Monday, October 7, 2013

KUIH KOCI PULUT HITAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross kan suka sangat kuih koci pulut hitam. Satu hari tu, nampak kawan pos kat fb, order dari rakan fb juga. Apalagi terus add sebab nak order juga, hehe..bab-bab order ni cepat je.

Sekali bila dah makan, memang sedap sangat, terus order lagi untuk minggu berikutnya. Ni plan nak order lagi ni, hihi..begitulah kan kalau dah jumpa dengan kuih yang memang memenuhi selera kita.

 DSC_0394

Kalau yang minat memasak tu bolehlah cuba cari resepi kuih koci pulut hitam ni kan, cuba buat sendiri. InsyaAllah jika mood rajin datang nak cuba juga buat sendiri, tapi ketika mood ‘M’ berleluasa ni, ummiross orderlah dulu, lagipun memang sedap hasil air tangan rakan ummiross ni, bila makan rasa nak lagi,lagi dan lagi.

 DSC_0385 (2)

Bagi sesiap yang berminat nak order, bolehlah add rakan fb ummiross ni ye. Macam-macam kuih yang ada, semuanya sedap-sedap belaka.

17 comments:

RedRose said...

Ummi! kita pun suka koci pulut hitam tu Ummi. tepung putih2 tu rasa mcm dadih je. makan sejuk2, mak aih...terpejam2 mata sebab nikmat sangat. tapi nak buat sendiri...aduyaiiii....hehehe

Acik Erna said...

assalam ummi..acik pun nak cuba..nampak sedap tu

JunAina said...

Tengok pun dah sedap ummi...santan2 kat luar tu menggoda betul.

Aya Zuki said...

sedapnya umi..terliur..tengah lapar pulak T.T

❤Kamsiah❤ said...

saya pun suka..tersangat suka..tak kira la pulut hitam atau yg biasa kaler hijau tu...

Khai♥Rin : anies said...

kalu inti tu campur dgn duyrian...perrghhhh lg terangkat! 10 biji da msk perut pn x sedar hehehe

inazamri said...

singgah ptg nak amik koci 2 3 biji ni heheh

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

aduhai ummi...ni feveret ati juga
pantang nampak mesti beli
nak buat aja tak reti2 ..hehe

kalau le order dok jauh boleh ke
minimum berapa pula

Knor said...

nampak segar aje tu ummi...suka juga..tapi tak reti nak buat..

beli kat pinggiran jln..heheh

Sweet N Pretty said...

Wah feveret gak tu ummi tmbh yg byk dadih dan inti umpph. Tau mkn je tk penah buat hehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

ummi buat sendiri ya? sedapnya.. :D

Deqla Manjew said...

antara kuih feveret deqla nih... ;)

eira eixora said...

saya pun suka makan kuih2 macam ni ummi

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ummi nampak sedapnyerrrrr
dan2 wani pun tingin ni hihi

hainom OKje said...

OKje pun suka kuih koci ni UR....alahai sedapnya

Kesuma Angsana said...

mmg sedap sgt ni Ummi !

nyanyisunyi said...

tenguk pun dah tahu sedap..ooo sy pun sgt suka kueh koci pulut hitam ni..