Thursday, August 18, 2011

KALAM ALLAH-TERIMA KASIH AYAH IBU.

Semalam ada negeri yang bercuti sempena Nuzul Quran. Terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh sebenar, tapi itu bukan isu besar, yang penting kita mengamalkan ajaran yang terkandung didalamnya dan rajin membaca ayat-ayat suci Allah ini.

Entri hari ini adalah ‘tribute’ atau tanda terima kasih yang tak terhingga buat insan2 tersayang yang mengajarkan ummiross mengenali Kalam Allah. Moga kita jugak berupaya mendidik anak2 kita seperti mereka.

Arwah Atuk seorang guru agama yang sangat dihormatil di zamannya. Beliau mempunyai madrasah pengajian sendiri, surau yang terus bersambung ke ibu rumah. Mempunyai ramai anak murid dan di surau itulah segala aktiviti pengajian berlaku. Kata ibu, arwah sangat baik dan berhemah orangnya, lembut pulak tutur katanya.Orang dulu2 sangat menghormati guru mereka,   jika ada rezeki, mereka tidak makan dulu sehingga dijamah oleh gurunya. Kata ibu lagi, beberapa kali dalam seminggu wakil dari pihak Istana (di sebuah negeri) akan datang mengambil Atuk, untuk mengajar kerabat Di Raja di Istana.

Ketika kecil ummiross dan sepupu2 suka bermain2 dan berlari2 di Surau. Ada satu bilik yang bapa saudara ummiross tak pernah benarkan kami masuk. Tapi kerana ingin tahu, pernah jugak beberapa kali ummiross masuk. Rupanya di dalamnya penuh dengan kitab2 yang disusun kemas dalam kotak rotan. Patutlah tak dibenarkan masuk, takut kami merosakkan kitab2 tu. Akhirnya bila arwah Atuk tiada, kitab2 tu disedekahkan kepada Masjid berhampiran.

Ayah kepada Atuk, hee moyang ummiross lah tu, berbangsa Arab, pendakwah dan pedagang yang merantau dengan kapal dan akhirnya bernikah dengan wanita tempatan. Arwah Ayah ummiross mempunyai ciri2 Arab yang ketara. Sayang ummiross sipi2 pun takde, hik!

Oleh kerana membesar dalam persekitaran begitu, arwah Ayah ummiross amat menitik beratkan didikan agama. Sembahyang, puasa dan mengaji amat dipentingkan. Olehkerana didikannya, ummiross tak reti ponteng sembahyang dan puasa walaupun dari zaman budak2 lagi. Ketika sekolah rendah, ummiross dah mula tamat Quran, Bila naik sekolah menengah, Ibu dan arwah Ayah mengupah pulak seorang guru mengaji datang mengajar di rumah. Guru mengaji ni lah yang banyak mengajar ilmu tajwid kepada ummiross. Pernah beliau mencadangkan ummiross dan kakak pergi belajar mengaji berlagu dengan seorang bekas johan Tilawah Al Quran, kerana tertarik dengan kefasihan kami.

Tapi biasalah masa tu baru umur 13,14 tahun, mengaji kerana rutin  bukan dihati. Kadang2 tarik ‘muncung’ jugak bila guru mengaji datang lambat, sebabnya ummiross takut lewat ke sekolah dan ditahan guru disiplin di pintu pagar sekolah. Tapi bila masa berlalu, ummiross bersyukur sangat2 kerana telah dapat menguasai ilmu tajwid ketika usia muda lagi.

Ketika kecil ummiross suka mendengar arwah Ayah mengaji, surah kegemarannya surah Yassin. Seolah masih terdengar jelas suara arwah dari dalam biliknya. Ummiross sangat suka lenggok bacaannya, masih terngiang2. Arwah Ayah meninggal ketika mengerjakan haji bagi kali kedua, ketika melangkah kaki ke sejadah untuk menunaikan solat dan dikebumikan di Mekah. Sejak itu tidak pernah putus-putus ummiross sedekahkan pahala bacaan Quran untuknya, setiap kali selepas solat, kata ustaz sertakan dengan doa, semoga pahala sampai kepadanya. Terima kasih Ayah kerana meletakkan Al Quran di hati ini…

Rasanya ibu paling banyak menggalakkan kami membaca Quran. Berbanding dengan ayah, yang slow and steady, ibu lebih banyak ‘berkeroncong’, bila kami lalai dan lupa. Hari ini Ibu dah berumur 80 tahun lebih, tapi masih rajin mengaji. Lepas solat mengaji, duduk saja2 mengaji, kadang2 sampai terlelap dengan Al Quran di tangan, kadang2 lemah dan tak berdaya dik penyakit kencing manis dan darah tinggi, tapi masih berpuasa dan mengaji. Sungguh ini menjadi motivasi, harap ummiross pun dapat istiqomah begini…

Iman memang tak dapat diwarisi, tetapi didikan dan suasana kita membesar banyak mempengaruhi kehidupan kita kemudian hari. Kalau nak anak rajin sembahyang, kita pun kena rajin sembahyang, kalau nak anak rajin mengaji, kitalah contohnya. Suasana ketika membesar yang di isi dengan pengajian dan ilmu, besar kesannya di hati kita secara tak langsung.

