Friday, August 12, 2011

SONY GANTI PLAYSTATION KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG DIROMPAK.

Pelajar Malaysia, Ashraf Haziq yang menjadi mangsa rompakan semasa rusuhan di London mendapat perhatian media antarabangsa. Warganegara Britain turut merasa kesal dengan apa yang berlaku, perbuatan tidak beradab segelintir masyarakat, berpura2 untuk menolong tetapi sebaliknya merompak mangsa yang dalam kesakitan akibat kecederaan rahang selepas diserang perusuh. Harap Ashraf cepat sembuh, take care ye Ashraf.

Ramai yang bersimpati dengan Ashraf dan cuba membantu dengan cara masing2. Terbaru ummiross ada baca berita yang pihak Sony bercadang untuk menggantikan Playstation Portable dan games yang dicuri. Namco Bandai pulak mengumumkan akan memberi beberapa video games untuk Ashraf.

Ada jugak website yang membantu mengumpulkan sumbangan buat Ashraf seperti JustGiving. Setakat ni jumlah terkumpul sebanyak £11,229.23. Boleh jugak klik Let’s Do Something Nice For Ashraf Haziq (+Others), macam sumbangan yang dia orang nak bagi antaranya, gitar, basikal dll. Harap2 mereka ni serius dan tidak pula mengambil kesempatan.

Bila tengok Ashraf ni teringat anak2 ummiross yang sebaya dengannya. Jom kita dengar apa kata Ashraf dalam sidang akhbar. Klik SINI untuk berita sepenuhnya.

Sumber : Youtube n Channel 4 News

A true story from Ashraf, tapi maaflah ye, audio tak jelas…

Sumber: Youtube

22 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

saya doakan ajer untuk kesejahteraan beliau

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

amiey lee said...

alhamdulillah ramai yang care about Ashraf..sian dia sorang2 kt sana..mak ayah plak kat sini..atleast terubat gak dia bila ramai nak membantu kan

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. ramai yg mahu membantu di saat dia diperlakukan sebegitu.. semoga keadaan di sana cepat redanya..

Maya Mayana said...

memang kesian,moga2 mrk bukan ambil kesempatan...blog akak semakin cantik la...

Sweet N Pretty said...

mmg ujian besar utk dia di bln puasa ni. baru je sampai sana 4 minggu dh ditimpa musibah. apapun respek atas kecekalan ashraf ni. moga cepat sembuh & teruskan pengajian

khairul said...

mungkin ada hikmah d sbalik kejadian tu..apa pon kuat kan semangat Ashraf !

NzA said...

sampai hatikan manusia yg xbrhati perut nie..moga ashraf cpt pulih.

dhiera said...

ala, URL has been blocked. tak dapat tengok video~
balik nanti la jawab ye kalau internet laju~ sob

ummiross said...

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali..
Hmm hanya doa yang kita iringkan untuk beliau...moga cepat sembuh.

Selamat berbuka jugak.

ummiross said...

@Amiey lee;
Betul tu Amiey, ramai yang sudi membantu, Alhamdulillah. Mak ayahnya pun tentu lega dengan keaadaannya sekarang.

ummiross said...

@Hanis Azla;
Ye lah Hanis, syukur ramai yang sudi membantu.Harap2 cepat reda kan, ramai jugak rakyat Malaysia kat sana.

ummiross said...

@Maya Mayana;
Harap2 yang menolong tu memang ikhlas. Hehe,tq Yana, hari tu puanbee tolong buatkan.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Ye lah Intan, tak mudah patah semangat Ashraf ni, bagus budaknya.

ummiross said...

@khairul;
Ye lah khairul, mungkin ada hikmahnya, Allah maha pengasih.

ummiross said...

@NzA;
tengok video yang dia dirompak tu , memang geram kat dia orang, macam takde belas kasihan kan NzA.

ummiross said...

@dhiera;
hehe, jangan lupa tengok ye dhiera.

puanbee said...

kesian ummie tengok video masa dia dirompak tu .. bukan nk tolong depa tambah lagi .

ummiross said...

Ye lah bee,dahlah terpaksa tahan sakit akibat cedera.Tapi mujur jugak mereka tak cederakan dia,kalau tidak tentu bertambah teruk

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Ummi,
Dia nasib baik tak kena tikam atau dibelasah sampai mati, dlm keadaan huru-hara tu apa2 buleh berlaku. Alhamdulillah!

ummiross said...

Waalaikumussalam Kak Halima;
Betul tu kak, dalam riot macam tu orang hilang
pertimbangan,nasib baik betul dia, syukur sangat2.

cemomoi said...

kalo dah dapat banyak tu hulur jugak la kat kitorang ni yea... sedekah bulan posa

ummiross said...

@cemomoi;
hehe, boleh gak kan cemomoi...