بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Ni cerita minggu lepas, minggu yang sarat. Penat tapi tetap menyeronokkan.
Hari Ahad, anak-anak ajak jalan-jalan cari makan. Hehe..punyalah jauh jalan-jalan sampai Melaka. Santai-santai anak beranak, river cruise dulu. Lepas tu aktiviti soping2lah pulak kat Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
Masjid Al-Azim, Melaka. Singgah solat di sini. Masjid yang unik senibinanya,cantik dan sangat bersih. Tandas bersih, tempat wuduk bersih, tabik spring!, hehe... Memang cantik-cantik masjid kat Semenanjung ni.
On the way balik, singgah sini, jangan tak singgah, menikmati ikan bakar, di Umbai, Melaka. Simple je, tapi ikan fresh memang best. Punyalah mengadap makan, lupa pulak nak ambil gambar yang lain2.
Hari Isnin, ummiross dan MrHubby naik belon, terbang ke Bumi Kenyalang. Menginap di Merdeka Palace, Kuching, yang klasik dan cantik. Suami ada seminar di sana, ummiross tumpang dua kaki..
Kek lapis kukus yang belang hijau merah tu, pemberian adik angkat, home made, sedap. Terima kasih adik2 semua. Malam tu kami keluar makan di Kubah Ria, belanja adik2 yang banyak membantu bisnes Batik Sarawak. Yang satu lagi, kek lapis cadbury, memang nyaman gilak kata orang Sarawak, nampak tak coklat cadbury sebijik2 tu, pergh!!!, memang sodap!
Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bermastautin. Keesokan harinya gang jeng2 masjid, ajak breakfast. Lepas mengaji, dia orang jemput ummiross kat hotel, ke Kopi O Corner, ni kegemaran ummiross dan rakan ummiross Lily, yang juga telah bertukar ke Semenanjung, roti mayonnaisse daging. Dulu2 masa di sana, lepas mengaji, nilah aktiviti kami, cari port yang best2 untuk breakfast. Terima kasih Wa dan Sal, belanja makan, panjang umur kita jumpa lagi ye. Sayangnya Kak Ton tak dapat join.
Unik. Sempat snap gambar telur asin/masin ni. Beginilah telur masin di Sarawak di masak, sukar nak cari yang rebus macam kat Semenanjung. Makan dengan nasi memang berselera ni.
p/s: Ummiross masih dalam proses mengambil gambar kain2 stok terbaru, ada kain pasang terbaru yang cantik amat!. Nanti masa terluang ummiross ziarah rakan2 ye.
26 comments:
wah sakan ummi meronda satu famili ya hehe. paling best sampai ke kuching. melepas rindu ya ummi...
salam
wahhhh...kek lapis tu benar2 mengiurkan...
ya..pertama kali tgk telur asin dimasak mcm tu...disemenanjung rebus ja...
umbai tu kg sy..knape xsggh??
@Sweet N Pretty;
Hehe,,Intan, dulukan ummi dan anak2 berjauhan, banyak masa remaja mereka tanpa ummi dan suami disisi. Jadi bila dah kembali bekumpul ni,cubalah juga mengisi masa dengan aktiviti sekeluarga. Ye lah Intan, seronok dapat menjejak kenangan di Kuching.
@Kamsiah Yusoff;
Wassalam Kamsiah..
Memang best kek tu, kalau ke Sarawak jangan lupa cari kek lapis tu, tapi kena pilih tempat juga, lain tuan , lain rasanya.
Yelah, ummi masa mula2 pergi dulu pun,1st time tengok, rasa macam peilik juga kan, tapi best jugalah makan dengan nasi, penambah selera
@KhaiRin : anies;
Laa ye ke, ada kat kampung ke hari Ahad tu Anies? Seronoklah orang umbai, dapat makan ikan fresh sokmo..
Assalamualaikum Ummi..