Pesanan ini ummiross pahatkan kemas dihati, “Jangan tinggal solat, rajin2lah membaca Al Quran, fahami ajarannya. Orang yang menjaga solat, membaca dan memahami Al Quran, kebajikan dan kebaikan lain akan menyusul kemudiannya…”

Terima kasih arwah Atuk, arwah Ayah, arwah guru2 mengaji ummiross kerana mewujudkan kecintaan ini sejak lama dulu. Al Fatihah…

Terima kasih Ibu, kerana ‘keroncong2’ itu, daripada paksa menjadi suka dan cinta, CINTA KALAMULLAH.

32 comments:

Hanis Azla said...

indahnya entry ini.. seronok membacanya.. semoga solat kita di terima olehnya dan al-quran sentiasa di hati kita.. InsyaAllah.. Tok perempuan saya pun dah berumur hampir 85 tahun.. mmg surah yassin jarang lekang dari tangannya sejak dulu.. dengan umur yg begitu tok masih sihat, tidak sgt rabun apatah lagi nyanyuk.. solat pun masih mampu berdiri.. Alhamdulillah..

Sofya said...

Beruntungnya akak..
Dah terima kasih berkongsi..
Doakan saya agar istiqamah dgn tuntuta agama

Sweet N Pretty said...

alhamdulillah ummi bertuah diberi didikan sejak kecil lagi. sebak lak rasanya baca n3 ni. saya doakan agar ummi diberikan rezeki utk membuka madrasah mcm arwah atuk suatu hari nanti. saya pun simpan cita2 utk membuka madrasah tahfiz, moga dikabulkanNya nanti.

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

Alhamdulillah
Syukur
dilahirkan drp keluarga yg mencintai Al Quran
moga mereka terus menerima pahala

ps...ada sikit2 kearaban nya..he he

Wassalam

sonata anak kancil said...

salam - alhamdullilah syukur kerana didikan ibu bapa ummiros mencintai Kalam Allah. Alhamdullilah sy & anak2 sy - sy pastikan tamat sekolah rendah sudah khatam Quran - sy sedih bila dapati ada murid2 sekolah yang tidak tahu baca Quran - mana tanggungjawab ibubapanya - susahpayah pulak ustazah/ustaz mengajar. Memang tak dinafikan ustaz/ustazah boleh ajar - tapi takat harap waktu yang singkat di sekolah - dlm hal ini ibubapa MESTI berusaha mengajar anak2 mereka mengaji!

Eida elHakim said...

Salam
Indahnya zaman kanak2 Ummiross..
Entri yg memberi peringatan pd semua terutamanya pd ibubapa dlm mendidik anak2 mencintai Al Quran..kerana kita sering leka dgn kehidupan ber IT..

ummiross said...

@Hanis Azla;
InsyAllah Hanis, kita mengharapkan redha Allah. Alhamdulillah, moga Allah memberikan kesihatan berterusan buat Tok perempuan Hanis.

ummiross said...

@Sofya;
InsyaAllah Sofya, tentu Sofya pun mempunyai pengalaman mengaji sendiri ketika kecil, moga terus istiqomah.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Murninua cita2 Intan tu, moga Allah permudahkan. Ummi ada simpan cita2 nak jadi sukarelawan kat rumah anak2 yatim atau sekolah tahfiz kalau ada peluang, tunggu suami bersara

ummiross said...

@Rozali
Waalaikumussalam Rozali;
Alhamdulillah, secebis kenangan semasa kecil yang besar kesannya. Harap2 begitulah, moga amal baik kita memberi ketenangan kepada roh orang tua kita yang telah pergi.

ps:Hehe..,tang mana tu?

ummiross said...

@Sonata anak kancil;
Wassalam SAK.
Alhamdulillah, anak2 pewaris kita, moga usaha SAK akan diteruskan untuk generasi seterusnya, syukur sangat2 mempunyai anak2 yang pandai Al Quran.
Betul tu, tanggungjawab utama terletak dibahu ibubapa,guru2 hanya membantu,moga SAK mendapat pahala berganda atas usaha mendidik mereka.

ummiross said...

@Eida elHakim;
Wassalam Eida, kenangan semasa kecil yang masih mampu buat kita tersenyum.
Anak2 yang soleh/solehah yang kita harap akan menyisipkan doa bila kita tiada lagi nanti, kitalah yang sediakan acuannya.

zures said...

Sejuk rasa hati membaca kisah ummiros. Memang hebat dan tidak mudah mendidik anak menjadi anak yang mencintai al-quran. Apatah lagi nak mendirikan solat. Semua itu membuatkan mummy selalu berkeroncong di rumah. Namun nyata mummy bukan sehebat ibu ummiross yg kadang2 tercabar dek kerana perangai anak2.

ummiross said...

