Tuesday, December 25, 2012

KAIN PASANG ETNIK SARAWAK TERBARU 4

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Olala…!, kacak!, kacak!, kain pasang atau batik Sarawak corak etnik Sarawak kali ni. Berlatarkan warna-warna dasar yang lembut dengan lakaran corak etnik abstrak yang cerah dan ceria, menjadikan ia sangat anggun dipandangan mata. Bagi individu yang berminat, cepat-cepatlah order, nanti terkeciwa..

Bagi sekolah-sekolah atau jabatan-jabatan terutama di Sarawak dan Sabah yang berminat untuk membuat uniform atau kepada yang ingin berniaga kecil-kecilan, kenalah buat tempahan segera ye, sebab setiap warna kain dibawah  ni stoknya terhad.

PS; Terima kasih kepada customer ummiross di Sabah atas order untuk uniform guru-guru di salah sebuah sekolah di sana. Kain telah selamat di pos, nanti ummiross buat entry ye.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.

IMG_5537IMG_5547
                                                          KPH48

 

IMG_5577IMG_5579
                                                           KPH49

 

IMG_5594IMG_5597
                                                           KPH50

 

IMG_5606IMG_5607
                                                           KPH51

Jenis : Kain Pasang Sarawak Corak Etnik
Material: Polyester (lembut dan sejuk)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

 


 

Saturday, December 22, 2012

CITARASA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza. Cantik dimata kita, mungkin tak cantik dimata orang lain. Cantik dimata orang lain, tidak semestinya cantik dimata kita. Raikan perbezaan. Perbezaan menambah warna-warni kehidupan. Bermain dengan warna-warna kain juga boleh rambang mata. Namun setiap dari kita akhirnya memilih yang paling melekat dihati, umpama cinta..bermula dari mata, dari mata turun ke hati Winking smile.

Semoga hujung minggu yang ceria buat kita semua…insyaAllah.

Terima kasih kepada semua pelanggan ummiross yang dikasihi. Kain batik sarung Sarawak, kain pasang corak etnik Sarawak dan Ratna Dewi tetap menjadi pilihan. Order untuk sepanjang minggu ini telah selamat dipos. Semoga anda semua berpuas hati dan lain kali bolehlah order lagi. Kepada yang ingin berniaga kecil-kecilan, ada diskaun istimewa untuk belian minima 10 helai. Sila hubungi :

 ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

IMG_3919IMG_2805IMG_3829IMG_0703IMG_2088IMG_1705IMG_1699IMG_4364
Antara order dari pelanggan..

Terima kasih daun keladi;

Rozila-KL
Kod: KPH-1psg,KPR-2psg
Pos : 20hb.12,2012
Treking :EM373562402MY

Noran-Melaka
Kod: KPH-2psg.
Pos : 20hb.12,2012
Treking :EM373562447MY

Rosliza-KL
Kod: RD-5pcs
Pos : 20hb.12,2012
Treking : EM356949338MY

N.Atiqah-Johor
Kod:RD-2pcs
Pos : 18hb.12,2012
Treking :EM352018795MY

Maznadia-Pahang
Kod:BS-4pc.
Pos : 17hb.12,2012
Treking :EM351467047MY

Maznadia-Pahang
Kod:RDi-5pcs,Sarong Sarawak-1pc.
Pos : 14hb.12,2012
Treking :CD186517517MY

Friday, December 21, 2012

DESA WATER PARK VS GAMBANG WATER PARK

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Dah lama sangat tak ke water park. Masa anak-anak kecik dulu pernah juga bawa anak-anak ke Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, juga Bukit Merah. Seronok sangat ingat zaman2 tu, riang ria anak-anak bermain air.

Baru-baru ni adik datang bercuti. Anak-anaknya ada yang masih kecil, jadi memang nak sangat pergi ke water park. Kami pergi yang paling dekat dengan rumah, Desa Water Park, Taman Danau Desa, KL.

Ummiross tak pernah lagi ke sini. Kira oklah juga. Kalau anak-anak kecil memang sesuai sangat, tempat taklah besar dan masih terkawal. Yang mandi manda pun ramai yang masih menutup aurat, yang over2 sampai sakit mata tu takdelah. Tiket untuk masuk pun masih berpatutan.

IMG_5300

 

Anak-anak ummiross tumpang sekaki. Bergilir-gilir anak beranak naik papan gelonggsor thunderbolt dan supertube ni. Ummiross jadi pemerhati je, takde keberanian.

IMG_5305

Tak banyak ambil gambar sebab sibuk bermandi-manda. Boleh tengok kat video ni untuk lihat kemudahan yang ada di Desa Water Park.

