Friday, April 12, 2013

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Pertama kali  Habib Ali Zaenal Abidin diperkenalkan di radio IKIM, tertarik dengan cara beliau berceramah. Beliau juga dikatakan ada salasilah keturunan Rasulullah SAW (dengar dari radio IKIM juga). Kami memang menyimpan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu beliau. Peluang datang apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah di Kuliah Maghrib Perdana bertempat di Masjid As Salam, Puchong, Mac lalu.

Wajah tenang dan perawakan orang baik-baik, sejuk mata memandang. Teratur tutur katanya dalam  menyampaikan ceramah dan isi ceramahnya pula sangat berkualiti.

20130313_204400 

Ummiross kongsikan sedikit intipati ceramah Habib Ali Zaenal Abidin yang sempat ummiross catat dalam iphone, maaflah kalau ayatnya tak sempurna,maklumlah catatan ringkaslah katakan. Apapun moga mendapat manafaat bersama.

“Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah yang banyak beramal  ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.

Akhlak mesti menghiasi ibadah. Baiknya akhlak dapat mengangkat darjat orang yang tidak banyak beramal, tapi buruknya akhlak boleh merendahkan darjat walaupun banyak beramal.

Orang yang muflis di hari perhitungan adalah orang yang membawa ganjaran pahala ibadah yang banyak akan tetapi buruk akhlaknya , seperti tidak menjaga mulut, sering menyakiti atau memaki hamun , termasuk juga makian di laman sosial seperti facebook (makian tanpa sempadan-dosa tanpa sempadan), tidak menjaga tangan dan lain-lain.

Orang yang dizalimi akan menuntut ganjaran darinya. Sekiranya sudah tidak cukup pahala, akan diberikan pula dosa orang dizalimi kepadanya, jadilah orang yang buruk akhlak golongan yang datang dengan pahala, kembali dengan dosa. Begitulah, jangan sampai akhlak yang buruk menghapuskan pahala ibadah.

Di mana nak bermulanya akhlak? Tentulah  di rumah.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Allah SWT berfirman:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة,

"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].

Ikuti akhlak Rasulullah Sifat Baginda tidak memberatkan, menolong meringankan kerja-kerja rumah, tidak menyakiti hati ahli keluarga, tidak memandang rendah, selalu menghargai masakan isteri, menjaga hati isteri, menghibur hati  isteri, namun jika berlaku  sesuatu yang melanggar syarak Rasulullah akan bertegas.

Manakala kepada para sahabat Rasulullah selalu tersenyum. Setiap kali bertemu sahabat, baginda yang memulakan salam dengan senyuman. Baginda tidak melepaskan tangan ketika berjabat salam selagi sahabat tidak melepaskan.

Al-Ahzab, ayat 21;

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'

 

Berselawat sebelum ceramah bermula.

20130313_201926

 

Maklumat ni pula ummiross dapat dari post yang di share di fb Imam Muda 3. Hari ni hari ulangtahun kelahiran Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, 12hb.April 2013. Sanah Helwa Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Moga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berdakwah menegakkan agama Allah SWT.

559758_448284281920468_1100946593_n                                     Gambar Ehsan Mr google-30 Minit Ustaz Don.

Ustaz Don dan Habib Ali Zainal Abidin. Nanti jika berkesempatan, ummiross share pula kuliah dhuha bersama Ustaz Don di Masjid Al Hasanah, Bangi bulan Mac lalu..

Bagi yang berminat, boleh baca biodata Habib Ali Zainal Abdin Al Hamid di SINI.

Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta..Wassalam.

33 comments:

Sidratul Muntaha said...

ye ker dia ade keturunan rasullah?!
sbb ngaji dgn dia fiqh rasullah kat uia ni smpai abis 1 semester
orgnya mmg lemah lebut
selalu je naik lift sama2 dgn beliau
ms kelas
mgm open bab2 soal menyoal
belum lagi dgn talk
yg pasti
beliau mmg keturunan jawa dan beza umur cuma 4 thun saje dgn kami
scheduele class dia kat area ulu klang klu tak silap saya

Khai♥Rin : anies said...

Sekali tgk, dah mcm adik beradik dgn ustaz don... :-) hrp2 dpt dgr kuliah dia 1 hr nnt

sitiezahim said...

perkongsian yang sangat bermanafaat. tq banyak ummiros :)

Jemarisuri said...

semoga intipati yg diberikan memberi manafaat kpd kita semua..insyaallah

Kakzakie said...

Baru semalam motivasi pagi radio IKIM Ustazah Nor Laila membicarakan tentang akhlak. Lebih kurang juga dgn intipati yg Ummi kongsi di sini. Beramal sakan tapi akhlak menyedihkan. Solat dlm masjid nak senyum makmuk sebelah pun payah, lagi haru anak org termain handbag dia siap warning kalau anak tak boleh behave well di masjid lain kali jgn bawa... sedihkan org yg begini.

ummiross said...

@Sidratul Muntaha;

Salam Sidratul muntaha. Terima kasih ye sudi komen.

Begitulah beliau diperkenalkan di radio IKIM satu ketika dulu, Wallahua'alam, siapalah ummiross untuk mengiya atau menafikan.

Di kalangan masyarakat Jawa pun tetap ada keturunan Arab seperti juga orang Melayu keturunan Syed di Malaysia. Kalau berjumpa lagi dengan beliau cubalah bertanya ye, nanti bolehlah berkongsi cerita.

