Saturday, January 12, 2013

HAPPY WEEKEND

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Selamat berhujung minggu, semoga ceria dan bahagia bersama keluarga. Ummiross pun nak berehat dua hari, plan nak jalan-jalan, tak tau lagi ke mana, mungkin PD..insyaAllah. Bye-bye, tata..

Kepada semua customer yang ummiross kasihi…
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Munirah-Kedah
Kod: KPH-36m
Pos : 11hb.Jan,2013
Treking :CD190072227MY

Roslinah-Kota Kinabalu
Kod: KPH-7.5m
Pos : 11hb.Jan,2013
Treking : CD190072712MY

Mohamad Razali-Penang
Kod: KPH-7m
Pos : 11hb.Jan,2013
Treking : CD190072261MY

Sally-Johor
Kod: KPH-4m
Pos : 11hb.Jan,2013
Treking : CD190072244MY

Eka
Kod: BS-2pcs
Pos : 11hb.Jan,2013
Treking : CD190072227MY

Zarith
Kod;RD-9pcs,BS-2pcs
Pos: 10hb.Jan,2013
Treking: EM356949315MY

Bank Rakyat-Sibu
Kod: KPH-16.5m
Pos : 7hb.Jan,2013
Treking : EM355664555MY

Norasikin-Penang
Kod: BS-3pcs
Pos : 5hb.Jan,2012 & 7hb.Jan,2013
Treking : EM355663081MY/EM35566451MY

Alizah-NS
Kod: KPH-16 pasang
Pos : 3hb.Jan,2012 & 4hb.Jan,2013
Treking : CD191694381MY/CD190073151MY

Wednesday, January 9, 2013

CORAT- CORET MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

@Masjid Nabawi 2012.

IMG_3159
Panca sitara..riang ria mereka bergambar, posing habis, seronok tengok gelagat mereka, siap mau bergambar dengan Mrhubby lagi. Orang muda hati selalu ceria…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”

Riwayat Abu Daud

Tuesday, January 8, 2013

DI CURI RUPANYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cerita Sabtu lepas. Suami hantar kereta anak untuk diservis di sebuah kedai. Memang sudah biasa dikedai ni. Plannya, nanti anak akan menyusul dengan kereta ayah dan kami akan keluar breakfast sama-sama.

Dah sampai dikedai, suami terus memberikan kunci kepada pekerja dan memberitahu apa yang patut. Ummiross pulak terpandang butik menjual jubah. Wow! ada offer, singgahlah jap.

Tak lama pun dibutik sebab takde pula yang berkenan dihati. Bila ummiross kembali ke bengkel kereta, suami dah takde kat situ. Ummiross telefon suami, ada nada bunyi tapi tak berjawab. Tup2 nampak suami keluar dari bank. Katanya telefon tertinggal kat rumah. Ummiross telefon anak, suruh bawa telefon ayah sekali bila keluar nanti.

Bila anak tiba, katanya tak jumpa cari telefon ayah. Hmm hati dah mula berdetik, entah-entah tertinggal dalam kereta. Suami pergi tanya tauke kedai, ada nampak telefon tak. Katanya takde. Oklah, balik rumah nanti cari lagilah, kat rumah kot. Hehe..dah tak ingat mana letak, macam tu lah kan.

Kami pergi makan. Selesai makan, kereta pun dah siap. Bila sampai rumah, kami pakat carilah telefon sebab suami nampaknya sangat yakin telefonnya tertinggal dirumah. Cari punya cari memang takde, abih tunggang langgang kerusi meja kot2 terjatuh dibawahnya. Anak dial, tapi dah takde nada dering. Cuba detect kat internet tapi tak boleh dikesan.

Suami & anak pergi semula kedai, tanya lagi. Banyak jugalah bersoal jawab. Nak desak sangat pun tak sedaplah kan, sebab MrHubby pun ‘hilang ingatan’ seketika, lupa kat mana telefon tu diletakkan. 

Masa ni, kami dah rasa frust sangat, memang sedih jugalah kan. Samsung galaxy note II yang anak2 hadiahkan untuk ayah baru2 ni. Tak puas lagi pakai. Hargapun boleh tahan juga. Suami pun tentulah kecewa sangat, sebab ianya hadiah dari anak2.

