Monday, August 15, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

Alhamdulillah, semalam telah selamat majlis khatam Al Quran bagi grup tadarrus yang ummiross sertai. Terima kasih tak terhingga kepada ustaz Haji Hashim Man, imam Majid At-Taqwa, Kg Gita, Kuching, kerana sudi memimpin majlis dan bacaan kami, dan atas doa yang amat menyentuh hati. Moga amal yang sedikit dari kami ini diterima Allah jua, moga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus membaca dan menghayati Al Quran, Amin..!.

IMG_6088
Menunggu majlis bermula…

IMG_6089 
Majlis bersurai, terima kasih ustaz..

IMG_6083
Cenderahati untuk semua yang menyertai taddrus,
dalamnya ada kurma dan gula2.

Syukur jugak kehadrat Ilahi kerana tadarrus kali ini menemukan ummiross dengan ramai rakan2 baru yang sangat2 meraikan dan baik hati. Moga ukhwah berkekalan wahai sahabat baru ku…

18 comments:

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. dah selamat khatam Al-quran utk ramadhan ini.. seronok mendengarnya.. seronok juga kerana ummi dpt kenalan baru yg baik hati..

khairul said...

Alhamdulillah

Lily Elyna said...

Alhamdulillah ... Tq ummiross

kak ina kl said...

alhamdulliah dah selesai bertadarus.. Dah prepare buat kukis ker belum?

NzA said...

Syukur Alhamdulillah, dh selesai program bertadarus....cepat ye ummi selesai khatam...SK sy mayb minggu depan sblm cuti SK....

cemomoi said...

kamek tak khatam lagi nih

Sweet N Pretty said...

tahniah ummi dh khatam Quran ramadhan ni:)

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

kami buat hujung ramadhan nanti

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

ummiross said...

@Hanis Azla;
Alhamdulillah, ummi tunggu giliran Hanis pulak.

ummiross said...

@khairul;
Syukran, Alhamdulillah

ummiross said...

@Lily Elyna;
Syukran ya ukhti, usung ummiross sana sini dengan WISH, hik!

ummiross said...

@kak ina kl;
Alhamdulillah..
belum lagi kak ina, minggu akhir nanti kot buat sikit2

ummiross said...

@NzA;
Hehe kami semua tak keje, boleh berlama2 mengaji. Teringat jugak tadarrus masa mengajar dulu, ramai2 kat surau dengan anak murid,seronok!

ummiross said...

@cemomoi;
InsyaAllah cemomoi, tak lama lagi khatam lah tu.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah Intan, syukran

ummiross said...

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali;
Alhamdulillah, moga majlis diberkati Allah. Rahmat bagi orang2 yang sentiasa membaca Al Quran.

puanbee said...

allhamdulillah umiie.. moga bee panjang umur dah tua2 nanti boleh ikut mcm ummie :)

ummiross said...

InsyaAllah bee, moga dipanjangkan umur dan dipermudahkan Allah SWT