Thursday, March 24, 2016

Tips Membeli Baby Clothes

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Apa khabar semua? Apa khabar ibu-ibu, apa khabar bapa-bapa? Apa khabar anak-anak comel?Jom..jom..hari ni ummiross nak berkongsi beberapa tips untuk membeli ‘Baby Clothes’.. 

image

New parents atau pasangan yang baru menimang cahaya mata yang pertama biasanya akan lebih excited dalam membuat persiapan dengan membeli keperluan seperti baju bayi, botol susu, stroller, car seat, stok pampers dan macam-macam lagi.

Namun, apabila sudah masuk anak yang kedua atau ketiga, biasanya ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman ini biasanya tidak akan membeli barangan bayi dengan terlalu banyak terutama sekali baju bayi atau baby clothes. Ini kerana, saiz bayi yang cepat membesar ini menyebabkan kebanyakkan baju bayi hanya boleh dipakai dalam tempoh yang sekejap sahaja

.  Oleh itu, berikut merupakan beberapa tips yang berguna untuk bakal new parents ketika ingin membeli pakaian bayi;

1. Sentiasa membeli saiz yang lebih besar daripada saiz sebenar bayi anda. Kebanyakkan bayi yang berumur 6 bulan boleh memakai pakaian bayi yang bersaiz 9-12 bulan dan 1 tahun ke atas.

2. Apabila anda membeli-belah ketika jualan murah atau sale, pastikan anda membeli saiz baju bayi untuk bulan-bulan yang berikutnya. Misalnya, jika bayi anda akan berumur 1 tahun pada 2 bulan akan datang, mulakan membeli baju bayi yang bersaiz 2 tahun.

3. Jangan beli tanpa membuat pilihan yang teliti. Be selective ketika ingin membeli baby clothes online anda untuk mengelakkan daripada membeli baju yang tidak boleh dipakai.

4. Buat pertimbangan yang sewajarnya jika anda ingin membeli pakaian bayi berjenama yang mahal. Ini kerana, pakaian tersebut hanya boleh dipakai dalam jangka masa yang singkat sahaja.

5. Dan jika anda saudara mara atau rakan-rakan anda mempunyai baju bayi yang sudah tidak digunakan lagi, anda juga boleh membeli baju tersebut daripada mereka dengan harga yang lebih murah.

image

Selamat membeli-belah baby clothes dengan bijak  
 image

Wednesday, March 23, 2016

VENICE KOTA CINTA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Dari Greece kami terbang ke Itali untuk menikmati percutian 3 hari dua malam di “Kota Cinta” yang dikatakan menerima lebih dari 20 juta  pelancong setiap tahun.

Apa yang menakjubkan tentang Venice? Yup bandar yang dibina sepenuhnya atas air dilatari dengan senibina bangunan yang menakjubkan. Venice mempunyai 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan dengan jambatan2 kecil yang unik berbentuk ‘curve’.

Untuk penginapan, kami memilih hotel yang berhampiran dengan restoran/kiosk yang menyediakan makanan halal. Caranya google je ye, tak susah mendapatkan makanan halal di Venice yang diusahakan oleh muslim keturunan Arab, Pakistan,India dll.

Ini lorong ke hotel kami. Ke hadapan sedikit ada cafe yang dimiliki oleh pasangan muslim, suaminya keturunan Arab manakala isterinya orang tempatan. Olala..pasti pizzanya sedap bangat.

DSC_0462_Fotor

 

Ini bilik hotel penginapan kami, selesa dan cantik dengan struktur binaan kayu pada silingnya.

DSC_0457

 

Kami memilih untuk menyewa hotel di Venice berbanding mainland agar kami betul-betul dapat menikmati suasana di Venice dari mula terbit hinggalah terbenamnya matahari. Walaupun sewanya agak mahal sedikit, tetapi sangat berbaloi.

DSC_0475_Fotor 

Menyelusuri setiap bahagian pulau dengan berjalan kaki sambil melihat bot lalu lalang diterusan yang diapit oleh bangunan dengan senibina yang unik sangat mendamaikan hati.

DSC_0518_Fotor

 

Sekali-sekala kami menggunakan water boat untuk bergerak dari pulau ke pulau.

DSC_0480_Fotor

DSC_0569_Fotor

 

Kami banyak berjalan kaki untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong. Cuaca sejuk dan nyaman, sehingga tidak terasa penat walaupun jauh kami mengatur langkah.

