Friday, October 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Hari ni ummiross tak berapa sihat, demam. Sorrylah ye tak menjengah blog kawan-kawan hari ni. Malam ni pun dah nak balik kampung. Sebelum balik beraya bersama Bunda tercinta dan saudara mara, ummiross nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan fb, pelanggan-pelanggan dan pengunjung setia Salamborneo. Selamat menjalani ibadah Qurban, moga amalan kita semua diterima Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

InsyaAllah, kita berjumpa lagi selepas Raya Haji nanti. Berhati-hati dijalanraya ye.

Wassalam

19 comments:

Acik Erna said...

Semoga cepat sembuh ye ummi..
selamat hariraya aidiadha..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

selamat hari raya aidil adha ummi.. :D

Zaitun said...

Selamat hari raya korban buat ummi sekeluarga.

MumMe said...

get well soon dan salam aidil adha dr mumme sekeluarga buat ummiross...

mujahidah maisarah said...

syafakillah ye.. salam aidiladha

Knor said...

get well soon .

selamat hari raya korban ye ummi.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam aidiladha ummi
moga cpt sembuh yer

Shaiful Zaidi said...

Salam Aidil Adha

Kakzakie said...

Moga beransur sembuh ummiross. Selamat Hari Raya aidil adha dari kakak juag:)

Sweet N Pretty said...

Moga ummi cepat sembuh. Taqobalallahu minna waminkum

MulutPayau said...

semoga ummi cepat sembuh...

Salam aidil adha utk ummi dan fmly...

Ati Masrif said...

assalamulaikum,

semoga ummi sudah sihat semula. anak2
ati pun demam hingga tak dpt nk solat raya.

atuk said...

Assalamualaikum Ummi

moga sekarang dah sembuh

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Salam aidiladha juga.. semoga ibadat kita di terima oleh ALLAH.. insyaAllah.. take care ummi..

Khai♥Rin : anies said...

da lps seminggu br nk wish...
salam aidil adha buat ummi sekeluarga

hainom OKje said...

Lams tak bersiaran UR.....sihat je?

Jemari_Suri said...

lamanya tak bersua ngan sis..
dh sihat ke?...js baru je rajin berblog ni...hehe

Kakzakie said...

Amboi lamanya ummiross bercuti ke manalah gerangan. Mesti banyak cerita nak dikongsikan ni..

Ceria-ceria selalu dari kakak:)

Fina Sophie said...

hopefully by this time dah sihat dah. salam seborneo. sy dari sabah. followed u. blh follow balik dekat sini http://www.sophiesm.com :)