Tapi tak kesahlah kan pasal keturunan, yang penting kita ambik yang baik-baik dari beliau, ilmu yang disampaikan memang bermanafaat sekali. Syukur ada orang muda-muda sanggup turun berdakwah, kami tumpang bangga.

Sidratul Muntaha said...

ehehhe.
entah..
yg kami thu..
kami mmmg prefer ngaji dgn dia lagi
tgh mencari2 lagi kelas fardu ain dgn dia kat uia
selalunya fully booked.
hohoho...
sedih betul.
tu jelah masa yg ade tuk mengaji / cari ilmu agama ni sbb masa lain penuh dgn tuntutan anak2 dan kuarga.
jazakallah kak..
sama2 perluaskan..
:)

Ratu Hatiku said...

Tq sharing.. semoga sama2 kita manfaatkannya..

yalah dah mcm adk beradik plak dgn ustaz don..

NzA said...

sedang tgk TV3 al-kuliah yg penceramahnya ustz Habib....sejuk je tgk mukanya...lembut n tratur tutur katanya..mungkin benar dr keturunan Rasulullah s.a.w...dia asal dr mana ye ummi?

MumMe said...

ustaz Habib ni gaya percakapannya mcm arab kan ummiross...dah lama dengar suara,baru2 ni je tahu wajahnya...betul ummiross...akhlak dan etika muslim perlu sgt jaga lebih2 lagi bila berurusan dgn non muslim...moga terdetik keindahan islam di hati mereka...

ummiross said...

@Khai♥Rin : anies;

Ha'ah Anies, nampak macam adik beradik pulak kan. Sejuk perut ibu kan..

ummiross said...

@sitiezahim;

Sama2 sitiezahim, insyaAllah moga sama2 dapat manafaat.

ummiross said...

@Jemarisuri;

InsyaAllah JS, sharing is caring.

ummiross said...

@Kakzakie;

MasyaAllah ada juga situasi begitu ye Kakzakie. Sedihkan situasi begini berlaku di masjid pula tu.

ummiross said...

@Ratu Hatiku;

Sama2 Ratu Hatiku, insyaAllah, sama2 kita perbaiki mana yang kurang.

Yelah kan ada mirip kan.

ummiross said...

@MumMe;

Ye kan MumMe, ada pelat2 Arab, best pulak dengar.

betul tu MumMe,sepatutnya tunjukkan kita sebagai orang Islam adalah yang terbaik akhlaknya.

ummiross said...

@Sidratul Muntaha;

Bestnya dapat berguru dengan beliau,
ummi pun nak kalau dapat.

Takpe Sidratul Muntaha, mendidik anak2 pun ibadah juga. InsyaAllah moga ada kelapangan waktu bila anak2 dah besar nanti.

Terima kasih ye.

ummiross said...

@NzA;

Ye kan NzA, nampak baik sangat kan, teratur dan tersusun kata2nya. Alhamdulillah kalau begitu kan.

NzA..boleh baca biodata beliau di LINK yang ummi bagi kat bawah n3 ni ye.

Ummi Imtiyaz said...

Assalam ummiross...terima kasih di atas perkongsian Ini. Habib Ali memimpin jamaah taalim Darul murtadza...byk Siri ceramah beliau skrg di youtube. Penyampaian Habib jelas dan disampaikan dgn ikhlas dan tawadhu. Mmg teringin Sgt nk berguru dgn Habib.

Nor Salmi said...

Pernah tgk ceramahnya di tv dan di youtube. Memang tertarik dengan cara dia menyampaikan ceramah..

izan mama mia said...

tq ummi berkongsi..mmg wajahnya sangat nampak tenang

inazamri said...

tak penah lagi dengar ceramah beliau.cuma selalu nampak muka dia di media.ada kesempatan nk tgk kt youtube la kalau ada

NM03 said...

masih banyak kekurangan dalam diri ini. ohhh.....

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi yer ummi

ummiross said...

@Ummi Imtiyaz;

Waalaikumussalam Ummi Imtiyaz..

InsyaAllah, moga kita sama2 mendapat kesempatan untuk menambah ilmu dan berguru dengan beliau.

ummiross said...

@Nor Salmi, izan mama mia, inazamri, NM03,Kesuma Angsana;

Yelah kan, dah ada juga ceramahnya kat you tube, memang tenang dan teratur tutur katanya.

Terima kasih semua..

BUNDA a.k.a KN said...

sekali pandang macam adik beradik pulak kedua2 ustaz ni..

Anonymous said...

Moving share. Tk

Asri muhamat said...

selalunya orng yg dapat gelaran Habib ni , memang berketurunan Rasulullah...

atukbuang said...

al Habib memberi kuliah setiap jumaat di Masjid Muaz b jabal Setiawangsa dari pkl 9 pm hingga 11-30pm...
bahagian-1 tafsir
bahagian 2: hadis
bahagian 3: akhlak
bahagian 4 soaljawab

bawak quran, buku dan pen or ipad

Anonymous said...

saya orang jawa. kebetulan daerah asal habib ali dekat dengan daerah saya. habib ali memang tinggal di kampung arab yang memang banyak terdapat keturunan Rasulullah. Habib Ali selepas studi di yaman, balik ke Malaysia bukan ke Indonesia. afwan

Anonymous said...

Saya sokonggg.. XKISAH apa keturunan Allah xpndg rupa paras n keturunan..Sy suke dieee ceramah nya buat kami seMua bertaubat.. ALLAH HU AKBAR

Anonymous said...

MasyaAllah....tabarakallah...dpt peluang bljr dgn habib Ali...