 DSC_0613_Fotor 

 

Basillica di San Marco. DSC_0611 

 

Topeng-topeng ni memang sinonim dengan Venice

DSC_0664 

 

Grand Canal merupakan “major traffic corridors’ di Venice.Laluan pengangkutan air paling sibuk, dengan ‘water buses’, ‘water taxi’ dan Gondola beroperasi tidak putus-putus. Biarlah gambar bercerita ye…

 DSC_0597_Fotor

DSC_0668_Fotor

 DSC_0672_Fotor 

DSC_0669_Fotor

 

DSC_0575_Fotor

 

Hey Mr Gondola!….Segak-segak Mr Gondola ni, abang sado..hehe..

DSC_0646_Fotor

DSC_0609_Fotor

 

Kos nak naik gondola ni sangatlah mahal, rasa macam tak berbaloi nak naik. Tapi kalau dah datang jauh-jauh dan anda ada bajet lebih, naik je le.

DSC_0529_Fotor

 

Begitu ketara, ramai pelancong dari China, pakejnya dah masuk naik gondola sekali kot, riuh rendah. Warga China mewah-mewah sekarang.

DSC_0638_Fotor 

DSC_0648_Fotor

 

Dah penat ronda-ronda, masa untuk menjamu selera. Elok pulak jumpa kedai muslim yang jual makanan halal.DSC_0676

 

Siap dipamerkan sijil pengesahan halal lagi…DSC_0685

 

Mmmm yummeh!, hati riang-ria dapat makan pizza Itali yang ‘halalan toyyiban’, hehe..sedap!!!
DSC_0679

 

Aiskrim pulak… untuk menyejukkan tekak..sedia duit je lah ye bang.DSC_0681

DSC_0684

Panjang lagi cerita ni, nanti sambung lagi ye. Lagi seronok nanti, ikuti kembara kami ke Murano Island yang terkenal dengan perusahaan kaca dan Burano Island yang terkenal dengan perusahaan lace dan sulam.

Saturday, March 19, 2016

Trip Ke Greece Kami Disiarkan Dalam Majalah Keluarga

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang...

Lamanya ummi tak menulis. Agak sibuk  menguruskan perniagaan. Mood berblog pun tenggelam timbul, namun kerapkali juga terasa rindu kepada rakan-rakan blogger, sudah lama tidak saling menyapa di alam maya, moga sihat semua hendaknya.


Kali ni sekadar nak berkongsi cerita kembara ummi yang disiarkan dalam sebuah majalah, hmmm..cerita dah suam2 kuku, catat jugaklah untuk kenang-kenangan kan. Tak sangka pula apa yang ummi kongsikan kat blog berkenaan kembara kami suami isteri ke Greece dibaca oleh salah seorang wartawan Majalah Keluarga. Beiau menghubungi kami melalui whatsapp dan juga email untuk mendapatkan detail dan interview.
Akhirnya artikel kembara kami ni dah pun disiarkan dalam ruangan Destinasi Majalah Keluarga untuk bulan November 2015, muka depan gambar Nabil dan family.Terima kasih kepada wartawan Khairun Nisa kerana menyiarkan kembara kami yang tak seberapa ini.
Semoga menjadi perkongsian bermanafaat. Moga ia juga menjadi panduan untuk yang suka berkembara di bumi Allah SWT. Melihat kebesaran Allah dalam pelbagai bentuk itu juga satu NIKMAT, Alhamdulillah.










Sehingga bertemu lagi, wassalam 


BATIK SARONG SARAWAK SONGKET GOLD 2016(1)

Salam sejahtera, salam kasih sayang...

Nampaknya Batik Sarong Sarawak Songket Gold masih "malatop" sambutannya. Berikut kami paparkan stok batik Sarawak Songket terkini untuk pilihan pelanggan-pelanggan kami samada untuk jualan runcit atau borong.



Jenis: Batik Sarong Sarawak Songket Gold/ Bali Prada
Material: Cotton
Ukuran: +-(2m)
Saranan: Bukan sahaja sesuai untuk sarong tetapi juga boleh dibuat baju, kain, skirt labuh, pants, jaket sampin  dan lain-lain.
TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN BORONG. JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KAMI : ‘sms sahaja’ atau “whatsapp.. whatsapp..whatsapp sahaja” ke 016 878 4960.
Temui kami di fb Batik Sarawak Shop atau LIKE page kami Timeless Style.
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN.




 


 

























































Kami juga membekalkan batik endek plain(cotton lembut) untuk dipadankan dengan batik songket. Anda pilih batik songket dan kami boleh tolong padankan untuk anda.