بسم الله الرحمن الرحيم
(Makluman: Ummiross bercuti 2-3 hari, ke Kuching pagi ini. Sila email atau sms untuk sebarang pertanyaan dan pesanan Batik Sarawak di Salamborneo.)
----------------------------------------------------------------------------------------
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Ummiross mula mengenali pengacara Juara Resepi Seri Kulai, Sakinah, ketika beliau menelefon untuk memaklumkan blog ummiross terpilih untuk Segmen Blog Pilihan dalam rancangan Apa kata Wanita, TV1. Kemudian bila ummiross pulang ke Semenanjung, beliau berkunjung ke rumah untuk menyerahkan CD dan berkenal-kenalan dengan lebih dekat.
Ini kunjungan kali kedua Sakinah ketika bulan Syawal baru ni, datang beraya. Baik orangnya, dah mesra macam anak-beranak. Gambar blur2 skit, instagram, hehe..ummiross yang selalu malu-malu kucing..
Cantik kulit Sakinah ni, halus mulus tanpa jerawat. Sembang punya sembang, sempat jugalah beliau memperkenalkan produk penjagaan kulit Dr Nabisar, formulasi eksklusif saintis Malaysia, Dr Nabisar Mustan, PhD Cambridge University, UK.
Ianya menggabungkan kebaikan bahan botani dan sains terkini, tanpa hidrokinon dan lain-lain bahan terlarang. Produk ini dipasarkan oleh Zamzarina, pengacara AKW TV1 dan Sakinah adalah salah seorang pengedarnya. Jadi kalau produk yang bagus macam ni, tak salah rasanya ummiross tolong promote, mungkin jadi info yang berguna bagi yang memerlukan, apatah lagi bagi yang mempunyai kulit bermasalah seperti berjerawat dan berjeragat.
Set Permulaan, khas untuk kulit berjeragat, juga sesuai untuk semua jenis kulit.(RM39.90)
Set Percubaan Jerawat, membersih dan membuang kotoran dengan lembut dan mencerahkan kulit.(RM39.90)
Terdapat juga Pencuci muka(RM49.90), serum anti penuaan(RM79.90), skrub(RM49.90), toner(RM49.90), krim pelembap(RM69.90), sunblock(59.90), lightening essence/esen pencerah(RM79.90), eye cream(RM69.90) dan krim rawatan jerawat(RM49.90) dalam saiz besar.
Esen Pencerah: Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama yang berjeragat
*Ekstrak vitamin C dan berbagai tumbuhan terpilih untuk mencerahkan kulit secara berkesan.
*Membantu menghilangkan tompokan hitam dan jeragat pada kulit.
*Bahan aktif untuk melindungi dan mengekalkan keremajaan kulit dan naik seri wajah.
*Mengekalkan kelembapan kulit
*Menegangkan kulit wajah
Krim Rawatan Jerawat: Untuk kulit berjerawat
*Meggunakan ramuan semulajadi yang amat mujarab didalam mengatasi masalah jerawat
*Mencegah keradangan dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
*Membantu menghilangkan parut jerawat.
Serum Rejuvenasi: Kulit matang dan lesu
*Kandungan aktif tumbuhan memperbaharui kolagen dan elastin kulit anda
*Membina kolagen dan kekenyalan kulit untuk tampil lebih muda
*Menambah dan mengekalkan kelembapan kulit muka
Pencuci Muka: Semua jenis kulit, khas untuk kulit berjeragat
*Membersih dan membuang kotoran dengan lembut
*Membuang mekap dilapisan epidermis
*Menjaga lapisan pelindung kulit
*Membekalkan kulit dengan nutrisi seperti vitamin dan antioksidan
*Melembutkan kulit anda
*Menjadikan kulit anda cerah
Kulit anda berhak mendapat yang terbaik. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi ummiross dan ummiross akan panjangkan order anda kepada rakan ummiross ni, Sakinah.
ummiross@gmail.com ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960
31 comments:
kadang tak tau nak pilih yg mana skin care ni...berlambak2,mcm2 brand...
yg ni berapa harganya?
@Kamsiah;
Ye lah kan Kamsiah, takut tersilap pilih, rosak pulak kulit. Yang ni set percubaan RM39.90 je, ok gak harga dia kan.
ada jaminan ke ummi produk ni? means kalu beli n kulit jd rosak ke etc.
sy tgh mencari cari produk yg sesuai utk ilangkan lebam bwh mata...skang nih guna safi jer
asssalam ummiross..betul2 baik ye untuk jeragat..kalau 39.90 untuk trial tu kira mampu milik jugak tu..acik guna safi je selama ni..tapi jeragat tak mau hilang la..
oklah harga pown not bad
tak pnah dengar la..
edy tak pkai pape dh.hehe pkai sabun beras je
Wah! Ummi memang bestlah... sporting gitu, kita kalau bab jaga kulit ni memang suka sangat Ummi, terutama yang betul2 berkesan, la ni baru cuba loreal puak masuk 1/2 bulan...
lama x ronda2...cantiknya penampilan baru blog ummiross...selamat bercuti2 ummi...
kulit saya mmg bermasalah..banyak produk cuba xbg kesan yg baik,last2 pakai safi je.xde la licin kulit tp xmkin teruk.penah dengar pasal produk ni,tp xpnh le try.