Balik rumah. Suami ambil wuduk, solat hajat dua rakaat. Begitulah Mrhubby, dalam gusar ada tenangnya. Usai solat hajat kami bergegas ke Hotel De Palma Ampang, ada taklimat untuk trip kami ke Eropah bulan Mei nanti. Sesampai disana, masuk waktu zohor. Kami solat di surau hotel. Sekali lagi suami solat hajat, memanjatkan doa pada yang Esa.

Hampir sejam taklimat berjalan, tiba2 telefon ummiross berdering. Tak sempat angkat. Ummiross keluar.Dial balik nombor yang tak familiar tu. Suara nyonya tergagap2….“Hello, hello, telefon anak you ke suami you tadi, sudah jumpa lah, anak saya angkat main2”. Isteri tuanpunya bengkel yang telefon rupanya. Allahuakbar, Alhamdulillah, rasa macam tak percaya pun ada. Dari segi logik akalnya, memang sukar untuk dapat balik telefon tu. Cuma jauh disudut hati kami masih mengharapkan doa kami dimakbulkan. Dengan rasa kebergantungan itulah sebenarnya kami masih menaruh sedikit harapan.

Anak2 pergi ambil. Bila sampai anak tanya mana jumpa, kata tauke dia ikut anaknya dan jumpa telefon tu. Balik rumah baru perasan simcard takde. Telefon lagi, tauke kata nanti dia tanya anak dia. Malam tauke tu telefon lagi, Simcard tak jumpa. Kalau dah simcard dikeluarkan, sah2lah kan yang ambik tu ada niat nak mencuri. Entah mana2 dicampaknya simcard tu. Terasa juga nak bagi penumbuk seketul dua kat anak remaja lelakinya tu, bukan penumbuk ummirosslah, tapi penumbuk suami, hehe..dush!!dush!!dush!!.

Malas nak panjang2 cerita. Kami tak buat report pun. Rasa kesian pula kat tauke tu dan juga isterinya. Dia sanggup pulangkan balik telefon walaupun terpaksa mengaku perbuatan anaknya. Kalau dia buat senyap memang kami tak akan tahupun. Dah tu..aku lupa..aku lupa!, hehe..teringat pulak kata2 peserta raja lawak ni, dah jumpa tu bolehlah pulak berlawak dengan suami.

Apapun kami rasa sangat2 bersyukur. Disaat-saat kami hilang punca, Allah perkenankan doa kami. Teringat pesan ustaz, kalau ada apa2 kesusahan jangan cari orang dulu, ‘cari’ Allah dulu.

Wednesday, January 2, 2013

SEMALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Entry terlewat kerana kesibukan.

Semalam orang sambut tahun baru, ummiross sambut umur baru. Umur baru pada angka sahaja, hakikatnya diri semakin berusia. Untung juga ummiross ye, setiap kali birthday, siap ada persembahan bunga api lagi, hehhe..buat-buat perasan orang meraikan kita.

DSC_0430

Perasan-perasan juga, cukuplah sekadar diraikan orang-orang tersayang. Makan-makan di Secret Recipe. Kali ni cukup kami berempat. Kek Creme Brulee Cheese ni, sedap bangat..!!, lemak berkrim je, tapi tak manis tau, tu yang best!.

DSC_0434

Tak boleh makan banyak-banyak, muak. Tapi seriously, memang sedap!

 

DSC_0447

Kek ni kami tapau, balik makan kat rumah. Makan kat SR ni sudah sangat kekenyangan.

 

IMG_5650

Sphagetti Meat Ball. Meat ball yang garing dan rangup diluarnya, memang favourite ummiross.

 

IMG_5654

Chicken Cordon Bleu..cheese yang menggoda selera, pilihan Mr Hubby.

 

IMG_5651

Thai Seafood Sphagetti, pilihan si abang. Pun sodap !

 

IMG_5652

Grilled Mushroom Chicken, pilihan si bongsu. Sedap juga. Tepuk dada tanya selera.

 

IMG_5644IMG_5645IMG_5647IMG_5642

Minuman pilihan,Frosted Orange, Milkshake Vanilla, Iced Lemon Tea dan Fruit Punch.

