Tuesday, January 8, 2013

DI CURI RUPANYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cerita Sabtu lepas. Suami hantar kereta anak untuk diservis di sebuah kedai. Memang sudah biasa dikedai ni. Plannya, nanti anak akan menyusul dengan kereta ayah dan kami akan keluar breakfast sama-sama.

Dah sampai dikedai, suami terus memberikan kunci kepada pekerja dan memberitahu apa yang patut. Ummiross pulak terpandang butik menjual jubah. Wow! ada offer, singgahlah jap.

Tak lama pun dibutik sebab takde pula yang berkenan dihati. Bila ummiross kembali ke bengkel kereta, suami dah takde kat situ. Ummiross telefon suami, ada nada bunyi tapi tak berjawab. Tup2 nampak suami keluar dari bank. Katanya telefon tertinggal kat rumah. Ummiross telefon anak, suruh bawa telefon ayah sekali bila keluar nanti.

Bila anak tiba, katanya tak jumpa cari telefon ayah. Hmm hati dah mula berdetik, entah-entah tertinggal dalam kereta. Suami pergi tanya tauke kedai, ada nampak telefon tak. Katanya takde. Oklah, balik rumah nanti cari lagilah, kat rumah kot. Hehe..dah tak ingat mana letak, macam tu lah kan.

Kami pergi makan. Selesai makan, kereta pun dah siap. Bila sampai rumah, kami pakat carilah telefon sebab suami nampaknya sangat yakin telefonnya tertinggal dirumah. Cari punya cari memang takde, abih tunggang langgang kerusi meja kot2 terjatuh dibawahnya. Anak dial, tapi dah takde nada dering. Cuba detect kat internet tapi tak boleh dikesan.

Suami & anak pergi semula kedai, tanya lagi. Banyak jugalah bersoal jawab. Nak desak sangat pun tak sedaplah kan, sebab MrHubby pun ‘hilang ingatan’ seketika, lupa kat mana telefon tu diletakkan. 

Masa ni, kami dah rasa frust sangat, memang sedih jugalah kan. Samsung galaxy note II yang anak2 hadiahkan untuk ayah baru2 ni. Tak puas lagi pakai. Hargapun boleh tahan juga. Suami pun tentulah kecewa sangat, sebab ianya hadiah dari anak2.

Balik rumah. Suami ambil wuduk, solat hajat dua rakaat. Begitulah Mrhubby, dalam gusar ada tenangnya. Usai solat hajat kami bergegas ke Hotel De Palma Ampang, ada taklimat untuk trip kami ke Eropah bulan Mei nanti. Sesampai disana, masuk waktu zohor. Kami solat di surau hotel. Sekali lagi suami solat hajat, memanjatkan doa pada yang Esa.

Hampir sejam taklimat berjalan, tiba2 telefon ummiross berdering. Tak sempat angkat. Ummiross keluar.Dial balik nombor yang tak familiar tu. Suara nyonya tergagap2….“Hello, hello, telefon anak you ke suami you tadi, sudah jumpa lah, anak saya angkat main2”. Isteri tuanpunya bengkel yang telefon rupanya. Allahuakbar, Alhamdulillah, rasa macam tak percaya pun ada. Dari segi logik akalnya, memang sukar untuk dapat balik telefon tu. Cuma jauh disudut hati kami masih mengharapkan doa kami dimakbulkan. Dengan rasa kebergantungan itulah sebenarnya kami masih menaruh sedikit harapan.

Anak2 pergi ambil. Bila sampai anak tanya mana jumpa, kata tauke dia ikut anaknya dan jumpa telefon tu. Balik rumah baru perasan simcard takde. Telefon lagi, tauke kata nanti dia tanya anak dia. Malam tauke tu telefon lagi, Simcard tak jumpa. Kalau dah simcard dikeluarkan, sah2lah kan yang ambik tu ada niat nak mencuri. Entah mana2 dicampaknya simcard tu. Terasa juga nak bagi penumbuk seketul dua kat anak remaja lelakinya tu, bukan penumbuk ummirosslah, tapi penumbuk suami, hehe..dush!!dush!!dush!!.

