Wednesday, May 8, 2013

APA KENA MENGENA DENGAN RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Raya…Hari Raya dan Pilihanraya. Kedua-duanya membuat ummiross teruja. Ia situasi yang memungkinkan kita untuk bertemu kawan-kawan lama. Hari Raya, lokasi pertemuan biasanya di masjid. Usai solat dan khutbah, ketika bersalam-salaman, ketika inilah biasanya kita akan bersua muka dengan rakan-rakan lama…rakan sekampung, rakan sepermainan dan rakan sekolah. Bertemu kawan lama, ia satu perasaan seronok yang sukar digambarkan. 

Ketika pilihanraya, selain dari keterujaan untuk mengundi, dapat bertemu kawan-kawan lama, pasti akan menambahkan rasa gembira. Lokasinya tentu sahaja di pusat mengundi. Ketika mengundi baru-baru ini, ramai juga ummiross bertemu dengan kawan-kawan sekampung dan sekolah. Kadang-kadang terkedu seketika bila kita ditegur, cuba memikirkan siapakah gerangan. Maklumlah sesetengah tu, mungkin sudah berbelas tahun tidak berjumpa. Ada juga sekali pandang je, kita sudah dapat mengenali. Malah kali ini berkesempatan juga berjumpa dengan guru yang pernah mengajar, meriah jadinya bila anak-anak murid yang dah old timer ni dapat bertanya khabar dan beramah mesra dengan bekas guru yang tentunya sudahpun lama bersara.

Rakan lama dan kampung halaman. Ia nostalgia masa silam. Dan ia sentiasa indah dalam kenangan. Bila ada ‘raya’, jika panjang umur,insyaAllah kita akan berjumpa lagi, setahun sekali atau lima tahun lagi.

 

Kalau nak balik semula ke KL, tak sah kalau tak beli ‘kepok lekor’. Beli banyak sikit sebab rakan-rakan sekerja anak ummiross pun ada pesan suruh beli ‘kepok lekor’ dan ‘kepok keping’. Yang banyak-banyak ni bukan ummiross punya tapi Ahmad Albab orang lain yang punya!. Ummiross beli yang frozen, jadi boleh simpan lama sikit.

IMG_7299IMG_7297

Kalau nak yang panas-panas, yang direbus atau digoreng, kenalah beratur. Ummiross tak sanggup beratur, lagipun nak cepat-cepat bertolak balik sebab takut jalan jam.IMG_7300    

 

Hasil tangkapan…yang dalam palstik merah tu, kepok lekor, yang dalam plastik hijau tu, Sata, yang belakang tu kepok keping ikan parang. Dulu-dulu sata dibungkus dalam daun dan dibakar/panggang. Sekarang sata moden, dalam kulit popia dan di goreng. Walau tiada lagi wangi daun, Sata SriSura ni memang sedap!.

DSC_1970

 

Sekarang petang sering hujan. Perut cepat berkeroncong. Goreng kepok lekor dan sata. Makan panas-panas, sambil menghirup secawan teh. Jemput makan semua…!!.

DSC_1984

 

Sempat snap gambar dari dalam kereta. Pantai Teluk Lipat, Dungun. Banyak memori di sini. Di sinilah anak-anak ummiross membesar dan menghabiskan zaman persekolahan mereka. Di pantai ini juga kerapkali pada hujung minggu, selepas subuh, ummiross akan jogging bersama Mr hubby, sebenarnya lebih banyak berjalan dari berlari, santai-santai sambil melihat matahari terbit. Lepas tu sarapan pagi di warung berhampiran, angin pagi yang sejuk memang cukup mendamaikan.

IMG_7293IMG_7286

Sekian sepanjang jalan kenangan.

 

 

26 comments:

Mek Onie said...

sata tu hok sedak tuuuuuu,brehi bena ambo dengan sata,hik

❤Kamsiah❤ said...

murah dan fresh,kan...kdg2 penjual bg free sebungkus dua bila beli byk2,kan..

