Thursday, October 10, 2013

BELAJAR BAHASA ARAB AL FURQAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Dah lama ummiross teringin nak sertai kelas  Pendidikan Bahasa Arab Al Furqan. Selalu dengar ustaz Nasarudin Hasim aka Ustaz Nasa memberi penerangan tentang kelas mempelajari Bahasa Arab untuk memahami Al Quran dengan kaedah yang lebih mudah di Radio Ikim. Alhamdulillah, akhirnya kelas di adakan di Putrajaya, bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya, bermula semalam 9hb.10,2013.

Gambar di bawah, Ustaz Nasa ketika Sesi Pra-dengar sistem bahasa arab Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan minggu lepas. Hehe..sorry le gambar jarak jauh, curi-curi pula ambil gambar tu, tak nampak rupa Ustaz Nasa pun kan. Menurut Ustaz Nasa belajar menggunakan sistem Al Furqan ni lebih santai, tanpa hafalan, tanpa banyak menulis, tanpa kerja rumah, belajar happy-happy je dah boleh faham Quran, insyaAllah.

IMG_8753

Untuk yang pertama kali join , bayaran RM250 dikenakan, iaitu RM100 untuk pendaftaran dan RM150 yuran bulanan. Yuran pendaftran RM100 tu sekali je bayar. Tempoh pembelajaran selama 10 bulan, diadakan setiap hari Rabu, 8.00-10.00 malam. Oleh kerana kami mendaftar suami isteri, ummiross dapat diskaun lagi, yuran bulanan untuk ummiross hanya RM100, less RM50.

IMG_8754

Alhamdulillah..malam semalam bermulalah kelas pertama kami. Ramai yang menyertainya, hampir penuh juga auditorium tu, tak kira usia, meriah beramai-ramai menuntut ilmu...life long education. Ustaz yang mengajar kelas kami bukan Ustaz Nasa tapi Ustaz Esa, baik orangnya. Ummiross pun dah beberapa kali menyertai kelas bahasa Arab tapi bukan Pendidikan Al Furqan ni. Nak bercakap bahasa Arab tu tak fasihlah, tapi dah boleh tahu makna ayat Al Quran sikit-sikit. Harap-harap lepas ni, dapat memahaminya dengan lebih baik lagi.

IMG_8839

Seperti kata Ustaz Nasa, “alangkah indahnya apabila bait-bait Qalam Allah dapat dihayati dan seterusnya diamalkan sebagai pedoman dan panduan di dalam kehidupan seharian.
Ya Allah, kurniakan kami kekuatan, kesabaran dan istiqomah dalam memahami ayat-ayatMu. Amin Ya Robbal 'Alamin”

19 comments:

Ratu Hatiku said...

Bestnya ummi ada kelas mcmni. Lagi seronok bila dpt belajar bahasa arab nie. Dulu sekolah agama belajarbahsa arab nie yang basic jerk. Teringin jugak nak belajar dgn mendalam..

NM03 said...

ummi.... masa mula2 ngandung... saya berhajat nak letak nama anak furqan sebab terpikat ngan nama sorang usraz yang datang ceramah kat opis saya. tapi, daddy lebih kepada nama qausar... saya menurut saje. best kan nama furqan ummi...

Acik Erna said...

assalam ummi..baguskan kalau dapat dapat memahami isi al Quran..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bagus belajar bahasa arab ni sebab ianya bahasa al-quran.. mak aiza pun nak belajar juga tu..

Khai♥Rin : anies said...

kalu pandai baca jawi, lagi cepat akan memahami bahasa arab.
tu kata2 ustazah sy ms belajar sek ren agama petang. dan mmg betul. tak smpi 3 bln mahir jawi, sy da fhm bhs arab dan seterusnya khatam al-quran.

so ummi, keep it up!

Kakzakie said...

Cemburu kakak jadinya ummiross. Tempat kakak ni tak ada yg nak buat kelas macam ini. Kalau ada kakak pun nak juga..

atuk said...

Assalamualaikum Ummi

Alhamdulillah
moga dipermudahkan
amen...doa2 tu

inazamri said...

bertuahnya ummi dpt mempelajarinya.Harap di tempat ina pun akan ada juga nnt

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah bestnyer ummi dpt juga kita faham isi al-quran kan

eira eixora said...

semoga segalanya dipermudahkan. Aminn

Ati Masrif said...

Assalamualaikum,

AMINN!

seronok dapat peluang itu ummi
bahasa al-Quran kan :)

lagi sepuluh bulan bolehlah ummi join
hayatul arabia di ikim...hehe

MumMe said...

cayyok cayyok ummiross...mumme sedang mencari kelas utk 2014.timing mcm itu hari...2-5ptg...semasa anak2 ke sekolah... excited...

yan's cottage said...

bestnya....lepas nie...Ummi boleh cakap arab lah ye....

nhhas said...

Assalamualaikum ummi...

kita pun join kelas ne...
tapi tak kenal ummi pun...
tapi kelas minggu lepas kita ponteng sebab kita g melbourne...

jumpa ummi minggu depan ya... ;-)

shikin yusoff said...

Salam.. kelas masih dibuka utk pendaftaran? Boleh bagi saya contact person untuk masuk kelas ini?

ummiross said...

@shikin yusoff;

Wassalam..rasanya boleh lagi. Cuba Like fb dia orang ni, mungkin boleh bertanya di situ.
https://www.facebook.com/pages/Pendidikan-Bahasa-Arab-Al-Furqan/141557645919314?fref=ts

hainom OKje said...

Semakin banyak kita menuntut ilmu semakin terasa banyak yg kita tak taukan UR

Fiza Rahman said...

Bestnya dapat belajar bahasa arab. Selamat menimba ilmu sis.

Nurul Hidayah said...

Alhamduillah... bertuah ummi dapat join kelas ni. Mudah2an dipermudahkan :)