Malas nak panjang2 cerita. Kami tak buat report pun. Rasa kesian pula kat tauke tu dan juga isterinya. Dia sanggup pulangkan balik telefon walaupun terpaksa mengaku perbuatan anaknya. Kalau dia buat senyap memang kami tak akan tahupun. Dah tu..aku lupa..aku lupa!, hehe..teringat pulak kata2 peserta raja lawak ni, dah jumpa tu bolehlah pulak berlawak dengan suami.

Apapun kami rasa sangat2 bersyukur. Disaat-saat kami hilang punca, Allah perkenankan doa kami. Teringat pesan ustaz, kalau ada apa2 kesusahan jangan cari orang dulu, ‘cari’ Allah dulu.

46 comments:

Acik Erna said...

assalam ummi..kalau dah rezeki kan..lebih2 lagi hadiah anak2..Alhamdulillah
happy belated birthday buat ummiross

Syida said...

nasib baik dapat jumpa balik.mesti legaaaaaaaaaaaaaaaa rasanya.

inazamri said...

alhamdulillah.kalau dah rezeki itu ditetapkan utk kita..mmg akan kembali menjadi milik kita.kalau ina sure dah nangis2...galaxy note11 tu...

yan's cottage said...

salam kenal....
singgah follow sini....jom singgah blog yan pula...blog 1 masak2 blog 2 permata hati mama.

Unknown said...

alhamdulillah..rezeki... galaxy note tu..mau meraung kalau NR.. ilang nokia 3310 pun seminggu tak lalu makan huhuhu

ummiross said...

@ Acik Erna;

Wassalam Acik..

Yelah Acik kan, kalau dah rezeki, insyaAllah dapat balik. Anak sulung pun sampai bernazar nak puasa 1 hari kalau jumpa balik telefon tu pemberiannya dan adik tu. Semalam dah puasa dah, kami puasa sunat, dia puasa nazar.

Thank you acik for the wish.
Acik dah private blog Acik ke. Maaf ummi tak dapat masuk dan baca N3. Acik pula selalu singgah disini, terima kasih banyak2.

MumMe said...

kuasa Allah kan Ummiross...kuasanya untuk menghalang atau mendorongkan sesuatu...alhamdulillah dapat semula...

Kamsiah yusoff said...

geram pulak saya baca citer ni...nyusahkan org...

mila said...

alhamdulillah...rasa teruja dgn kebesaranNYA...masih rezeki akak dan dibukakan hati aunty tu utk kol akak...

Aziela said...

Terharuu saya baca Ummi. Telefon tu ada sentimental value yang tinggi.

Amie said...

Alhamdulillah.... cari Allah dulu ye Ummi...peringatan tu buat kami.

Kasih Salina said...

subhanallah..itu lah tanda kekuasaan Allah..jumpa juga akhirnya..

Unknown said...

Subhanallah...tabarokallah...kasih sayang allah pd kluarga ummiross..doa n tawakkal...alhamdulillah mak wan tumpang gembira n bersyukur

ummiross said...

@Syida;

Hehhe..memang legaaa Syida.

ummiross said...

@inazamri;

Betul tu Ina, masih ada rezeki lagilah tu. Hehe..kalau ummi pun nangis tak berlagulah.

ummiross said...

@yan's cottage;

Salam kenal juga Yan, terima kasih singgah blog ummi, ummi dah folo Yan juga.

ummiross said...

@Warna Warni Kehidupan;

Alhamdulillah.

Hehhe..menangis dalam hati kot, lelakilah katakan, hikhik!

ummiross said...

@MumMe;

Tepat sekali MumMe, suka ayat MumMe tu. Alhamdulillah.syukur sangat.

ummiross said...

@❤Kamsiah❤;

Yup memang geram gak Kam, cukup menyusahkan, terpaksa dapatkan simcard baru, 1-2 juga tak dapat call mana2.

ummiross said...

@Cik Cammy Lia;

Alhamdulillah, syukur sangat2 Allah bukakan pintu hatinya nak pulangkan balik telefon tu.

ummiross said...

@Aziela;

Yup betul tu Aziela,anak2 abih belajar dan baru bekerja, nak hadiahkan sesuatu untuk ayah sebagai ingatan, tup2 dicuri pulak.

ummiross said...