Mek Onie said...

wahh,mesti beli banyakkan sata tu,hik

Mek Onie said...

eh,lupa...salam perkenalan jugak dari mek onie :D

Khai♥Rin : anies said...

uiiii ni stok smpi hujunbg thn ye ummi? hehehehe... x pon nk wat kenduyri utk rumah baru? ;-)

Aziela said...

Aiseh...ada yer kak, sata dalam kulit popia. Saya tak pernah tau dan tak pernah jumpa. Saya asyik dok melantak sata tradisional jer. Walaupun kat Tg Lumpur Kuantan tu banyak, tapi tetaplah sata di Kemaman lebih sedap. Oh, mana akak beli sata kulit popia tu yer. Hujung bulan nie saya turun Terengganu lagi, Insya Allah.

Kakzakie said...

Kalau ummi perasan kakak beli keropok masa ke T'ganu dulu pun di sini juga tau. Kakak ternampak budak yg jual tu... kakak beli kopok losong dia sedap sangat. Siap beli yg dah bergoreng lagi makan tak sampai sejam dah licih:)

Kalau beli tak banyak tak puas kan macam nak bussiness hahaha...

Hanis Azla said...

Salam ummi..

mmg seronok dapat jumpa kawan-kawan lama.. best juga bila beli yg frozen.. lama sikit kita boleh simpan buat stok kan ummi..

yan's cottage said...

sedapnya...ummi kalau dapat makan keropok asli terangganu nie kan...?

p/s rasa macam nak gi umah ummi pulak nak make kopok leko he heee...

Kesuma Angsana said...

byknyer memborong umi... kepok lekor pun fevert KA & family juga !

MumMe said...

sedap dimakan masa hujan2...pisang goreng,cekodok,kopok lekor...setakat ni mumme selalu ada stok kopok leko jenama Nova dlm peti,sbb dh lama x de peluang ke pantai timur.

Syida said...

stok keropok kat rumah dah habis.kalau bli yg biasa kat sini tak bape umpph!

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,
bunda pun suke kepok leko ni...

Gee® said...

Ahai...banyaknya borong... cer pos sket sata ke sini...hehehe Salam perkenalan

Aimaniman Ezaiza said...

Bestnya... nak kirim gak?
Kopok leko tganu mmg de best

lizz said...

erm sedapnyer kopok leko..lapo lak rasa...

NzA said...

byoknye ummi boron keropok...biasa la kalu balik kg, mesti ada kwn2 kirim keropok....

Mmg meriahkan ummi dpt jump kwn2 lama....rasa mcm raya pulak sbb smpat brkumpul sekeluarga n dpt jumpa kwn2...

Tihara said...

bestnye kepok kak, pemandangan pun cantik :)

Jemarisuri said...

tak blh jadik ni...js kena blk kg gak cuti skolah ni dh terindu nk mkn kepok lekor...hihi..

Nana Liena said...

hehe..betul..time tu la kita akan jumpa kawan sebaya..

NM02 said...

layan sata bawah pokok mengadap laut adalah ohsem...






LYAfrina said...

PRU13 kali ni mg meriah sgt2..meriah drp raya....

izan mama mia said...

uwaaa indahya view pantai tuu.. mmg best balik mengundi jumpa ramai kawan

Amie said...

Seronoknya pengalaman 'raya' Ummi kali ini... sempat lagi memborong segala kepok he hehh... Amie mengundi di LD.

MulutPayau said...

Bnyaknya ummi memborong...
Dah lama tak mkn sata....

ummiross said...

Terima kasih semua atas komen. Ramai juga yang minat kepok lekor dan Sata rupanya.
Kepok lekor dan Sata tu ummiross punya dua bungkus je,yang lain2 utamakan kiriman rakan-rakan anak ummiross.Takpelah kami dah biasa makan, bagi dia orang pulak merasa.InsyaAllah, lain kali kalau ada rakan blogger nak kirim boleh je.