بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Selalunya bila ada stok baru, supplier dari Sarawak akan bagitau ummiross. Ummiross akan tengok dulu, kalau cantik dan berkenan dihati, ummiross akan order. Untuk kali ni ada 3 corak yang ditunjukkan, tapi ummiross pilih dua corak sahaja. Setiap satu ada 5 warna, ummiross hanya pilih 3 warna sahaja dari dua corak tersebut. Jadinya warna-warna dan corak dibawah ni telah dipilih kerana ianya bukan sahaja cantik pada mata ummiross tapi juga pada mata ‘pembantu2’ tak rasmi ummiross. Ummiross pula suka cuba letakkan kain pada patung, tengok rupanya bila dah jadi baju. Bukan apa, kadang-kadang kain nampak cantik, bila jadi baju tak berapa cantik pula. Kenalah cuba, try, test kan, hehehe..
Untuk KPH67-KPH68, coraknya berunsur flora dan fauna tapi dalam paparan abstrak dengan warna-warna lembut dan sejuk. Memang cantik!. KPH70-KPH72 pula merupakan corak etnik Orang Ulu. Ia nampak sangat klasik dan elegan dengan gabungan tona-tona warna yang serasi.
Jika ada mana-mana sekolah, jabatan atau persatuan yang berminat untuk membuat uniform, atau ada yang nak berpakaian sedondon sempena majlis kahwin dan lain-lain, kenalah cepat-cepat order ye, nanti melepas pula warna yang berkenan dihati, harga pun lebih murah jika membeli dalam jumlah yang banyak. Belian runcit pun turut dialu-alukan. Selamat menjamu mata.
KPH67
KPH68
KPH69
KPH70
KPH71
KPH72
Jenis : Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material: Japan Polyester(best quality)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.
30 comments:
cantik2 yer
memang tak ada kaler ijau ya ummi?
Berkenenlah Ummi..
Cantiknya.....
sya suka KPH70..hehe..kalau dibuat baju kurung mesti cantik..hehe..tapi duit tak ada nak beli..hehe.. btw sya ada request nie..hehe..bleh tak ummi ceritakan mcm mana ummi terlibat dlm business onliine ? hehe..share la ilmu sikit..
memang cantik ummie... gambar satu paling sy berkenan
cantiknya....citarasa kita samalh ummi....
ummi share gambar yer....;-)
Cantiknya Kak...
Assalamualaikum Ummiross
Selamat berkempin ...he he
@Kesuma Angsana;
Terima kasih KA.
@Khai♥Rin : anies;
Hehe..takde Anies, peminat hijau ye?
Kakak berkenan yg biru tu manis sungguh warnanya...
Cantik-cantiklah..
@Nor Salmi;
Roger2 ye Mie..
@MulutPayau;
Terima kasih MP.
@ Nana Liena;
Memang cantik tu. InsyaAllah Nana..Tq
@ibuintan;
Ramai yang berkenan yang tu ibuintan, tq ye.
@NzA;
Kita serupa..tq NzA
@Aziela;
Terima kasih Azila.
@Atuk;
Waalaikumussalam atuk..
Hehe..terima kasih atuk.
@Kakzakie;
Kakzakie, ramai sungguh yang berkenan yang biru tu, ummi pun berkenan, hehe..
cantik...tapi dah lama tak tempah baju...asyik beli yan siap je....
cantik-cantik kainnya ummiross...
Cantik dan berbaloi, apatah lg kalau pandai menjahit sendiri.. save byk.
cantik...
bila nk jumpa sis ni...hihi
@@fitryz;
Salam fitryz, maaf dari blog mana ye, ummi cari link takde.
Sorry,gambar2 ni untuk tatapan customer Salamborneo sahaja fitryz.
@ MumMe;
Kalau dekat boleh datang cuci2 mata ye MumMe.
@yan's cottage;
Ummi pun jarang buat baju Yan sejak bersara ni. Terima kasih.
@Miss Mirror a.k.a Sam;
Yelah upah jahit pun boleh tahan juga mahalnya, kalau jahit sendiri memang banyak boleh save.
@Jemarisuri;
Terima kasih JS. Yelah asyik bz je memanjang kita ni ye, insyaAllah satu hari dapat juga kita jumpa.
Post a Comment