First time saya dgr ttg produk ni, Ummiross.. Ummi pun guna ye.. nanti bolehlah kongsikan kesannya di sini.. Kalau ok bolehlah cuba..
muke ku suci dan murni.. hehe..=P
@KhaiRin : anies;
Anies,insyaAllah takde side effect Anies, memang dirumus untuk oleh Doktor Nabisar dan bukan seperti produk biasa yang melibatkan pengelupasan.
@PinkUmmi;
Boleh juga kalau nak cuba krim mata sahaja PU, kalau rasa sesuai boleh teruskan dengan set yang lain.
@Acik Erna;
wassalam acik Erna..
Acik, ummi difahamkan memang baik untuk merawat jeragat tapi kesannya tidaklah secepat produk yang mengelupaskan kulit, produk ni bertindak lembut dan baik untuk kesihatan kulit.
@Kesuma Angsana;
Ye lah KA, harga sangat berpatutan, kalau nak cuba pun taklah rasa sayang sangat kan.
@Edy Fee;
Yelah edy, produk baru ni, insyaAllah satu hari nanti meletop!, hehe..
Muka dah ok, pakai sabun beras ke sabun apa, kulit maintain bagus ye Edy.
@Amie;
Hehe..syekali-syekala Amie, main posing2.
Ummi pun suka jaga kulit, biar nampak bersih walau dah berumur.
@MumMe;
Yelah MumMe, MumMe ronda2 kemana lately ni hehe..
Hehe tukar wajah MumMe, anak2 yang tolong.
Baru balik ni MumMe, letih2 lagi badan ni, banyak sangat berjalan.
@Aishah Jahirah;
Kulit remaja,memang biasa ada problem sikit, jerawat sikit2 tu biasalah.Ok, satu hari nanti kalau nak cuba yang ni boleh le juga, mana tau sesuai kan.
@Nor Salmi;
Produk ni agak baru lagi Salmi, mungkin ramai yang tak berapa tahu.InsyaAllah kalau ummi dah cuba, ummi bagitau hasilnya.
@L;
Waa..bagus tu L, selalunya remaja ada gak masalah kulit.
saya pakai yang murah jer ummi... hehehe
wah... 'apa kata wanita' tu... tahniah kerana terpilih...
terima kasih ummi syer info. mmg tgh cari utk jeragat ni hehe...akan KIV. ummi dh test ke?
@dwaty;
dwaty, yang ni pun murah je, tapi ummi pun belum cuba lagi, nak cuba juga nanti insyaAllah.
Hehe..tu lah rezeki ummi tu agaknya.
@ Sweet N Pretty;
Sama2 Intan..
Ummi ni kulit takde masalah sangat, pakai yang basic2 je. Tapi yang brand ni belum cuba lagi, insyaAllah nak cuba juga.
Salam..... sebenarnya produk ini dah lama di pasaran cuma promosinya agak kurang. Jadi nak beli atau dptkannya sukar sikit. Skrg dah mula dipromosikan.
Wassalam..
yup betul tu, insyaAllah dengan promosi yang berterusan akan mendapat sambutan dan menguasai pasaran.
salam, tengah ronda2 ternampak entri pasal produk ni. Yep. produk ni memang berkesan & paling penting memang tak mengandungi bahan kimia yg tinggi. saya lebih prefer pakai produk yg pengasasnya doktor berbanding produk yg pengasasnya orng biasa. saya dah cuba gel mata set pencerahan dr.nabisar ni, memang hitam bawah mata bekurangan. selalunya yg saya belajar produk yg hasil dia boleh nampak dalam masa 1 minggu, adalah produk yg mengandungi kimia yg sangat tinggi & bahaya. tak lama lagi dr.nabisar akmelancarkan set parut & pigmentasinya sendiri. kawan saya pun pakai set pencerahan dia, & kulit dia memang licin. kalau nak tahu hasilnya kenalah cuba sendiri kan :)
Waa shuQi..bestnya dah cuba dan memang berkesan pulak tu. Yup betul tu, sayangi wajah kita kan, jangan guna produk sebarangan. Produk Dr Nabisar ni memang dihasilkan berdasarkan kajian yang teliti, selamat dan berkesan.
Boleh layari website Dr Nabisar Natural di http://drnabisar.com/
atau facebook Dr Nabisar di https://www.facebook.com/Dr.Nabisar
untuk maklumat berkaitan produk dan senarai harga.
Post a Comment