@zures;
Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya, InsyaAllah Zures mampu menjadi ibu yang hebat

NzA said...

Syukur Alhamdulillah krn ummi dilahirkan dlm kluarga yg kuat pegangan agama...

sy pn amat brsyukur krn arwah atuk pernah jadi seorg guru agama di istana raja Arab Saudi n abah sy lahir di sana...sejak pencen abah brgiat cergas sebagai seorg penceramah bebas di masjid n jabatan kerajaan...kami adik beradik diberi didikan agama oleh abah..syukur......

cemomoi said...

assalamualaikum

nampaknya ayah ummiross kemblai ke tanah leluhurnya sebelum mengadap Ilahi di tanah yang penuh berkah. semoga beliau dirahmati Allah dan kita juga dapat mempelajari sesuatu dari kisah yang ia tinggalkan

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Ummi,

Bertuahnya Yong dpt merasai suasana keluarga yg dihiasi dgn bacaan Al-Quran dan didikan yg tegas. Kalau semua keluarga Islam menjalani hidup seharian cam kuarga Yong, InsyaAllah takde kes-kes rempit, sosial yg memeningkan kepala!

abah khalisha said...

Alhamdulillah..didikan yang baik. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya dan ingin anaknya berjaya di dunia dan akhirat
Teknik Terbaru Pakai Shawl

ummiross said...

@NzA;
Alhamdulillah, moga2 tradisi ni diteruskan oleh anak2 kita, mendidik dan berdakwah.

ummiross said...

@cemomoi;
ha'ah ye lah kan cemomoi, kembali ke Tanah Leluhurnya, Terimakasih atas doa, Amin.

ummiross said...

@abah khalisa;
InsyaAllah kita didik anak2 kita pulak ye, mereka masa depan kita.

Amie said...

Assalamualaikum Ummi,
bila baca n3 Ummi kali ini terasa bagaikan Ummi memperkenalkan seorang tokoh agama yang banyak berjasa dalam menyebarkan dakwah Islam, yang sememangnya hanya keluarga Ummi sahaja yang mengetahuinya. Bertuah Ummi kerana mempunyai rentetan sejarah berharga dalam keluarga Ummi... kalau ada ahli keluarga Ummi yang rajin membuat dokumentasi, alangkah baiknya... sebab masih ada lagi orang sumber yang boleh dirujuk sebagai bahan bukti ..., bertambah lagi khazanah sejarah berharga negara kita!

ummiross said...

@MOH KEMBARA
Waalaikumussalam Kak Halima;
Alhamdulillah kak. Anak2 adalah amanah Allah, ibubapa patut bertanggungjawan. Syukur jugak ummi nampak trend ibu2 muda sekarang yg mula menitikberatkan pendidikan agama

ummiross said...

@Amie;
Waalaikumussalam Amie..
Alhamdulillah, masyarakat setempat pada masa dulu sangat mengenali Atok ummi, bila sebut je nama surau tu memang orang tahu.Generasi mungkin tak tau lagi, ummi pun banyak ingat2 lupa, yang ingat tang main2 dengan sepupu2 tu sebab kami ramai dam meriah. Ibu kahwin ketika umur 13 tahun dan tinggal bersama bapa mertua,sebelum arwah ayah berpindah, banyak sejarah arwah Atuk yang dia tahu.

Areef Ibn Naim said...

salam kak ummi,

in sya allah al-qur'an yg kita dampingi akan menjadi saksi di akhirat kelak...

kak, pasal tempahan tu in sya allah lps2 raya nnti... sbnrny berminat, cuma kecairan (duit) tk cukup lg, hehehe... nnti papehal, sy contact k...

puanbee said...

ummie beruntung sgt dilahirkan dalam famili mcm tu saya ? erm entah lah ..

MulutPayau said...

Assalamualaikum Ummi...bertuah Ummi dilahirkan dalam kluarga yg mmtingkan didikan agama....Mmng susah utk didik anak2 mncintai Al-Quran...

Adzriel @ Liza AB said...

kita belajar berdasarkan contoh dari org tua.. kalau ibu bapa tak tunjuk contoh yg baik, sukarnya nak bentuk anak menjadi baik.

ummiross said...

@Areef Ibn Naim;
Wassalam Areef...
InsyaAllah Areef, moga ia menjadi saksi dan peneman kita.

hehe, no problem Areef, ada rezeki nanti kita berurusniaga, hik!

ummiross said...

@puanbee;
Alhamdulillah, bee pun beruntung jugak, masing2 ada keistimewaan tersendiri.

ummiross said...

@MulutPayau;
Waalaikumussalam..
InsyaAllah, kita sama2 usahakan untuk anak2 kita pulak...

ummiross said...

@Adzriel @ Liza AB;
betul tu Liza, anak2 cepat belajar dari persekitaran, kita contoh terbaik mereka...