بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Ada yang mencari jubah Jordan ke? Hehe..nampaknya keyword Jubah Jordan ni menyangkut kat blog ummiross. Mungkin gara-gara rancangan Safiyya TV9 baru-baru ni, ada slot yang menunjukkan kedai-kedai menjual jubah yang cantik-cantik kat Balad, Amman. Tak dinafikan memang cantik-cantik, tapi ummiross ni susah sikit nak cari saiz, sebab tu sebelum pergi dah siap beli jubah kat Malaysia, baru ngam2 saiznya.
Oklah, kita jalan2 kat Balad kejap ye. Balad ni kira tempat shopping dimana banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ummiross ni kira cuci2 mata je kat sini, beli cenderamata je sikit-sikit. Lebih kepada temankan rakan memilih dan membeli jubah untuk anak-anak perempuannya.
Olehkerana sibuk dengan aktiviti membeli( lebih banyaknya membelah, hehe..), tak terlintaslah pulak nak ambil gambar banyak-banyak. Jadi layan jelah 2-3 keping gambar dibawah ni, mana yang menyempat je. Janji nampaklah juga suasana kat Balad ni kan.
Taraa!!, oleh kerana tak ambil gambar kedai2 jubah tu, tayang jubah sendirilah kan, ahaks!!. Dalam duk temankan rakan membeli tu, tewas juga ummiross. Nah..beli juga sepasang. Labuh..balik kat hotel, pinjam benang dan jarum kawan, alter sendiri. Murah je ni, ummiross pun tak ingat berapa tapi dalam RM50-RM60 je. Kain best sangat, kain cotton lembut dan sejuk. Memang susah nak cari jubah kain cotton kan, sebab tu beli juga walaupun saiz tak berapa nak ngam. Boleh bisnes jubah Jordanlah pulak ni, ada rakan2 blogger dari Jordan nak joint venture, hehhehe..
Last but not least, cerita pasal makan-makan lah pulakkan. Makan2 kat Jordan ni memang ‘thumbs up’ lah, semua sedap2. Tabiklah ustaz sebab bawa kami makan tempat yang memang best.
Ni masa kami pulang dari lawatan ke Laut Mati, singgah breakfast kat satu perkampungan kecil, Karamah, dah dekat dengan sempadan Israel ni.
Kat depan kedai ni, ada jual Falafel, panas2, fresh from the kuali.
Nilah Falafel. rangup diluar, moist didalam.
Ni pulak hummus, yang ni special sebab ada daging sekali. Kat tengah tu ada minyak zaitun. Makan dengan roti Arab, olala!!!. Ummiross rasa hummus kat Karamah ni memang the best rasanya, kami ada juga makan kat hotel, tapi tak sesedap yang ni, yang kat hotel tu rasa lebih masam. Sampai sekarang masih teringat kesedapannya hummus di Karamah.
Panggil apa ni? roti Arab ke, tak kisahlah, janji sodap makan dengan hummus dan falafel tadi, besar gak ni, makan sorang2 memang tak abih.
Gambar-gambar kat bawah ni, jalan-jalan cari makan kami sepanjang di Jordan, yang sempat snap je lah kan. Layan…
Hotel penginapan kami. Yang best sebab dekat dengan masjid, kat belakang hotel ni je. Sempatlah juga Mrhubby berjemaah dimasjid jika kami berada dihotel. Sebelah hotel ni pulak ada kedai yang jual pelbagai kuih-muih/manisan seperti baklava dll. Kena beli dalam kilo, tapi agaknya tauke kedai ni kesian tengok kami suami isteri terkebil-kebil nak membeli, dia bagi je pilih mana2 yang kami nak, dapatlah rasa kuih2 tradisional dia orang ni, sedap2 especially yang dibuat dari kekacang dan susu kambing, tapi mak aiii!, manis lah, kalau kurang manis, mau ummiross beli berkilo-kilo, hehe..
Bye-bye Jordan. Ma’asalamah, ilalliqa’.
PAKEJ UMRAH ZIARAH JORDAN DAN SAMBUT RAMADHAN BERSAMA MR TRAVEL.
Nota kaki;
Hummus (Arabic: حُمُّص) is a Middle Eastern and Arabic food dip or spread made from cooked, mashed chickpeas blended with tahini, olive oil, lemon juice, salt and garlic. Today, it is popular throughout the Middle East, Turkey, North Africa, Morocco, and in Middle Eastern cuisine around the globe.
Falafel is a deep fried ball or patty made from ground chickpeas, fava beans, or both. Falafel is a traditional Arab food, usually served in a pita, which acts as a pocket, or wrapped in a flatbread known as lafa. The falafel balls are topped with salads, pickled vegetables, hot sauce, and drizzled with tahini-based sauces. Falafel balls may also be eaten alone as a snack or served as part of a meze.
