Saturday, May 11, 2013

MELAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Nak buat entry asyik tertangguh je. Kisah pergi Melaka hari tu. Suami berkursus di  Hotel Best Western Wana Riverside Melaka. Ummiross pun tumpanglah dua kaki.

Hotel Wana Riverside ni terletak di tepi Sungai Melaka. Cantik viewnya. Ummiross kira Melaka memang cantik, dah ala-ala Venice gitu.

Blue hour..gambar-gambar yang sempat ummiross rakam tika senja menjelang. Cantik sungguh view di waktu senja ni, nampak tenang dan damai.

DSC_1690    DSC_1692

DSC_1693 DSC_1705 DSC_1709 DSC_1718 

 

Gambar hotel penginapan diambil dari atas jambatan.

DSC_1731

 

Petang ketika sampai, perut dah berkeroncong. Cofee house hotel ni menghadap sungai. Kami order Steamboat, pakejnya murah sangat, RM28 untuk 2 orang, memang puas makan, sampai ‘se’eh’ kata orang Terengganu.

IMG_7004IMG_7005

 

Mr Hubby kursus dari pagi sampai malam, jadi takde masa nak ronda-ronda. Anak-anak pula tak dapat datang. Dari melepak dalam bilik, baik ummiross ronda sorang-sorang. Kata staf hotel boleh jalan kaki ke Dataran Pahlawan, berjalan je sepanjang sungai nanti sampai hujung nampak gereja dan bangunan merah, kat belakang sikit akan jumpalah Dataran Pahlawan. Kalau pergi dengan kereta katanya susah nak parking. Jadi menapaklah ummiross, best berjalan sepanjang laluan tepi sungai ni sambil menikmati pemandangan sepanjang sungai.

IMG_7011

IMG_7015

IMG_7017

 

Berjalan dalam 20-30 minit juga, kalau waktu pagi takde masalah, kira morning walk, exercise sambil cuci-cuci mata. Snap gambar mana yang sempat. Dah beberapa kali juga sampai ke Melaka sebelum ni, jadi dah pernah posing kat sini dulu-dulu.

IMG_7022 IMG_7023

IMG_7025

 

Misi kali ni nak ke Bazar kat Dataran Pahlawan ni, itu yang bersemangat menapak sampai berpeluh-peluh. Waa dah sampai, seronok keluar masuk kedai, dah sorang-sorang suka-sukalah kan nak berlama-lama sikit.

IMG_7027 

Dah dapat apa yang dicari. Orang suka ‘menapak’, kenalah pakai kasut macam ni. Ummiross memang suka Scholl, selesa. Dulu-dulu masa muda-muda memang suka sangat pakai kasut bertumit tinggi sampai satu ketika ummiross mengalami sakit dibahagian tumit. Lepas tu bertukar kepada Scholl, Alhamdulillah selepas beberapa ketika, tumit dah takde masalah lagi.

IMG_7036

Penat berjalan,  sessi makan sorang-sorang pulak. Layan Nando’s!!, sambil memasang angan nak ke Mahkota Parade pula. Ada beberapa lagi barang yang nak ummiross beli sebagai persiapan untuk ke luar negara nanti. Tak lupa belacan bakar dengan kerepek. Dah abih soping dan moping sampai bersih, nak balik dah tak larat berjalan, ummiross naik teksi balik ke hotel, tambang RM15.

IMG_7029  

 

Beberapa kali juga ummiross mencari info tempat makan yang best kat Melaka dari blog Aziela. Tapi nampaknya kami kesuntukan waktu, tak dapat jalan-jalan sebab Mr Hubby kursus sampai malam. Tapi keinginan nak merasa asam pedas Melaka harus juga dipenuhi.  Hari  kedua, kelas Mr Hubby abih awal sikit, jadi kami pusing-pusing kat area berdekatan, makan nasi berlauk asam pedas kat Restoran Ayie. On the way balik sempat singgah restoran(lupa pulak nama), pekena asam pedas telur ikan dan ikan tenggiri. Alhamdulillah dapat juga merasa. Tapi lain kali nak cari juga tempat-tempat yang Aziela pernah makan tu, insyaAllah. Selamat menjamu selera.

