بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Salam rindu-rinduan semua, mmuah3x!!!. Semoga semuanya sihat wal’afiat.
Alhamdulillah…Ummiross selamat tiba di KLIA hari Rabu lepas, disambut oleh dua anak bujang trang tang-tang. Hari Sabtu tu kami sekeluarga pulang ke kampung, menjenguk MIL yang kurang sihat. Balik dari Terengganu, Mr Hubby dah mula demam-demam manja gitu. Walaupun teringin nak menulis dan menyapa kawan-kawan di blog, tapi badan yang kepenatan menuntut untuk berehat beberapa hari lagi. Dalam masa yang sama order borong dan runcit juga perlu diurus segera setelah hampir 2 minggu tidak berurusniaga.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kembara kami di bumi Eropah berjalan lancar, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih juga atas doa rakan-rakan semua. Percutian kali ini agak berlainan sedikit. Kami memilih untuk mengikuti TRIP KEKAWAN kerana tertarik dengan konsep memandu sendiri sambil singgah ditempat-tempt menarik di sepanjang perjalanan di tujuh negara Eropah iaitu Perancis, Switzerland, German, Luxembourg, Amsterdam, Belgium dan United Kingdom. Terima kasih saudara Zikri dan isteri, orang kuat Trip Kekawan, ‘cool’ je orangnya, sangat senang berurusan.
Namun pemanduan di sebelah kiri ternyata menjadi cabaran besar bagi kami. Dikesempatan ini, kami suami isteri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kembara kami saudara Jaz yang menerajui pemanduan beribu kilometer di bumi Eropah dengan jaya dan bergaya. Terima kasih juga buat isteri beliau, Ina yang sentiasa ceria.
Rakan kembara yang ceria sokmo, kami menumpang semangat orang muda.
Untuk trip ni, tiket penerbangan kena beli sendiri, sebab pihak penganjur hanya menguruskan ground arrangement. Jadi bolehlah pergi awal sedikit jika mahu dan pilih tarikh yang harga tiketnya agak murah. Mr Hubby booking tiket semasa MAS buat offer dan dapat tiket RM5956 untuk berdua, pergi dan balik. Kira ok juga harga tu kan, tapi ada kawan-kawan yang dapat harga tiket yang lagi menarik. Pandai-pandailah pilih syarikat penerbangan dan grab offer yang ditawarkan.

Kami tiba di Charles De Gaulles Airport, France lebih kurang pukul 6.30 pagi. Pemandu dari syarikat yang menyediakan “Airport transfer services” sudah siap menunggu. Perjalanan dari CDG Airport ke hotel penginapan mengambil masa lebihkurang setengah jam. .

Olehkerana masih awal dan tak dapat nak check-in lagi, kami memutuskan untuk ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan terlebih dahulu. Setelah menguruskan penyimpanan beg, kami bergerak ke train station, jalan kaki sikit je dari hotel. Gambar kat atas adalah laluan kami ke train station. Cuaca pun sejuk dan nyaman, kadang-kadang sampai tahap menggigil juga.
Olehkerana pernah ke Paris sebelum ni, adalah sikit pengalaman dan idea nak bergerak ke mana. Boleh baca N3 kami di Paris kali pertama di SINI. Tapi bab nak naik train ni masih juga confuse, tambahan kalau kena tukar train. Jangan takut mencuba, jangan malu bertanya, itu je petuanya.

Yeahhh!!, sebelum bergerak jauh, singgah di Eiffel Tower dulu, mercu tanda Kota Paris yang sentiasa menjadi tumpuan. Kegemaran ummiross, merakam suasana, tak kisahlah gambar tak professional, asal ada untuk tatapan bersama. Lelaki berkulit hitam di penjuru gambar dengan jualan replika Eiffel Tower adalah sebahagian fenomena biasa di sini. Bagusnya walaupun mereka mendekati kita, tapi bila kita menolak, mereka akan berlalu, tidak mendesak sampai kita naik rimas. Hehe..boleh cakap Melayu lagi sepatah dua, “Murah..murah.., 1 Euro, lima…. “.