بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Ummiross memang suka menonton rancangan Jejak Rasul dari dulu lagi. Terbaru, Jejak Rasul 19 (2013), dengan tema “Ramadhan di Tiga Tanah Suci” telah mula bersiaran setiap hari jam 6.00 petang mulai 9hb.Julai, 2013.
Pada ummiross, Jejak Rasul kali ni paling dekat dihati, paling menyentuh hati. Bila menonton Fedtri Yahya bersama Ustaz Amin, berbuka puasa, berterawih dan menunaikan umrah di bulan puasa di Mekah, ianya sangat-sangat mengimbau kenangan, kenangan kami suami isteri menunaikan umrah dan menyambut awal Ramadhan disana. Rindunya suasana berbuka dan berterawih bersama ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia di sana. Rindunya saat bermunajat kepadaNya dihening malam dengan Kaabah didepan mata, airmata begitu murah dibumi penuh barakah ini. Menunaikan umrah meskipun dalam cuaca yang panas, tetap istimewa dihati kami. Ya Allah, moga dijemput menjadi tetamu Mu lagi.
Suasana di Masjidil Haram selepas solat Terawih.
Rakaman Jejak rasul 19 ni pun dirakam pada tahun lepas juga, Ramadhan 1433 Hijrah. Teringat ketika kami bertemu dengan rakan blogger Kehidupan Makkah 2, Tuan Haji Arshad selepas asar di depan Masjidil Haram, beliau ada mempelawa kami berbuka puasa di Felda de Saji, katanya krew TV3 pun ada. Sayangnya kami tak berkesempatan untuk join sekali. RupanyaTuan Haji Arshad pun tampil dalam racangan Jejak Rasul kali ni, Alhamdulillah..moga-moga usaha dan kerja-kerja kebajikan yang tuan haji lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, moga ramai yang mendapat manafaatnya, moga diberkati dan diberi ganjaran berganda. Kepada yang tak berkesempatan menonton di TV3, boleh je lihat di Tonton.com atau di youtube.
Perantara Jejak Rasul Mat Nasir Yusof pula bersiaran dari Jordan untuk beberapa episod awal ni sebelum memasuki Palestin. Kebetulan tahun lepas kami ke Jordan terlebih dulu sebelum ke Madinah dan Mekah.Jadi bila bila melihat ada antara tempat2 yang dipaparkan pernah juga kami kunjungi, membuatkan kami sangat teruja. Antaranya adalah masjid sahabat Rasulullah SAW, Abu Ubaidah di Jordan.
Masjid Abu Ubaidah di Jordan, banyak pokok kurma di sekitar masjid ni. Semalam baru ummiross tahu bila menonton Jejak Rasul, yang pokok kurma ni kepunyaan pihak masjid dan bila buahnya masak akan dibuat acara lelongan. Duit yang didapati hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.


Boleh baca pengalaman kami menziarahi Masjid Abu Ubaidah dan makam sahabat Rasulullah SAW di SINI.
Ummiross kongsikan juga link bagi Episod 5 dan Episod 7 dibawah ni :
Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 7 (Umrah): http://youtu.be/jdnLiReeSjw via @youtube.
Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 5 (Umrah): http://t.co/ioj31FAVpK via @youtube