@Amie;

Alhamdulillah masih ada rezeki kami lagi untuk memiliki telefon tu.

Pengajaran untuk kami juga Amie.
Satu lagi pengajaran untuk kami, lain kali kena lebih berhati-hati.

ummiross said...

@Kasih Salina;

Yelah salina, memang terharu sangat bila telefon tu dipulangkan balik. Syukur dengan kurniaan Allah SWT.

ummiross said...

@Supiah Abu;

Ya tepat sekali Mak Wan, doa dan tawakkal sebab kami memang tak tau kat mana telefon tu. Memang masa tu hanya pada Allah sahaja kami berserah. Syukur Alhamdulillah.Terima kasih Mak Wan.

Salmi said...

Betul tu Ummi. Allahlah tempat pertama kita mengadu jika ada sebarang hal..

CeqGu said...

1st time singgah sini. Alhamdulillah masih rezki suami ummiros. Mujurler tauke tu baik hati kan.

NzA said...

Syukur Alhamdulillah.....kalau rezeki ut kita ianya ttp akan kembali..yg pastinya ia dr rezeki yg halal.....mmg nk kena penumbuk betul si bujang cina tu...
Suami nza pernah 3X kehilangan hp...semua xdpt dikesan...huhuhu...

Anonymous said...

kalau dah mmg rezeki kita dibeli dari duit or sumber yang halal in Shaa Allah akan jumpa. Apalgi dengan doa & usaha kan !

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

Alhamdulillah
Syukur

ummiross said...

@Nor Salmi;

Ye lah Mie,dia Maha Berkuasa atas segalanya.

ummiross said...

@ CeqGu;

Salam ukhwah cikgu.Terima kasih singgah blog ummi ye.
Alhamdulillah ada jodoh lagi telefon tu dengan kami, hihi.

ummiross said...

@NzA;

Betul tu, masih nak jadi rezeki lagi, Alhamdulillah.

Hihi..jom kita bagi penumbuk sama2 NzA.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Ye lah KA, syukur sangat dapat balik, masih ada rezeki nak bersama hp tu

ummiross said...

@atuk;

Waalaikumussalam Atuk.

Ye lah Atuk syukur sangat, Alhamdulillah.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah dpt jumpa balik...

ummiross said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief;

Alhamdulillah, syukur sangat Wanie.

Liza @ Adzriel AB said...

sebak hati ini membaca kisah ummi.. terasa nak menitis air mata.

Irfa said...

salam kenal dr blog kak liza@adzriel

mmg ralat kalau hilang tp kalau dah rezki kita mmg tak kemana ;)

Mimie said...

Salam kak...alhamdulillah masih ada rezeki suami akak utk guna hp tuh...memg jahat betul anak tokeh tuh tau...nsb baik mak ayah die pulak kan semula hp...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. telefon tu masih rezeki hubby ummi.. dapat pengajaran yg berguna di sini.. adukan saja segalanya pada Allah.. InsyaAllah, bantuanNYA akan datnag kepada kita.. masyaALLAH..

ummiross said...

@Liza Adzriel;

Hehe..kisah dan tauladan, epngajaran untuk diri sendiri juga, jangan mudah lupa, hik!

ummiross said...

@ Irfa;

Salam kenal juga Irfa..terima kasih singgah blog ummi.

Yelah Irfa, kalau dah rezeki tak kemana kan,Alhamdulillah.

ummiross said...

@Mimie;

Alhamdulillah ada rezeki lagi. Yelah masa suami tanya dia ada nampak tak telefon dalam kereta dia kata takde, dia yg mula2 ambil kunci kereta dari suami.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah Hanis, nasib baik dia pulangkan balik. Memang masa tu dah rasa macam tak dapat balik dah, tapi Allah maha kaya, dia yang mengatur segalanya.

Ina Hashim said...

takpelah kak...bersyukurlah Allah perkenankan doa suami dan jumpa hp tu...cuma mesti ralat sbb banyak no hp kenalan n saudara dalam simcard tu turut lenyap bersama simcard tu kan?

ummiross said...

@Ina Hasyim;

Alhamdulillah, syukur. Ye lah banyak contact hilang, apapun mujur sangat dapat balik.