Wednesday, August 10, 2011

PERTEMUAN TERAKHIR

Dua hari lepas ummiross menerima berita sedih. Ayah kepada adik ipar ummiross telah dijemput menghadap Ilahi. Kami sekeluarga memanggilnya Abah. Berita pemergian Abah amat mengejutkan kerana dalam pengetahuan kami, Abah tiada masalah kesihatan yang serius. Ketika pulang ke kampung beberapa bulan lepas untuk menziarahi ibu, kami tidak berkesempatan bertemu Abah. Biasalah dalam perkiraan kita manusia biasa, insyaAllah akan bertemu jugak bila pulang beraya nanti. Namun, takdirnya kami tak akan bertemu Abah lagi…

Setiap kali bertemu saudara atau sahabat handai, kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa itu mungkin pertemuan terakhir kita. Teringat suatu ketika dulu, ummiross dan Mr Hubby menghantar anak ke rumah rakannya N. Ketika memberhentikan kereta diseberang jalan, kami terpandang ayah N sedang membasuh kereta, sambil tersenyum kami saling mengangkat tangan sebagai tanda tegur menegur. Tidak pula Mr Hubby turun untuk bersalam memandangkan kami parking agak jauh di seberang jalan dan laluan agak sibuk ketika itu. Lagi pun, seperti biasa kita menganggap insyaAllah nanti akan ada masa untuk bertemu lagi. Tak lama selepas pulang ke Kuching, kami mendengar berita beliau telah pergi untuk selamanya. Tak akan ada pertemuan lagi selepas itu…

Ironinya setiap pertemuan mungkin merupakan salam perpisahan kita, tidak dia, kita. Mungkin selepas ini, kita patut menghargai setiap pertemuan lebih dari biasa.

Al Fatihah buat Abah dan ayah N….

22 comments:

Maya Mayana said...

Al Fatihah..ingatan yang baik agar diri ini tidak leka...

SyidaGorjes said...

turn kita......it could be anytime....kan ummi?

cemomoi said...

innalillahi wa inna lillahi raji'un

moga beliau dalam peliharaan Allah

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong, Innalillahiwainnaillahirojiiun! Al-Fatihah utk arwah. Tulah kita kena hargai setiap tika dan perhubungan yg masih ada. Ari tu balik gak ke kampong jumpa mak dan dpt berpuasa 3-4 ari dgn dia. Takmo tunggu raya. Yong sihat ke? Bila pulak kita nak bertemu kan?

sonata anak kancil said...

Al-fatihah . Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh mereka

Hanis Azla said...

semoga roh arwah tenang di sana.. betullah ummi selalu kita bagaikan tidak percaya bila org yg kita kenali itu pergi.. sedangkan kita tahu yg mati itu pasti.. semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.. selamat berbuka untuk ummi sekeluarga..

khairul said...

AlFatihah dari sy sekeluarga

Amie said...

al-Fatihah untuk Abah dan takziah buat keluarganya,

betullah apa yang Ummi kata tu, kadang-kadang kita tak menyedari sebuah pertemuan itu sebenarnya (adakalanya) sebuah perpisahan...

Adzriel @ Liza AB said...

alfatihah, Allah lebih mengetahui. ianya menjadi peringatan buat diri kita yg masih hidup agar sentiasa bersedia. sedihnya seseorang yg kita panggil abah tiba2 saja pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

ummiross said...

@Maya Mayana;
Tq Yana,untuk ingatan kita bersama..

ummiross said...

@SyidaGorges;
Hmm betul tu Syida, harap2 dipanjangkan umur untuk beribadah kepadanya

ummiross said...

@cemomoi;
begitulah harapan dan doa, moga rohnya dicucuri rahmat

ummiross said...

@MOH KEMBARA;
Waalaikumussalam kak
Betul tu kak, kena hargai hubungan sentiasa, kadang2 kita take for granted. Alhamdulillah dah dapat bersama mak akak di bulan puasa.
Alhamdulillah sihat jugak kak, tu lah harap2 dapat jumpa akak sebelum akak balik ke Turki.

ummiross said...

@Hanis Azla;
Amin. Hmm memang macam tak percaya, tambah2 kalau orang tu tengah sihat2 kan Hanis.Semoga semua antara kiata mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

ummiross said...

@khairul;
Terima kasih khairul, moga Allah memberkati anda sekeluarga

ummiross said...

@sonata anak kancil;
Terima kasih, amin. Semoga Allah merahmati kita sama2..

ummiross said...

@Amie;
Terima kasih Amie, moga2 kita lebih menghargai setiap pertemuan.

ummiross said...

@Adzriel @ Liza AB;
Thanks Liza.Moga2 Allah panjangkan umur kita untuk beribadah kepadanya. Memang sedih dan mengejutkan.

puanbee said...

moga roh abah di tempatkan dikalangan org beriman ye ummie ..

ummiross said...

InsyaAllah bee, begitulah hendaknya, Amin.

NzA said...

Al-Fatihah....mrk insan trpilih utk mengadap ilahi di bln mulia ini...

ummiross said...

@NzA;
Betul tu NzA, semoga rohnya dicucuri rahmat