Thursday, May 16, 2013

GURU SEPANJANG ZAMAN

.بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang….

Semasa mengeluarkan barang-barang dari kotak ketika berpindah baru-baru ni, ummiross terjumpa frame ni masih berbalut kemas. Entah berapa lama ianya tersimpan dalam kotak sebab semasa di Sarawak pun ummiross tak pernah buka kotak tu.

IMG_7337IMG_7342

Bila buka, nostalgia betul rasanya. Rupanya ini adalah sijil penghargaan yang ummiross terima ketika sambutan hari guru di peringkat daerah satu ketika dulu. Penganugerahan ‘Guru Sepanjang Zaman’ oleh PPD. Sijil penghargaan untuk guru bersara, hehe..cukuplah sebagai kenang-kenangan. Ketika usia awal 40-an ummiross memilih untuk bersara awal dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan tidak sayang profesyen perguruan tapi kadang-kadang hidup kena juga membuat pilihan..perlu ada titik berhenti untuk bermula dengan yang baru. Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah SWT. Namun hingga kini, bila tiba sambutan Hari Guru, ummiross masih merindui saat-saat itu.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU..KHUSUS BUAT SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR  UMMIROSS DAN SEMUA GURU DARI KALANGAN RAKAN-RAKAN LAMA, RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN PELANGGAN SALAM BORNEO. MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KALIAN SEMUA DAN MEMBALAS DENGAN GANJARAN YANG TERBAIK ATAS JASA DAN PENGORBANAN ANDA.

PS; 1.Untuk makluman kepada semua pelanggan, order akan ditutup mulai 20hb Mei hingga awal Jun kerana ummiross akan bercuti.Tempahan terakhir akan di pos selewat2nya pada 22hb.Mei 2013. Terima kasih.

2.Cikgu Nur Anitah, thank you awal2 pagi dah wish selamat Hari Guru. Selamat Hari Guru buat Cikgu Nur juga.

23 comments:

❤Kamsiah❤ said...

walaupun dah letak jawatan,panggilan 'cikgu' tetap tersemat sepanjang zaman..:)

keje lain...bila berhenti..dah tak dipanggil dgn 'jawatan' tu..

MulutPayau said...

Selamat hari guru ummi....

Nana Liena said...

bekas guru ya ummi..hehe..baru tahu..

selamat hari guru.. :) jasamu dikenang..hehe

Khai♥Rin : anies said...

ooo ummi ni cikgu dulu yekk..
ttp nak ucapkan selamat hari guru to ummi.. ;-)

NzA said...

Selamat Hari Guru Ummi....gelaran itu tetap terpahat hingga ke liang lahat......

Selamat bercuti ummi..lama jugak tu..lepas ummi blk brcuti nza lak terbang utk brcuti selama 5 hari.....

Syazana Nazri said...

Selamat hari guru kpd ummiross! Salam perkenalan dari syaz :)

Wak Gelas™ said...

salam hari guru cikgu ummiross tuuu..,ehHHee

Tihara said...

selamat hari guru, jasa guru akan tetap dikenang :)

JunAina said...

Selamat hari guru ummi...walaupun dah bersara title cikgu tu masih dibawak coz mesti ramai anak2 murid dulu masih panggil cikgu.

Kakzakie said...

Nostalgia masa jadi guru memang tak boleh lupa ummi. Kakak dulu pun pernah jadi cikgu tapi cikgu sekolah swasta dan tak ada anugerah pun hihi..

Ingat lagu ini tak ummiross. "KAMI GURU MALAYSIA, BERIKRAR DAN BERJANJI...

Ati Masrif said...

salam ummi,

selain doktor, guru pun selalu di panggil
dengan ganti nama...bestkan!

selamat hari guru buat ummi!

dulu2 mengajar di semenanjung kah?

inazamri said...

assalamualaikum cikgu.walau dah bersara tetap org akan pggil cikgu kan.inilah kelebihan seorg guru.Terima kasih cikgu.selamat hari guru buat ummiros

Kesuma Angsana said...

still nak ucap selamat hari guru & jasamu tetap dikenang ummi !

izan mama mia said...

ooo..ummi pun guru,..selamat hari guru yew

Nor Salmi said...

Sekali bergelar guru, gelaran tu akan kekal. Selamat Hari Guru juga buat Ummi..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam ummi...
oo.cma baru tau yg ummi jugak seorg pendidik..
masa sekolah dulu ada jg award mcm ni diberikan buat cikgu yg berdedikasi...tahniah cikgu ummi.. ;)

selamat hari guru jgk :)

MumMe said...

Terima kasih ummiross...selamat bercuti...

M. Sofyan Daud said...

Datang mengunjungi blog sahabat,..... semoga tambah ramai dan semakin banyak orang yang mengunjungi :)

Hanis Azla said...

Salam ummi..
selamat hari guru untuk ummi!.. wah pergi bercuti.. seronoknya.. selamat bercuti ummi..

yan's cottage said...

salam Ummi....

selamat hari guru....walau dah tak mengajar lagi jasa mu tetap di kenang....

Tihara said...

dah bersara mesti masa banyak fokus pada famili kan n jadi guru tu suatu kenangan yang manis :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam..
cma singgah petang jenguk ummi :)
tertunggu2 entri baruuu... :)

Kesuma Angsana said...

singgah pagi hari ini