بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
SALAM MAULIDUR RASUL…
Firman Allah yang bermaksud;
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad)’: "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:128-129).
Jika sayangkan Baginda, taatlah kepada perintah Allah, kerjakanlah amal kebaikan, jauhi kemungkaran,hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
@Masjid Nabawi 2012.
Akan sentiasa merindui…
ps: Malam ni ummiross n family balik kampung. InsyaAllah jumpa lagi Isnin depan ye.
Sama-sama kita hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.
27 comments:
In Shaa Allah kak.
Hati2 di jalan raya dan slamat blk kg ummi....
salam ummi..bestnya balik kampung..salam mailidur rasul dan selamat bercuti buat ummi..
insyaallah ummi..
selamat bercuti...
semoga selamat perjalanan ummi ros balik kampung
selamat balik kg Ummie... moga selamat dlm perjalanan
sama2lah kita menghidupkan sunnahNy
assalammualaikum ummi
semuga selamat pergi dan selamat kembali
salam mailidur rasul
jumpa lagi ummiross
Safe journey,ummiross...selamat bercuti2...
dimana kampungnya?apapun semoga selamat dalam perjalanan ya ummi..
selamat bercuti..bestnye dapat balik kg =)
Assalamualaikum Ummiroos
moga perjalan pergi dan balik berjalan lancar
Salam Maulidur Rasul
Salam Maulidur Rasul Ummi sayanggg... selawat dan salam ke atas junjungan besar kita! Selamat balik kampung dan selamat kembali ke Bangi, hati-hati di jalan raya.
Salam Maulidur Rasul Ummi. Selamat bercuti..
happy holiday ummi. dan salam maulidur rasul juga. semoga ingatan kita kepada kekasih Allah tidak pernah padam. insyaAllah
damaainya
selamat bercuti ummi..best kan dpt blk kg..tc tau
Allahumma solli ala saiyidina muhammad
bila tgk gmbr ni ummiross, sy teringat kenangan masa gi umrah bulan 5 tahun lepas. sayu je rsa.
Kalau boleh dijejaki selalu pasti kita kan masuk Raudhah setiap waktu kan. RIndu menggamit selalu utk ke situ.
Allahumma solli'ala Muhammad..
sama2lah kita ye
semoga selamat perjalanan pergi dan balik ya... selamat bercuti... :D
nak pegi sanaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Moga selamat dlm perjalanan.
Madinah,insha Allah akan ke sana..aamiin:)
singgah rabu jenguk ummi :-)
salam ummi..
selawat dan salam kepad junjungan besar Nabi Muhammad saw.. saat ini terasa rindunya pada bumi madinah..
Terima kasih semua atas komen2 dan doa, luv u all, mmuah!!
Post a Comment