بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Nak buat entry asyik tertangguh je. Kisah pergi Melaka hari tu. Suami berkursus di Hotel Best Western Wana Riverside Melaka. Ummiross pun tumpanglah dua kaki.
Hotel Wana Riverside ni terletak di tepi Sungai Melaka. Cantik viewnya. Ummiross kira Melaka memang cantik, dah ala-ala Venice gitu.
Blue hour..gambar-gambar yang sempat ummiross rakam tika senja menjelang. Cantik sungguh view di waktu senja ni, nampak tenang dan damai.
Gambar hotel penginapan diambil dari atas jambatan.
Petang ketika sampai, perut dah berkeroncong. Cofee house hotel ni menghadap sungai. Kami order Steamboat, pakejnya murah sangat, RM28 untuk 2 orang, memang puas makan, sampai ‘se’eh’ kata orang Terengganu.
Mr Hubby kursus dari pagi sampai malam, jadi takde masa nak ronda-ronda. Anak-anak pula tak dapat datang. Dari melepak dalam bilik, baik ummiross ronda sorang-sorang. Kata staf hotel boleh jalan kaki ke Dataran Pahlawan, berjalan je sepanjang sungai nanti sampai hujung nampak gereja dan bangunan merah, kat belakang sikit akan jumpalah Dataran Pahlawan. Kalau pergi dengan kereta katanya susah nak parking. Jadi menapaklah ummiross, best berjalan sepanjang laluan tepi sungai ni sambil menikmati pemandangan sepanjang sungai.
Berjalan dalam 20-30 minit juga, kalau waktu pagi takde masalah, kira morning walk, exercise sambil cuci-cuci mata. Snap gambar mana yang sempat. Dah beberapa kali juga sampai ke Melaka sebelum ni, jadi dah pernah posing kat sini dulu-dulu.
Misi kali ni nak ke Bazar kat Dataran Pahlawan ni, itu yang bersemangat menapak sampai berpeluh-peluh. Waa dah sampai, seronok keluar masuk kedai, dah sorang-sorang suka-sukalah kan nak berlama-lama sikit.
Dah dapat apa yang dicari. Orang suka ‘menapak’, kenalah pakai kasut macam ni. Ummiross memang suka Scholl, selesa. Dulu-dulu masa muda-muda memang suka sangat pakai kasut bertumit tinggi sampai satu ketika ummiross mengalami sakit dibahagian tumit. Lepas tu bertukar kepada Scholl, Alhamdulillah selepas beberapa ketika, tumit dah takde masalah lagi.
Penat berjalan, sessi makan sorang-sorang pulak. Layan Nando’s!!, sambil memasang angan nak ke Mahkota Parade pula. Ada beberapa lagi barang yang nak ummiross beli sebagai persiapan untuk ke luar negara nanti. Tak lupa belacan bakar dengan kerepek. Dah abih soping dan moping sampai bersih, nak balik dah tak larat berjalan, ummiross naik teksi balik ke hotel, tambang RM15.
Beberapa kali juga ummiross mencari info tempat makan yang best kat Melaka dari blog Aziela. Tapi nampaknya kami kesuntukan waktu, tak dapat jalan-jalan sebab Mr Hubby kursus sampai malam. Tapi keinginan nak merasa asam pedas Melaka harus juga dipenuhi. Hari kedua, kelas Mr Hubby abih awal sikit, jadi kami pusing-pusing kat area berdekatan, makan nasi berlauk asam pedas kat Restoran Ayie. On the way balik sempat singgah restoran(lupa pulak nama), pekena asam pedas telur ikan dan ikan tenggiri. Alhamdulillah dapat juga merasa. Tapi lain kali nak cari juga tempat-tempat yang Aziela pernah makan tu, insyaAllah. Selamat menjamu selera.
20 comments:
ala2 honeymoon la ya ummi hehe...sambil suami berkursus,boleh jalan2 dan shopping bila isteri ikut sekali..
Assalam Ummie... selamat menyambut bulan Rejab... moga sihat.
Asam pedas Melaka wajib cari jika ke Melaka kan... cantik gambar2 Ummie
huwaaaa....kalau ummi calling2 boleh la nza temankan ummi menapak kt sana...
semua pic tu amat menarik..pndai ummi snap.
salam ummi....
memang cantik lah melaka sekarang nie...banyak perubahannya....makannan pun sedap2 nak pula asam pedas dan gulai nyonya memang terbaik lah....
Cantiknya gambar2 waktu senja tu ummi...skali pndang,,mcm bukan kat Malaysia ...
Fuhhhhh....asam pedas tu bikin perut bergelora...terliurnyaa...
Kalu sy ada kt mlk ms tu, sy bw ummi ronda2 1 melaka smpi kaki krem hehehehe
Melaka mmg antara tmpt favourite utk bersantai. Asam pedas terbaek? Ummi singgah tk minum coconut shake?
kalu dah sampai melaka asam pedas melaka mesti wajib la kan...
Assalamualaikum Ummiross sayanggg...
wow! banyak berjaan luas pemandangan... seronoknya Ummi! Amie pun rasa tak sabar nak keluar tengok dunia luar (he ehehh asyik terkurung bercuti 3 bulan dalam rumah je)
selamat hari ibu ya ummi.. :)
saya suka pi cuti2 kat Melaka...memang sehari pun tak puas..sebab banyak tempat2 menarik nak pi ..bukan ja cuci2 mata tapi ambil tahu juga la sejarah dia macma mana..hehe
Jalan sorang-sorang pun menajdi ye Ummiross. Ok juga tu boleh ikut suka cuma dah menapak makin jauh dan makin lama last balik naik teksi hihi...
Lagi yg tak terkilan dapat juga makan asam pedas ok tu... kakak tengok pun tahu sedap:)
melaka mmg antara best place in malaysia
Dulu masa suami masih bertugas selalu jugak ikut dia, kebetulan anak2 cuti memang hankut semua.
Bestnya ummi... melaka semua pun best... terliur la plak tgk mkanan tu semua bila tgh pose nie..hehehe
gambar makanan tu buatkan saya lapo..
seronoknyer jln2 melaka..
suka melaka sbb byk bagunan y cun2
Assalamualaikum Ummiross
saya tu hari pekena roti canai dengan asam pedas
besttu.. murah yerk steamboattu berbaloi2.. ooo harus pergi ini hotel...
kasut tu cantik sesuai untuk yang suka menapak...
bulan lepas mumme di Best WEstern PD...ada juga BW di Melaka ye,,,yg di PD tu mereka beli dr Tiara Beach Resort.sedih, balik bercuti Danish dan Nuha dpt sakit kulit...bilik tu dh lama x disewa dan x ditukar cadar...nasib baik x ada kejadian lain.
aduiii... tergodanya dengan gambar2 makanan tu..
Post a Comment