37 comments:
Assalamualaikum Ummi sayangggg...
bestnya dapat jalan2 .... teringin nak rasa falafel & lain2 hidangan tu... nampak sedaplah Ummi!
salam ummi..saya ada tgk juga Saffiya tv9 tu..cantik jer jubahnya..geram tgk..murah juga rasanya..
seronoknya.... saya ni mimpi la kot boleh sampai sane... hehehe
jalan2 cari makan...
terbaik ummiross...
assalam ummiross..bestnya dapat sampai sana..alhamdulillah..acik dapat tumpang baca tengok gambar pun dah seronok
perang kat syria tu x melarat smpi jordan ke makk? uhHUu
ummi...jubah dari jorden nie...cantik2 kawan yan belajar kat sana...bila balik sini...mesti bawa jubah dari sana...buat jual di sini...
bestnye ummi dh smpi sana...teringin tp lum ada rezeki lg...doa2 kan lah ye...semoga tercapai hasrat hati...
wahh jalan2 sampai ke jordan ye kak...bestnya.
geram tgk jubah2 tu...walaupun saya ni amat jarang sesangat pakai jubah...dek kerana tak cukup inci hehe
seronoknyerr tgk ummi...bila la wani vleh sampai sana
ish ish jadi lapor tgk gambo makanan yg yummy. nak ke sana jauh sgt, tunggu ummi masakkan boleh kot hehe.
@Amie;
Waalaikumussalam Amie cayang..
Amie..carilah resepi, nanti Amie cuba buat dan kongsilah resepi ye. Kalau Amie yang buat mesti menjadi..insyaAllah.
@kasih Salina;
Wassalam Salina..
Cantik2 kan, memang betul harga memang berpatutan sangat.
@NM02;
NMO2..insyaAllah satu hari nanti moga dapat ke sana.
@MumMe;
Hehe..MumMe, nasib baik selera ni boleh je masuk, makanan Arab pun boleh je.
MumMe..macamana jalan2 cari ilmu kita tu?
@ Acik Erna;
Wassalam Acik..
Yelah Acik, Alhamdulillah. Tengok gambar dulu Acik, insyaAllah sampai masa nanti, Acik pula dapat pergi.
@Wak Gelas™;
Hehe..takde pula masa tu Wak.
@yan's cottage;
Yelah Yan, memang cantik2, yang glamer, bling2 semua ada, ummi ni suka yang simple je. Tapi masalah juga, siaz tak berapa ngam, ummi ni tak cukup tinggi, hehe..
@ Jemarisuri;
InsyaAllah JS, bila ada impian, insyaAllah cepat jadi kenyataan.
@CeqGu;
Ye CeqGu , anak2 dah besar ni senang sikit nak berjalan.
@❤Kamsiah❤;
Hehe..Kam, samalah kita, tak cukup inci, nasib baik cukup kaki kan, hikhik!!
@Wanieys a.k.a IbuQalief;
InsyaAllah, sama2 berdoa Wanie, insyaAllah dapat sampai.
@ Sweet N Pretty;
Hehhe..boleh2 Intan, jom singgah Bangi.
meriah makanannya.... bestnya ummie
bekas anak murid sy yg belajar di Jordan pun dah mula jual online jubah2 dari sana... cantik2 tp saiznya nampak mcm terlebih sikit
jauh betul jalannyer tu kak!
abg long nza dulu study kt jorden....setiap kali cuti mesti bwk blk jubah...mmg ngam2lh dgn ketinggian nza..maklumlah saiz ketinggian nza sama saiz dgn depa kot...hehehe.....
tingin juga ummi nk jejak kaki kesana
Ummi Aina beli jubah dari negara Arablah juga harga Rm150-170. Kat tesco Kajang banyak nampak jubah ala2 cam gitu tapi rasanya made in Malaysia coz kualiti kain dia lain. Pttern pun hampir sama tapi kalau diteliti betul2 akan nampak kelainannya.
@ibuintan;
Hehe..bab makan2 memang selalu meriah kan ibuintan..
@Kesuma Angsana;
Alhamdulillah KA..jauh berjalan luas pemandangan.
@NzA;
Bestnya NzA..NzA memang saiz international, mesti padan dengan jubah2 tu.
@ Wanieys a.k.a IbuQalief;
InsyaAllah Wanie, satu hari nanti.
@JunAina;
Jubah Arab ni cantik2 kan Jun, kalau kat sana, memang puas hati memilih.
mohon share :)
@Nurin Irsalina;
Boleh, silakan.
assalam..
mcm mane ye kalau nk dapatkan jubah2 dr sana bole sesiapa dapatkan contact number or fb student yg menjual disana?tq
Post a Comment