Sunday, December 19, 2010

BATIK RATNA DEWI-TO SEREMBAN WITH LOVE

Order dari Zie lagi, Batik Ratna Dewi ni stok silih berganti, setiap kali datang dengan corak bunga yang berbeza walaupun warna kain tetap sama. Simbol (R) tu menandakan batik dari kod yang sama tapi design bunga berbeza. Jadi sesiapa yang nak order batik Ratna Dewi ni, kenalah beri keutamaan pada warnanya bukan designnya kerana design nya sentiasa berubah2, namun yang pasti ianya tetap cantik menawan. Di bawah ni adalah design terbaru kain Ratna Dewi yang boleh di dapati di blog ummiross. BP01 pulak adalah kain pasang/ela corak etnik Sarawak, atau dikenali sebagai batik Sarawak corak etnik.


Tracking no. LD11 399 839 8MY
                    LD11 399 840 7MY
Tarikh pos : 18.12.2010
Semakan order : RD2,RD11,BP09


                                             RD11                                                  RD2
                                                                                           

            RD11                          RD2                                                   BPO9


















 

PS: warna mungkin sedikit berbeza akibat kesan pencahayaan.

To Zie
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi

Harga runcit kod RD = RM25
Harga runcit kod BP = RM75 sepasang

DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SARAWAK KECIL-KECILAN.
Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com
atau sms sahaja ke
017-8503585
Sila Klik Label di Sidebar untuk lebih pilihan



Saturday, December 18, 2010

TO SEREMBAN WITH LOVE

BATIK BREAK-ORDER DARI ZIE 2

Tracking No.EN418980180MY
Tarikh Pos:17.12.2010
Semakan Order:BL6,BL7,BP03,P2

















__________________________________________________________________
ORDER DARI ZIE 1

Tracking No; LD11 421 928 9MY
Semakan Order: KPB1
Tarikh Pos:116.12.2010

To Zie;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi...

KAIN BATIK LEPAS

 
Batik break lagi... Kali ni kita tengok kain batik lepas pulak ye, dari Indonesia ni, klu minat cepat2 order...
 
 
                                                                                                                                                              BL1                                                           BL2                                                         BL3
 
      BL4                                                          BL5                                                        BL6
                                                                                                                             
     BL7                                                           BL8                                                   BL9
 
             BL10



 









WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN
 
Jenis : Batik Lepas
Kain : cotton
Ukuran : 2.15m (belum berjahit)
Saranan : dipadankan dgn kain polos untuk baju kurung,kebaya dll.
Harga runcit : RM37 termasuk postage


DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SARAWAK KECIL-KECILAN.
Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com
atau sms sahaja ke
O16 878 4960

Thursday, December 16, 2010

SEHARI DI ZURICH YANG INDAH

Yuhuuu! Zurich pulak. Kami naik flight Easy jet ke sana. Easy jet ni kira macam Airasia lah, kapalterbang tambang murah. Macam Airasia jugak kena booking online awal2, baru dapat harga murah. Kami booking beberapa bulan sebelum pergi, so dapatlah tambang pergi balik London-Zurich lebih kurang RM257sorang, ok sangat kan...
 
Memandangkan trip ke Zurich ni hanya one day trip, jadi kami booked flight paling awal pagi untuk pergi dan paling lewat untuk pulang semula ke London. Seperti biasa, sahabat setia kami and suaminya menghantar kami ke Gatwick Airport,London pd pukul 4.15 pagi. Jauh jugak airport ni dengan Central London,sejam lebih perjalanan. Ummiross difahamkan ada perkhidmatan easybus dari Earl's Court/West Bromptom,London ke airport ni 24 jam sehari. So kalau pergi sendiri redah je lah ye, cari easybus ni...
 
Ketibaan kami di Zurich disambut dengan salji berguguran, hehe skema betul ayat. Walaupun tak banyak, tapi dapatlah tengok salji secara live kan...'peghak' betul, xpe mengaku je lah.
 
Yeaah !! melangkah dengan lajunya...dah tak sabar ni
 
Naik train ni keluar terminal, nak singgah information centre
 
Terus ke information centre, dapatkan info skit2, terus beli tiket, macam travel card jugak, boleh guna untuk naik public transportation seperti tram n train.
 
