Thursday, April 4, 2013

LANGSIR NILAI 3 VS LANGSIR SERIKIN


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ketika di Sarawak, kalau nak beli langsir, ummiross biasanya ke Serikin. Langsir bersulam dari Indonesia memang cantik-cantik. Pergi hari Ahad..tengahari, agak-agak peniaga dah nak tutup gerai sebab dah balik ke kampung halaman mereka di sempadan sebelah sana tu, insyaAllah dapatlah harga murah sikit dari biasa.

Langsir bersulam dari Serikin. Masalahnya bila pindah rumah ni, langsir tu labuhlah pulak!

IMG_6846 DSC_1649   

Fikir punya fikir tak boleh jadi ni. Rumah ni pula banyak sliding door. “Ting!!!,”…idea dah datang, hehe..cepat je terlintas Nilai 3, alahai bab shopping cepat je dapat idea ye, kalau nak tulis blog seminggu sekali pun sampai nak ‘pecah kepala’, cari idea ‘kununnya’ . Jadi hari Sabtu tu orang sibuk tengok belon udara panas kat Putrajaya, ummiros dengan Mr Hubby ke Nilai 3, jalan-jalan cari langsir. Harga langsir kat nilai 3 ni tak taulah murah ke tidak, ummiross pun bukan selalu beli langsir, tapi yang penting banyak pilihan, kita boleh keluar masuk kedai sehingga dapat langsir idaman kalbu. Dan yang paling best, siap jahit dalam masa  1-2 jam.

Untuk ruang tamu, coklat n purple, biasa-biasa je, sesedap mata memandang.

DSC_1601 DSC_1558

View kat Putrajaya di pagi hari, memang sejuk mata memandang.  Anak angkat berbulu, hehe..cicie kucing kesayangan kami sekeluarga, pun suka merenung keluar, geram agaknya tengok burung-burung terbang, kadang-kadang ada tupai, siput babi pun banyak juga, haish!

DSC_1551 DSC_1557 

 DSC_1576DSC_1581DSC_1567DSC_1666

DSC_1596DSC_1560

     

Ni pula untuk bilik tidur tetamu, ala-ala Inggeris gitu kan. Kain murah je ni.

DSC_1611DSC_1628 

DSC_1626DSC_1637

 

Hari Ahad terpaksa ke Nilai 3 lagi, alter langsir yang tebal tu, terpendek sikit. Hari pertama, sambil-sambil menunggu langsir siap dijahit, kami makan nasi briyani gam Batu Pahat, kat Nilai 3 ye, bukan kat Johor.

IMG_6766 IMG_6768

Hari Ahad tu pekena nasi Ambeng pula, complete menunya. Tapi sejak kena gastrik ni makan tak berapa lalu, tak abih pun, apapun ..Alhamdulillah, rezeki. Oh ye, terima kasih atas doa dan perkongsian dan nasihat di entry ni. Moga rakan-rakan semua diberi kesihatan yang baik juga.

IMG_6770

Sekian entry ala-ala deko bersama Eric, hehe.., dekolah sangat!..deko tak menjadi. Suka-suka je ye.

Selamat berhujung minggu, moga sentiasa gembira bersama keluarga, hiasi rumah dengan amalan yang baik-baik yang diredhai Allah SWT, jadikan ‘Rumahku Syurgaku’.

20 comments:

Kesuma Angsana said...

tetap cantik2 langsir tu, Kalau ke nili 3 mmg rambang mata, tp kena survey2 dulu lah juha takut terkena. Moga dikurniakan kesihatan yang baik yer Ummi!

inazamri said...

ceria warna kain langsir ummi tu.ina suka la yg bunga2 kecik tu..maklum ina minat gaya english.tingin gak nk berlgsir baru thn ni coz dah 3 thn lgsir yg sama je

khairul hassan said...

x reti bab2 langsir ni Ummi hhehe

izan mama mia said...

cantik langsir,..saya jadi rambang mata nak memilih kalau banyak sangat pilihan,..ehe

ibuintan said...

saya suka gabungan coklat n purple tu.. nampak xlusif


sy tabur garam kasar pada tempat yg ada siput babi... byk jumpa siput babi mati lepas tu

mamawana said...

Assalam,

Cantik2ler langsir tuuu. Xklusif gitu

Sweet N Pretty said...

Assalamualaikum ummi. Rumah baru langsir baru ya ummi. Tak pernah beli langsir kt nilai3. Cantik ummi good choice. Ok gak ya beli kain jahit on the spot:)

yan's cottage said...

salam ummi....

amboi...cantik2 langsir pilihan ummi yan pun selalu beli kat nilai 3 juga bukan apa jahitannya tu cepat siap he hee.....

Kakzakie said...

Wahhh.... cantiklah ummi. Kakak terpikat. Rumah kakak jarang tukar langsir. Dua-tiga tahun baru sekali kakak jahit. Rumah kakak pun kecik tak perlu banyak langsir macam Ummi ni..

ummiross said...

@ Kesuma Angsana ;

Betul tu KA, ummi biasa jual kain, tengok harga sesetengah kain memang agak mahal jugalah, kena tawar-menawar dulu.

ummiross said...

@inazamri;

Tq ina. Yelah ummi pun ada tengok kat blog ina, cantik deko ina ala-ala inggeris tu.

ummiross said...

@khairul hassan;

Takpe, isteri kesayangan mesti reti tu.

ummiross said...

@izan mama mia;

Yelah izan, bila banyak,memang rambang mata.

ummiross said...

@ ibuintan;

Tq ibuintan, hehe..ummi pilih ikut berkenan je, tak taulah matching ke tidak.

ummiross said...

@ mamawana;

Wassalam mamawana.

Terima kasih, cari yang bajet je tu.

ummiross said...

@ Sweet N Pretty;

Waalaikumussalam Intan.
Ummi pun baru 1st time beli kat sana, suka sebab cepat siap, Tq Intan.

ummiross said...

@yan's cottage;

Wassalam Yan..

betul Yan, cepat siap kan, ummi ni jenis tak sabar menunggu.

ummiross said...

@ Kakzakie;

Terima kasih Kakzakie. Ummi pun jarang tukar langsir, ada 2 set je pun ok,boleh ganti bila basuh.

NzA said...

amboi2 ummi deko2 ye ummi...cantik sgt langsir2 tu ummi...berseri2.

Aduyai lapar la ummi..dh berkeroncong perut nie tgk makanan tu.....

ummiross said...

@NzA;

Hehe langsir adhoc tu NzA, banyak betul sliding, kena beli cepat2, nanti nampak macam2 kat dalam rumah, hehe. Tq NzA.