 

Musim berenang dan berendam-seminggu kemudian kami sekeluarga ke Gambang Water Park pulak. Ada Family Day ofis Mr Hubby kat sana.

Ni apartmen penginapan kami- Carribean.

IMG_5329

 

Family Raft, boleh naik ramai2 satu famili. Gelongsor dari bukit yang tinggi ni, tak pernah termimpi ummiross nak naik. Tapi dipujuk oleh anak-anak, jomlah ummi naik, kita sekeluarga. Aduyai!!, kecut perut. Tapi bila tengok family orang lain, bila landing dalam air tu, splash!!!, wajah semua riang ria.

IMG_5353

 

Dalam hati terfikir, budak kecik naik, orang tua naik, apa kelas ummiross tak naik, hehhe..ok sahut cabaran. Mula-mula start melungsur tu boleh senyum lagi, lepas tu punyalah gelongsor tu berpusing-pusing, sampai satu ketika rasa macam nak terpelantingpun ada, hehe perasaan ummiross je tu. Splash!!!, lega!, senyum riang ria anak beranak, best juga rupanya, tapi cukuplah hanya sekali, hanya sekali ni sahaja..

IMG_5354

IMG_5346

IMG_5347

Ummiross rasa agak crowded juga kat Gambang Water Park ni, tapi tak kisahlah, yang penting kita enjoy dengan famili. Enjoy…enjoy juga, tapi jangan sampai tak hengat dunia, malang tidak berbau…

Selamat berhujung minggu, see you next week..Winking smile.

Tuesday, December 18, 2012

TRENDY ARM GLOVE

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Terima kasih Sweet N Pretty, sarung lengan yang ummiross order dah sampai semalam, cantik sangat-sangat!.

IMG_5485

IMG_5484

Walaupun berlengan panjang, pakai sarung ni pun ok juga, nampak lagi elegant, aurat pun terjaga…. Winking smile!

Friday, December 14, 2012

MAS SPECIAL OFFERS MANTOP!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hai kawan-kawan, hehe..mood riang ria. Senyum-senyum sampai telinga. Angan-angan….> impian….>kenyataan (InsyaAllah).

PARIS: Mei 2013- Booked for 2 person.
Segalanya bermula di sini…siri jelajah 7 buah negara Eropah. Moga Allah permudahkan. Doakan sama ye..

Ada sapa-sapa yang bercadang ke luar negara juga? Cepat-cepat grab special offers dari MAS (Malaysian Airline System) ni, booking period till 17 Dec 2012 ni, travel period 5 Dec 2012 - 30 Sep 2013, ada dalam 4 hari lagi. Banyak destinasi luar negara yang boleh dipilih, Sydney, Osaka , Korea, Beijing, London, Istanbul, Brunei, Bali, Jakarta dan banyak lagi, macam-macam ada. Ummi fikir memang murah Year End Sale dari MAS kali ni. Jom kita pakat-pakat senyum sampai telinga..hehe..

Kenangan kami di Paris 2010…sejuuuk!!!

211120103956

211120103955 211120103942

Thursday, December 13, 2012

KEMBALI BERSIARAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah, sepanjang ‘berhibernasi’, masih sempat ummiross menguruskan order runcit dan borong batik sarong Sarawak, kain Ratna Dewi dan kain pasang corak etnik Sarawak. Meriah order dari seluruh pelusuk negeri, moga semuanya selamat sampai dan pelanggan2 berpuashati. Best juga bisnes online ni, duduk diam2 belakang tabir pun, order masih masuk…takdelah banyak, cukuplah sebagai side income, kais pagi ‘makan petang’, hikhik!!. Kepada yang berminat untuk belian runcit atau bagi yang  nak menambah pendapatan dan berniaga secara kecil-kecilan, hubungi ummiross ye;

ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016-8784 960

Kepada semua pelanggan, terima kasih daun keladi;

IMG_2898IMG_2900IMG_4363IMG_2799IMG_4848
IMG_1727IMG_1713IMG_5087

Sapina-Negeri Sembilan.
Kod:  RD
Pos : 12hb.12,2012
Treking : EM273310940MY

Aida-Sabah
Kod: BS
Pos : 11hb.12,2012
Treking :CD106329146MY

Nor Fazlina-Terengganu
Kod: KPH
Pos : 11hb.12,2012
Treking :EM351465443MY

Norhasmidar-Penang
Kod: KPH
Pos : 11hb.12,2012
Treking :EM351465409MY

Haslinda-Perak
Kod:RD
Pos : 7hb.12,2012
Treking :EM351153879MY

Norshakira - Johor
Kod: BS
Pos: 5hb.12,2012
Treking :EM329230927MY

Maizatul - KL
Kod: RD
Pos: 4hb.12.2012
Treking :EM338708185MY