بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam bertemu kembali..
Ummiross pulang ke kampung petang Jumaat lepas dan kembali semula ke sini petang semalam. Seronok pulak dapat balik walaupun sekejap. Penat belum habis, kalau ikutkan malas nak mengadap lappy lagi.Tapi ada beberapa perkara yang membuat ummiross excited untuk membuat N3.
Bila sampai sini, ada surat ‘cinta’ dari pejabat pos,satu notis dari pos berdaftar satu lagi dari pos laju. Hari ni Mr Hubby masih cuti sehari lagi, jadi pagi-pagi dah pergi ke pejabat pos untuk mengambil barang yang dikirim.
Bungkusan pertama dari rakan blogger MOH KEMBARA. Ada tiga barang yang dikirim yang membuatkan ummiross tersenyum sampai telinga bila bungkusan dibuka.

Ilif atau penggosok badan, hasil kraf suri rumah Turki, dikait dari benang,terasa gebu dan lembutnya, cantik bebeno..warna hijau putih tu memang cun, tak jadi ummi nak buat penggosok badan,simpan dululah.

Hazelnut yang fresh dari ladang Mr T, suami Kak Halime. Dapat juga merasa hazelnut fresh, terbaik dari ladang!. Jauh terbang dari Turki, mau tak senyum sampai telinga. Sambil belek-belek barang, sambil,ngap-ngap 2-3 biji..yum,yum!!

Ni lah pulak hadiah saguhati sagujantung sebab teka salah untuk teka-teki kat blog MOH KEMBARA hari tu,haha..best kan kak Halime ni, teka salah pun masih dapat hadiah. Pesan Kak Halime, ni pencucuk buah,jangan pulak cucuk mata, hihi..Ye lah kan, kalau buah dah potong kecil-kecil, sopan je nampak bila makan dengan pencucuk ni. Kalau ada yang berebut-rebut, boleh juga cucuk jari tu,hehe.. serbaguna.
Ummi ni memang suka barang-barang kraf dan hias menghias. Terima kasih banyak-banyak Kak Halime, sangat-sangat hargai semua pemberian ni. Yang ummi beli tu pun, sangat puas hati sebab cantik sangat. Semoga dapat bertemu mata bila tiba masanya nanti.
Bungkusan kedua yang ummiross terima adalah dari Sarawak. Kain pasang atau batik Sarawak corak Etnik lagi,cantik-cantik beb!!. Kain pasang yang ummiross publish sebelum ni pun dah nak habis stok, maklumlah ramai yang order borong, jadi bila sampai yang baru ni senanglah sikit hati ummiross.

Iklan dulu…tak sempat ambil gambar cantik-cantik lagi...