Syukur kepada Allah atas nikmat yang dipinjamkan. ‘Semalam’ yang ditinggalkan sudah terlalu jauh ke belakang. Sedangkan langkah ke hadapan semakin singkat. Ummiross hanya ingin memperbaiki diri. Menjadi insan yang lebih baik disisiNya dari hari ke hari. Yang paling didambakan..adalah redhaNya.

Monday, December 31, 2012

SYUKRAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah, dua order borong dan satu order runcit menjadi penutup tirai penghantaran Batik Sarong Sarawak, Kain Ratna Dewi, Kain Pasang Etnik atau Batik Sarawak untuk tahun 2012.

Salah satu belian borong datangnya dari Sabah, Kain pasang Sarawak untuk dijadikan uniform guru-guru disalah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Moga bertambah cerialah guru-guru dengan seragam baru. Terima kasih cikgu.

Order borong seterusnya dari Negeri Sembilan untuk tujuan berniaga kain pasang secara kecil-kecilan. Ummiross berdoa setulus hati moga perniagaan kecil-kecilan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan terus berkembang maju.

Ummiross juga gembira dengan belian runcit dari regular customer ummiross dari Shah Alam. Beliau antara pelanggan terawal Salam Borneo dan terus kekal membuat belian dari semasa ke semasa. Order pertamanya dalam bulan Jun, 2010 dan terus kekal hingga berakhirnya tahun 2012. Moga kita akan terus berurusniaga ye Safurah, insyaAllah. Moga Allah murahkan rezeki.

InsyaAllah penghantaran seterusnya akan bermula pada tahun 2013, hehe..bunyinya macam lambat lagi kan. Esok kita bakal menyambut kedatangan tahun baru. Sambutlah dengan berhemah dan dengan cara yang diredhai Allah.

Ummiross pun menanti usia bertambah setahun lagi, moga Allah terus memberi rahmatNya untuk terus bernafas dimuka bumi ini, insyaAllah.

Alhamdulillah..terima kasih Allah, dengan segala nikmatMu yang tak putus-putus, jika tidak kerana kasih sayang Mu, siapalah kami.

SELAMAT TAHUN BARU 2013. MOGA DIBERKATI ALLAH SELALU.

Sebahagian dari order pelanggan.

IMG_3816IMG_3928IMG_4183IMG_3895IMG_3882IMG_4853
Kepada semua pelanggan yang dikasihi..
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Safurah-Shah Alam
Kod: RD(Ratna Dewi)
Pos : 29hb.12,2012
Treking : EM373567838MY

Roslinah-Sabah
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : CD190073179MY

Aliza- Negeri Sembilan
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : Em373562901My

Wednesday, December 26, 2012

PAVLOVA YANG UMMPH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross suka juga menonton Asian Food Channel (AFC), bila berkelapangan. Yang paling ummiross suka tengok  rancangan SUGAR, chefnya Anna Olson atau Paula’s Home cooking dan Barefoot Contessa. Kek, pastry atau apa saja dessert yang mereka masak memang nampak sedap sangat. Kalau rajin ummiross google resepi dan buat, kalau tak rajin mulalah berfikir kat mana boleh dapat, hihi..senang cerita, order je.

Dah lama teringin nak makan pavlova gara-gara tengok Anna Olson buat rolled pavlova kat Astro channel 703. Tengok resepi taklah payah sangat nak membuatnya, insyaAllah satu hari nanti nak cuba juga . Sementara tu layan dulu mini pavlova dari kedai bergerak Cikmin, rakan fb ummi. Ummi order pavlova dan durian crepe lagi, pick-up point kat Al ikhsan Bangi, hari Jumaat baru ni.

DSC_0396

DSC_0395

DSC_0394

Dalam hujan yang memang tak renyai, ummiross sambut pavlova dengan riang ria. Sampai rumah terus je squeeze dia punya cream yang cikmin dah siap kan, buah pun ada sekali, pandai-pandailah hias sendiri (bab2 menghias ni memang ummiross suka, hehe).  Waa anak-anak bujang tu suka sangat, katanya manis tapi best jugak sebab krim yang lemak dan buah-buahan yang masam-masam manis tu memang sesuai sangat digandingkan dengan pavlova. Ummiross pun suka, tapi dah tua-tua ni makan kenalah berpada-pada. Terima kasih Cikmin, untuk mini pavlova yang memang ummph!! tu, lain kali bolehlah ummiross order lagi, insyaAllah.