    IMG_7041IMG_7042

IMG_7030IMG_7034

IMG_7033IMG_7032 

 

 

20 comments:

Kamsiah yusoff said...

ala2 honeymoon la ya ummi hehe...sambil suami berkursus,boleh jalan2 dan shopping bila isteri ikut sekali..

ibuintan said...

Assalam Ummie... selamat menyambut bulan Rejab... moga sihat.


Asam pedas Melaka wajib cari jika ke Melaka kan... cantik gambar2 Ummie

NzA said...

huwaaaa....kalau ummi calling2 boleh la nza temankan ummi menapak kt sana...

semua pic tu amat menarik..pndai ummi snap.

yan's cottage said...

salam ummi....

memang cantik lah melaka sekarang nie...banyak perubahannya....makannan pun sedap2 nak pula asam pedas dan gulai nyonya memang terbaik lah....

MulutPayau said...

Cantiknya gambar2 waktu senja tu ummi...skali pndang,,mcm bukan kat Malaysia ...

Fuhhhhh....asam pedas tu bikin perut bergelora...terliurnyaa...

dear anies said...

Kalu sy ada kt mlk ms tu, sy bw ummi ronda2 1 melaka smpi kaki krem hehehehe

Sweet N Pretty said...

Melaka mmg antara tmpt favourite utk bersantai. Asam pedas terbaek? Ummi singgah tk minum coconut shake?

Bunda_nora said...

kalu dah sampai melaka asam pedas melaka mesti wajib la kan...

Amie said...

Assalamualaikum Ummiross sayanggg...
wow! banyak berjaan luas pemandangan... seronoknya Ummi! Amie pun rasa tak sabar nak keluar tengok dunia luar (he ehehh asyik terkurung bercuti 3 bulan dalam rumah je)

Unknown said...

selamat hari ibu ya ummi.. :)

saya suka pi cuti2 kat Melaka...memang sehari pun tak puas..sebab banyak tempat2 menarik nak pi ..bukan ja cuci2 mata tapi ambil tahu juga la sejarah dia macma mana..hehe

Kakzakie Purvit said...

Jalan sorang-sorang pun menajdi ye Ummiross. Ok juga tu boleh ikut suka cuma dah menapak makin jauh dan makin lama last balik naik teksi hihi...

Lagi yg tak terkilan dapat juga makan asam pedas ok tu... kakak tengok pun tahu sedap:)

Anonymous said...

melaka mmg antara best place in malaysia

JunAina said...

Dulu masa suami masih bertugas selalu jugak ikut dia, kebetulan anak2 cuti memang hankut semua.

Ratu Hatiku said...

Bestnya ummi... melaka semua pun best... terliur la plak tgk mkanan tu semua bila tgh pose nie..hehehe

lizz said...

gambar makanan tu buatkan saya lapo..

LYAfrina said...

seronoknyer jln2 melaka..
suka melaka sbb byk bagunan y cun2

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

saya tu hari pekena roti canai dengan asam pedas

Cho Zila said...

besttu.. murah yerk steamboattu berbaloi2.. ooo harus pergi ini hotel...
kasut tu cantik sesuai untuk yang suka menapak...

MumMe said...

bulan lepas mumme di Best WEstern PD...ada juga BW di Melaka ye,,,yg di PD tu mereka beli dr Tiara Beach Resort.sedih, balik bercuti Danish dan Nuha dpt sakit kulit...bilik tu dh lama x disewa dan x ditukar cadar...nasib baik x ada kejadian lain.

Mia Liana said...

aduiii... tergodanya dengan gambar2 makanan tu..