Tuesday, October 8, 2013

RATNA DEWI GOLD LINE SIRI 5 DAN CUTI RAYA HAJI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Beberapa hari lagi dah nak cuti sempena Hari Raya Haji. InsyaAllah Jumaat malam ummiross balik kampung. Nampaknya bulan ni banyak bercuti. Penat menjelajah dari utara ke selatan belum habis lagi rasanya, namun hati tetap teruja untuk pulang ke kampung halaman.

Beberapa hari ni pula sangat seronok dapat menonton rancangan Salam Baitullah di TV1. Sungguh..rancangan ini sangat-sangat mengimbau kenangan. Rasa rindu pada Tanah Suci Mekah dan Madinah.bagai terubat seketika. Kenangan menunaikan haji pada tahun 2005 akan terpahat sebagai kenangan terindah selagi nyawa dikandung badan.

Sebelum bercuti, harap-harap ummiross dapat selesaikan semua tempahan Batik Sarawak. Ada beberapa email dan sms yang ummiross terima untuk order borong Batik Sarong Sarawak dan Batik Ratna Dewi Gold Line. Ummiross tampilkan satu lagi paten yang menawan batik kod RD ni untuk tatapan pembeli. Jika ada yang berkenan dan ingin masukkan dalam order, sila email atau sms kod yang dikehendaki.

 

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Kepada yang berminat sila hubungi:

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

(WARNA KAIN MUNGKIN SEDIKIT  BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN)

Jenis:Ratna Dewi Gold Line.
Material : Cotton
Ukuran : +-( 2m-belum berjahit)
Harga runcit : RM28 sehelai
Saranan : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse dan lain-lain.

ps: Gambar kiri, kain semasa berlipat nak menunjukkan ada kaki dibahagian bawahnya, gambar kanan, kain yang sama, dipamerkan dipatung untuk menunjukkan bunga keseluruhannya. Kain ni sesuai untuk buat sarong, atau boleh juga dijahit jadi kain untuk dipadankan dengan baju atau boleh juga dijadikan baju kurung, blouse dan dipadankan dengan kain kosong, pendek kata semua sesuai mengikut kreativiti..

                                                                  RD250
IMG_8773 IMG_8820

 

                                                                     RD251
IMG_8772IMG_8770

 

                                                            RD252-out of stock
IMG_8784IMG_8786

 

                                                                      RD253
 IMG_8785IMG_8795

 

                                                                    RD254
IMG_8799IMG_8804

 

                                                                       RD255
IMG_8800 IMG_8809

 

Tips penjagaan:-
-Jika mahu gold line tahan lama, cucian tangan sahaja, cucian lembut, tak perlu sental.
-Semasa nak buat baju atau kain, besarkan sedikit ukuran (sedkit sahaja ye) sebab setiap kain cotton sebagus manapun akan mengalami sedikit pengecutan.

18 comments:

Knor said...

sesuai ke untuk anak remaja ummiross?

kalau buat jubah boleh tak?

ummiross said...

@Knor;

Memang sesuai Nor. Ukurannya lebih kurang 2m belum berjahit, kalau nak buat jubah elok sangat padankan dengan kain plain warna senada pun cantik.

NzA said...

wah cantik2nya kain tu ummi...
Selamat menyambut hari raya ummi..pntai timur mmg meriah..nza pn mungkin blk jugak..InsyaAllah..

Ati Masrif said...

Assalamualaikum,

wah..seronoknya ummi sudah pun menunaikan
haji. ati ni nak mendaftar pun masih
tak berkesempatan
menurut kata teman boleh mendaftar
dengan hanya bawa penyata kwsp...seronok betui!

mmg cantik2 kain tu semua ummi :)

Kakzakie said...

Kalau buat dress panjang cantik ni Ummiross. Kalau pantai timur Raya Haji mesti meriah katanya... kakak tak pernahlah merasa..

Apa yg pasti mesti kita terkenang masa di Mina waktu M'sia beraya kan ummi...

❤Kamsiah❤ said...

blk terenganu ya ummi..buat korban ke th ni??

hainom OKje said...

Wah product baru yeh UR?
OKje pun bulan ni belum balik kg lagi...minggu ni kot...tapi anak tg nak peksa pulak...PIL pulak dah 3 minggu tidak dijenguk... emmm bizilah UR

Kesuma Angsana said...

semuanyer cantiklah !

Tuan Juhaida said...

Bestnya ummi sudah berpeluang mjadi tetamu allah...!cantiknya kain2 ni

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semuanya cantik.. :D

Shaiful Zaidi said...

Cantiknya.

eira eixora said...

cantik2 kainnya

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

Selamat Menyambut Aidil Adha

moga perjalanan dipermudahkan

Deqla Manjew said...

cantiklah kaler pink tu...yg sebelah tu utk buat baju la eh.. =)

yan's cottage said...

semuanya...cantik2 rambang mata nie...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semua cantik la ummi

Pokok Manggis Depan Rumah said...

cantik semuanya. berkenan juga rasa.

Khai♥Rin : anies said...

yg pink tu, da kena cahaya jd warna lain.. ;-)