Keluar sikit dari airport tu,jumpa tram station, kena cop dulu kat machine kat situ, baru boleh guna
 
Mata asyik tengok skrin tu je, nak ke mana wei...Bahnhnofstrasse, camne nak sebut tuu..

Kata orang kalau ke Zurich tak sah kalau tak singgah di Bahnofstrasse (station street) ni. Terdapat deretan kedai2 mewah sepanjang laluan 1.2km, dan berakhir di Tasik Zurich. Hmm baca bahasa orang putih ni lah senang, ini mungkin gambaran yang tepat tentang Bahnhofstrasse:

Bahnhofstrasse is Zürich's main downtown street and one of the world's most expensive and exclusive shopping avenues. In 2010 a study has named the Bahnhofstrasse the third most expensive street for retail property in Europe, and the fifth most expensive worldwide.

Hohooo jangan salah faham, poket kami tak cukup tebal untuk shopping di sini, tapi sekurang2nya cukuplah dapat menjejakkan kaki ke ' Top Rated Zurich Tourist Attraction ' ni. Layan je gambar2 sekitar Bahnhofstrasse ni...
 
Dah naik juling mata, akhirnya dah sampai, lega...
 
 
Tengok!, seronok dah dapat yang dihajati
 
 
Fresh fruits and flowers, beli jugak, nak rasa..
 
Singgah tengok proses pembuatan dan hiasan coklat
 
Kedai jam banyak kat sini, Swiss memang well known dgn jam...
 
Waa bangga ooo, Jimmy Choo, orang kampung negara kita.
 
Cartier disebelah kanan tuu..
 
Sangatlah tenang dan seronoknya menyusuri lorong sepanjang kedai2 ni, tiada hiruk pikuk kenderaan, berjalan lah berlenggang2, lenggang kangkung ke, lenggang lengguk ke, tapi orang putih ni tua2 pun jalan laju2, malu kita dibuatnya hehe...
 
 
 
Zurich in winter
(Gambar2 sekitar Tasik Zurich)
 
 
 

Akhirnya, di penghujung jalan, ku temui Tasik Zurich yang indah dan tenang, meskipun salji telah berhenti, badan masih terus menggigil...tengok seberang sana dah ada salji memutih.
 

 
Penat berjalan kami berkelah kat taman ni, buka bekalan. Makan pagi di London, makan tengahari di Zurich, fuuhhh!, jangan termuntah pulak dengar statement ni, kami makan nasi dengan sadin je,sambal daging, kari ayam chef wan, hidangan berkelah paling sedap sebab dah lapar sangat.
 
Dah kenyang, kami naik tram balik, kali ni Zurich sightseeing, redah je, naik turun,naik turun, Zurich ni kecik, pusing2 balik situ jugak. Layan je lah gambar2 ni...


 




Abaikan kekelabuan tu yee, seberang Tasik Zurich

Dalam duk sibuk turun naik tram, kami terjumpa lah seseorang dalam tram ni, dia tengok kami, kami tengok dia, hehe.. Akhirnya sidia bertegur sapa lah dengan kawan kami yang duduk berhampiran dengan seat dia. Hohoo orang Malaysia rupanya, tinggal di Zurich, kawin orang sana.

Haa ni lah dia En.Ahmad yang baik hati, yang sudi bawak kami jalan2, bestnya...terima kasih banyak2 ye, nanti balik Malaysia contact kami, kami belanja makan best2 jugak
 
 
Haa En.Ahmad nak bawak kami pergi masjid, dalam masjid ni ada restoran arab jual kebab dll, sikit punya besar kebabnya. Masjid ni actually dalam bangunan je, ramai jemaah pelbagai bangsa, lupa pulak nak ambik gambar.
 
Ruang solat wanita
 
Dah selesai, kami decide nak naik train pulak ke airport,cepat sikit, takut terlewat check in. En.Ahmad hantar kami sampai kat train station, bye2 En.Ahmad, bye2 Zurich...till we meet again.
.
Suasana kat Zurich Airport, sementara menunggu berlepas, boleh window shopping lagi, tu pun klu larat, kami nak bantal dan selimut....huhuhuu!
 
 
NEXT-SELAMAT TINGGAL LONDON