Monday, August 22, 2011

BERBUKA PUASA DAN SOLAT DENGAN IMAM MEKAH

Hari Jumaat baru ni (19.8.2011), ummiross berpeluang mengikut Mr Hubby memenuhi undangan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Masjidil Haram, Imam Mustafa Fadal Rahman di The Regency, Rajah Court Hotel Kuching. Majlis turut meraikan Warga Tua daripada Rumah Sri Kenangan, Kuching.

Ketibaan Imam Mekah disambut dengan begitu hormat oleh tetamu jemputan. Terkesima jugaklah dapat melihat salah seorang Imam Mekah secara dekat, kebetulan mejanya bersebelahan meja kami.

IMG_6100 IMG_6104 - Copy
Menyambut ketibaan Imam Mustafa Fadal Rahman…

Majlis berbuka bermula dengan menjamah beberapa biji kurma, sedikit kuih-muih dan minuman. Kemudian kami ke dewan sembahyang yang disediakan oleh pihak hotel. Berbunga kesyukuran, solat maghrib kami kali ini diimamkan oleh Imam Mekah. Selepas solat maghrib,barulah kami menikmati hidangan utama. Selepas itu diikuti solat isya’ dan terawih. Keistimewaan Imam Mekah adalah bacaan surah dan doanya yang begitu menyentuh hati. Untuk kesekian kalinya, persis tak mau solat itu berakhir…

Ketika di Mekah, begitu sukar untuk melihat Imam Masjidil Haram secara dekat. Mereka dikawal  ketat setiap kali datang untuk mengimamkan solat. Pada jemaah, mereka lebih dikenali dengan suara dan lenggok bacaan mereka yang memang istimewa. Yang paling terkenal adalah Abdul Rahman Sudais. Tapi yang lain2 pun pasti tidak kurang hebatnya.

IMG_6107 
Kenangan terindah MrHubby…

Mendengar biodata Imam Mustafa Fadal Rahman, memang selayaknya beliau terpilih untuk menjadi Imam Masjidil Haram. Berkelayakan dalam pelbagai cabang ilmu agama, Al Quran dan Hadis.Beliau jugak mengajar bacaan Al Quran pada shift petang di Masjidil Haram. Beliau antara  insan istimewa yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi Imam bagi berjuta manusia terutama ketika musim haji dan umrah.

Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih ummiross dan MrHubby malam tu jugak menjadi begitu istimewa. Ianya sukar dilafazkan dengan kata2…

 

 

16 comments:

cemomoi said...

kata ustaz yang ceramah kat surau itu hari, eeelok kita mohon orang alim mendoakan kebaikan untuk kita, maklum la hubungan mereka dengan Allah lebih hampir

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

segah bergaya hubby dengan imam Makkah ...Alhamdulillah
kenanggan tu...

Wassalam

Hanis Azla said...

seronoknya.. bertuah sungguh ummi.. Alhamdulillah rezeki ummi.. harap2 saya pun ada peluang yg sama.. rasa nak menitis air mata kegermbiraan membayangkan cerita ummi..

khairul said...

Bertuah nya Ummi..bukan senang nk dpt imam dr Mekah tu

NzA said...

MasyaAllah.......bertuahnya ummi krn brpeluang brbuka dan brsolat dgn Imam tu......

sy suka mendengar bacaan imam2 dr mekah tu melalui internet..merdu n sayu..rasa xpuas mendengarnya...

Maya Mayana said...

bertuahnya..mesti tu jadi kenangan terindah kan?

Adzriel @ Liza AB said...

terujanya meja kat sebelah pulak tu

ummiross said...

@cemomoi;
Betul tu cemomoi, kalaulah dapat minta beliau doakan kebaikan untuk kita, tapi apakan daya, hanya berkesempatan bergambar sahaja, tak dapat berbual2.

ummiross said...

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali;
hehe syekali-syekala, nak jugak bergaya...memang kenangan,hubby asyik senyum sampai telinga, hik!

ummiross said...

@Hanis Azla;
Alhamdulillah Hanis, bukan senang nak dapat peluang macam ni, di Mekah nak nampak kelibat mereka pun susah.

ummiross said...

@khairul;
Alhamdulillah, harap2 lain kali dapat sembahyang berimam dengan beliau lagi

ummiross said...

@NzA;
Alhamdulillah, ummi pun tak sangka, rezeki Ramadhan ummi tahun ni...
Bacaan mereka memang istimewa, kurniaan Allah untuk mereka...

ummiross said...

@Maya Mayana;
Alhamdulillah, memang kenangan terindah, betapa sukarnya untuk bertemu mereka, tapi kali ini dengan izin Allah dapat berbuka dan solat dengan Imam ni..

ummiross said...

@Adzriel @ Liza AB;
Memang teruja habis Liza, syukur sangat2..

Sweet N Pretty said...

MasyaAllah seronoknya ummi dgn hubby dpt peluang mcm ni, jd kenangan terindah. Mmg best suara diorg, plg suka Sheikh Abdul Rahman Al Sudais

puanbee said...

imam mekah tu , kalau bee lelaki salam cium tangan ambil berkat .. bayangkan berapa juta org yg dia telah imamkan kan ummie