. Apa yang ummiross sangat syukuri kerana Allah SWT memberi kesihatan yang baik setelah di uji dengan sedikit kesakitan baru2 ini. Betapa besarnya nikmat sihat, ketika kita hendak beramal ibadat. Murahnya airmata untuk membeli kesihatan yang rupanya begitu ‘mahal’. Tiap yang pernah sakit pasti akan memahaminya…
23 comments:
Alhamdulillah diberikan kesihatan yg baik utk kita beribadat.. Alhamdulillah juga kerana kita dapat lagi merasai ramadhan kali ini.. semoga ummi terus diberikan kesihatan yg baik untuk beribadat dan menyediakan juadah untuk keluarga tersayang.. indahnya ramadhan ini kan ummi..
Assalamualaikum Ummiross
Syukur, Alhamdulillah
diberi kesihatan yg baik untuk memperhambakan diri dlm bulan Ramadhan ini
ps: Kak Ina KL dapt jumpa ummi yer
memang senang sekali dgn kak ina tu....moga ukhwah berkekalan
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
Syukur Alhamdulillah ummi krn kita masih dikurniakan kesihatan...sy awal2 puasa dh "cuti"....alahai, rasa sedih jugalh ttp trpaksa redha......
alhamdulillah kita dapat berpuasa lagi thn ni.tp kita tak dpt nak terawih sbb ada baby kecik.
Assalamualaikum Yong Ummi, jauhnya berjalan bertadarus...Alhamdulillah diberikan kesihatan yg baik utk Ramadhan.
@Hanis Azla;
Ye lah Hanis, bersyukur sangat2 dengan nikmat sihat untuk beramal ibadat kepadanya. Hehe tahun ni,memang kena singsing lengan memasak untuk ketiga2 hero ummi tu..
smlm terlepas nk terawikh blk kerja lewat adoii...mlm ni kena p
besarnya kasih sayang Allah diberinya nikmat Ramadhan sbg penghapus dosa kecuali dosa besar & ganjaran pahala berlipat ganda. sama2 kita rebut peluang keemasan ni:)
@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali
Alhamdulillah syukur teramat sangat kan, dapatlah kita meramaikan jemaah dan mengimarahkan masjid atau surau.
Hmm memang dapat jumpa kak ina kl hari tu, baik dan peramah orangnya, insyaAllah moga berkekalan ukhwah. Terima kasih memperkenalkan.
Selamat berpuasa juga ye
@NzA;
Alhamdulillah, NzA ummi tengok stamina cukup kuat.Takpe awal2 'cuti', nanti berpeluang beramal ibadat 10 mlm akhir, insyaAllah
@Syida Gorges;
Betul lah Syida,sempat habis pantang ye.Ummi pun dl masa anak2 baby lg tak berkesempatan jugak,takde pembantu rumah pulak.
@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam kak..
Join kawan kak, seronok jugak dapat menjalin ukhwah di tempat tadarrus.
Alhamdulillah, semoga sihat selalu.
@khairul;
kerja pun ibadah jugak, takpe malam ni pegi,hehe..
@Sweet N Pretty;
Betul tu Intan, rugi kan kalau tak betul2 merebut peluang yang Allah beri ni,terlalu banyak kurnia Allah terhadap kita.
memang berubah ummie , saya sempat update je tk sempat nk BW sgt2 ..apa2 pun moga ummie dan saya berjaya harungi ramadhan kali ini dengan penuh semangat kan ..
baca entry ummi ross ni pun nak berderai air mata dlm hati.. menyimpan rasa terkilan.. salah sendiri juga.
@puanbee;
patut lama tak nampak jejak bee, insyaAllah bee,moga2 kita sama2 dapat menjalani ibadat puasa dan beramal ibadat pada ramadhan kali ini dengan lebih baik.
@Adzriel @ Liza AB;
Liza,Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kita seterusnya insyaAllah..
salam dan selamat berpuasa untuk ummi sekeluarga.
Orang yang pernah merasa sakit baru tau nikmat sehat, semuga kita semua sentiasa di berikan kesihatan yang baik demi menunaikan apa yang di perintah dan mengikuti segala suruhannya.
bestkan bila anak-anak ada bersama.
@kak ina kl;
Wassalam kak ina dan selamat berpuasa jugak buat kak ina sekeluarga,
Hmm betul tu kak, terutama di bulan Ramadhan ni, memang sayang sangat kalau tak dapat beramal ibadat macam orang lain.Alhamdulillah Allah masih memberi peluang.
Alhamdulillah kak ina, meriah lah bila ada anak2.
selamat berpesta ibadah ummiross...doakan utk mumme juga ya...
menagis bila mengenang dosa-dosa kita dan amal yg tak cukup.
@MumMe;
terima kasih MumMe, insyaAllah sama2 kita berdoa...
@Adzriel @ Liza;
Betul tu Liza, moga Allah beri kekuatan untuk kita perbaiki diri
Post a Comment