River cruise, Dataran pahlawan, ikan bakar umbai, mesjid al-azim Dan terbang ke bumi kenyalang menjejak tempat bermain. Menginap di hotel mewah, menikmati kek lapis yang sedap, bersarapan bersama kawan2...alangkah indah sebuah kehidupan yang Allah pinjamkan. Alhamdulillah.
Maaf ummi, lambat kemari. hujung minggu kakya bertukar menjadi hari2 sedih..
wah akak sakan ronda ronda nampak..sgt jeles org kat sini tau...
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam Kakya, Alhamdulillah, betul tu, teringat Surah Ar Rahman, ayat 31;"Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan". Kita pun dah di penghujung usia,bersyukur dengan nikmat dunia, tapi yang abadinya di sana nanti,harap diberi kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadat juga.
Kakya..harap Kakya dah ok sekarang. Memang terkedu baca n3 Kakya pasal besan Kakya yang telah kembali ke rahmatullah tu.Moga rohnya dicucuri rahmat, Al fatihah.
@PinkUmmi;
PU jangan jeles, jom2 makan kek lapis dengan ummi, hehe..
semua makanan tu buat KA lapar ptg2 ni!
Bestnya dapat jalan-jalan ngan family.. Tgk makanan tu lagi best.. hehe
@Kesuma Angsana;
hehe..KA,jom ke Bangi boleh rasa kek lapis.
alamakkk.... kami ni peminat ikan bakar... kalau tengok mesti nanti kami nak test makan di sana...
salam ummiross..sedapnya ikan bakaq mumbai n kek lapis tu..rindu dgn kek lapis mak mertua..hubby sy org kuching..
ikan bakar fresh mmg terbaik....eh telur masin tu digoreng ke....hee selalu makan yg rebus je.:)
salam kenal. singgah terus follow. jom tukar link, citer dan pendapat. kalu tak keberatan, moh singgah umh saya plakss... hehehe
Salam ziarah
Waduh ashik gi sana..gi sinun..bestnya dpt gi jejalan sambil makan-makan.
Tak pernah pulak tgk telur asin di goreng..nanti nak cuba buat
amboi ummi, dtg Melaka xcalling2 nza...dh dekat tu.....mestikan seronok outing dgn org2 trsyg...
Wah ikut cik abe p seminar ye...weekend ni pn cik abe ajak nza n anak2 brseminar smbil brcuti ttp malangnya nza blm habis kursus...nza pn suka telor masin goreng sejak pekena masa g Sarawak dulu....sedap.
@Kazman / Sue;
Kaz/Sue..pegi jangan tak pegi, memang best ni, banyak pilihan.
@ Kasih Salina;
Wassalam kasih Salina..
Kek lapis mertua Salina tu, mesti best kan, air tangan orang lama memang awesome!
@Aishah Jahirah;
Hehe betul tu. Nanti cuba gorenglah pulak telur masin Aishah, boleh rasa macamana, tapi kuali kena tutup, meletop!!hik!
@ NM02;
Salam kenal juga NM02..
Boleh2, nanti ummi singgah blog NM02 pulak ye
@ kak ina kl;
hehehe Kak ina, jalan2 dengan kak ina pun best juga, nanti kita ronda2 lagi ye.
Ye lah kak ina, memang boleh cuba tu, tapi kena hati2 gak, takut minyak terpercik ke muka,
@NzA;
Ooh dah dekat ye NzA, tak tau pulak ummi. InsyaAllah lain kali pulak ye, jika ada rezeki dapatlah kita bersua muka.
Kursus lagi NzA, frust gak kan tak dapat ikut. NzA pun pernah makan telur tu ye, nanti kalau teringin boleh cuba goreng sendiri NzA, hehe..
@Noe Salmi;
Mi..sorry, check kat spam, ternampak komen Mi, baru release ni, xtau macamana dia boleh masuk kat spam tu. Sorrylah baru sedar komen Mi ni. Terima kasih Mi, seronok ada penat pun ada Mi, hehe..
Post a Comment