Thursday, October 3, 2013

DAFTAR SUDAAAH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Alhamdulillah, dua hari lepas perniagaan secara online ummiross telah selamat didaftar. Macamana cara nak daftar perniagaan secara online ni? Senang sangat rupanya prosedur untuk mendaftar perniagaan/bisnes online ni, dalam setengah jam dah siap. Bisnes online pun sekarang kena daftar juga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dolu-dolu dolu..memang ummiross tak tau.., sekarang-sekarang, sekarang..memang dah tau, hehe..kalau dah tahu, kenalah daftar, biar jadi peniaga berjiwa tegar seperti Tegar.

Bagi yang tinggal di sekitar Putrajaya, pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pengguna , Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Pengguna, Persiaran Perdana, Precint 2, Putrajaya.

Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter, dah selesai isi borang tu, serahkan balik untuk disemak, jangan lupa sertakan sekali satu salinan kad pengenalan. Selepas disemak, kita akan diberi nombor giliran.

Semalam semasa ummiross pergi ke sana, orang memang tak ramai. Sekejap je menunggu, terus dipanggil ke kaunter untuk pembayaran. Ummiross buat lesen perniaagaan ni untuk tempoh setahun dulu, jadi cajnya RM40 sahaja, nanti boleh je renew bila perlu,. Selepas pembayaran dibuat, lesen diproses dan terus dapat pada masa tu juga. Alhamdulillah bila ada lesen ni senanglah lagi nak berurusniaga terutama dengan jabatan kerajaan nanti.

 IMG_8751aIMG_8750a 

Sekadar perkongsian, moga ada yang mendapat manafaatnya.
Ceria-ceria sokmo..wassalam.

21 comments:

NM03 said...

senang kan... saya pun dah daftar... hehehe

aizamia3 said...

Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukan.. ;)

inazamri said...

ina punye lesen tak renew lagi.tp ina tatau pulak bis online kena ada lesen juga hehhe.

Acik Erna said...

tahniah ummi..boleh luaskan perniagaan ummi

Knor said...

senag dn mudah..kan..nti hujung jari aje,,nak renew..

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Alhamdulillah.. bagusnya dah daftarkan perniagaan.. bagus juga informasi yg di kongsi.. tentu ramai peniaga online yang belum mendaftar boleh ambil maklum..

JunAina said...

Salam...

Melangkah setapak ke hadapan ye Ummi...

Kakzakie said...

Bagus ummiross. Bila dah ada lesen siapa aje yg nak berurusniaga tak ada rasa bimbang. Gantung lesen di sidebar bagi pelanggan tengok.

Tahniah dari kakak!

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

tahniah ummi..ini dah kira halal dan sah oleh kerajaan...hehe

peminat tegar ...ropanya :)

❤Kamsiah❤ said...

semoga bisness terus maju..mantap...:)

Kesuma Angsana said...

wah moga terus maju jaya dgn bisnes nyer yer

lizz said...

tahniah ummi...moga terus berjaya...

NEKCIK said...

Tahniah Ummiross..semuga bertambah rezeki selalu..aamiin

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

baru aiza tahu perniagaan maya perlu didaftarkan juga.. terima aksih atas perkongsian ini ummi.. semoga rezeki ummi terus bertambah..

jaakechik said...

semoga perniagaan lebih maju nanti. penting gak daftar bisnes ni, nak lagi jenis biz online, dgn adanya sijil kita boleh yakinkan pembeli.

Crew Fathi said...

Alhamdulilah.. Tahniah.. =)

Khai♥Rin : anies said...

tahniah ummi...maju selangkah lg!

hainom OKje said...

Kena daftar ke UR...kalau tak daftar tak boleh ke ?

MulutPayau said...

Alhmdulillah..tahniah ummi..semoga terus maju...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tahniah ummi dh menapak selangkah ke depan...moga terus sukses yer

Sweet N Pretty said...

Alhamdulillah tahniah dh register. Dh lama plan lps resign nk register sampai sudah tk buat lg huhu. Ada satu biz register thn 2007 tp partner dh tk aktif. Nk kena buat juga la ni sbb govt pun dh keluar circular kan semua kena register by july 2013