بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam rindu-rinduan,salam kasih sayang..
Lama juga rasanya ummiross tidak bersiaran. Bercutilah sangat kononnya. Sehari selepas balik dari jelajah Pantai Timur hari tu ummiross ke Kota Kinabalu, Sabah pula. Ummiross pergi hari Sabtu dan balik hari Isnin malam,4hb.Jun. Seperti biasa suami ummiross ada lawatan kerja, kali ni di Sabah, ummiross pun sibuklah nak jadi ekor keretapi, tapi tambang ummiross suami yang tanggung tau, bukan duit gomen!,hik!
Ummiross jalan-jalan sekitar KK sahaja, tak pergi pun panjat Gunung Kinabalu. Dulu dah pernah pergi. Ummiross ni kurang adventure sikit, gayat! Pengalaman kecut perut ummiross ketika naik jambatan gantung atas kanopi pokok yang tinggi melayut tu, mulanya memang tak nak naik, tapi bila semua dah naik, takkan nak tinggal sorang2 kat bawah. Bila atas jambatan gantung tu, rasa nak merangkak pun ada, gayat wei!, berayun2 pulak tu,bila tengok ke bawah, nampak pula cenuram yang dalam, aduyai..nak menangis pun ada!
So hari ni kita layan gambar-gambar santai yang dirakam oleh jiwa yang tak berapa nak adventure ni..
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Kebetulan ketika kami tiba, azan zohor berkumandang, sempat juga solat di masjid terapung yang cantik ni.
Taman Rekreasi Air Masjid-pertama di Malaysia, tahniah AJK masjid!
Sekitar Menara Tun Mustafa dan Teluk Likas
Cantiknya view dibelakang Menara Tun Mustafa ni..
Karambunai
Merenung senja dan Menatap ‘tiga’ matahari di Karambunai Lagoon
Catur gergasi, berat ke dik?. Seronok menjadi kanak-kanak, bila dewasa percaturan hidup pasti lagi berat!
Pantai Tanjung Aru
Tamu Gaya Street
Macam-macam ada..kalau dah penat berjalan boleh hulur kaki untuk urut dan refleksology, selalunya orang buta ni pandai mengurut kan...
Bukit Bendera
KK pun ada bukit bendera juga tau..pemandangan dari atas, saujana mata memandang, merentas lautan.
Pasar Filipina Dan Pasar Malam
Mutiara..bukan pujaan hati ummiross, selamat ‘kepingan kertas’ dalam poket!
Olala!!!, ini juga yang di cari, beli dan makan kat hotel, tak sampai hati nak makan kat situ, so crowded!
Penginapan
Novotel Kota Kinabalu 1Borneo, berjiran dengan 1Borneo Hypermall, penginapan malam kedua kami. Sangat selesa. Bilik air yang seksi, cermin transparent, hehe..don’t worry, jangan lupa tarik roller blinds kat cermin tu!. Malam pertama kami menginap di Imperial Boutique Hotel, berdekatan Pasar Filipina. Terserempak dengan bekas penyanyi kumpulan Raihan, Nazrey Johani di hotel ni, sempat beliau bagi salam kat kami, manis senyumannya, menambahkan lagi manisnya percutian kami di Sabah, Negeri Dibawah Bayu.
30 comments:
salam ummiross.pekabar.lama ina tak singgah sini.cantik2 gmbr di sabah tu.Last ke Sabah dulu thn 2007..mmg lama sgt la tak ke sana.tengok udang ikan sotong bakar tu betul2 menggoda
@Inazamri;
Wassalam ina..
Ye lah ina, lama kita tak saling ziarah-menziarahi, kadang2 ummiross hilang jejak. Hehe..peminat seafood juga ye ina, sedap tu, masih fresh!!
Assalamualaikum Ummiross
saya baru sekali sampai kat KK..itupun tak banyak melawat...
cantiknye bilik hotel tu..
sronoknye akak dpt p jenjln..lama dh x pg sana..semua yg akak senaraikan sy dh pg kecuali bukit bendera tu je blom....nice pic :)
Tu siput ke..replika je?
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Ummi pun dah lama dulu pergi KK, banyak yang dah berubah..
@Yumida;
Sekali-sekala cuti sakan Yumida. Hotel ok, selesa dan cantik, nak makan dan shopping pun senang,shopping mall sebelah je.
Berjiran dengan Sarawak je kan, drive pun boleh kan..
CiM dh naik kinabalu, tp tk mndaki pown, naik van je.
ke Karambunai 10thn dulu...honeymoon.
Salam Ummi,
patut sunyi sepi...bercuti rupanya.
Ho ho selamat duit, kalau minat hiasan mutiara, memang mengalir duit kat Pasar Filipina tuh!
@KhaiRin;Anies;
Anies, siput betul tu,ada macam jenis, kat entah kat pantai mana dia orang kutip, besar2 dan cantik sangat!
@Cinta Misteri;
Takpe CiM, janji naik jugak kan, tak payah penat2, dah sampai,hehe..
CiM, waa bestnya honeymoon kat Karambunai, cantikkan kat situ.
@MOH KEMBARA;
Wassalam kak..
Hehe..cuti2 Malaysia kak, tak sempat nak tulis kat blog. Balik je terus terjah blog akak, rindu nak baca n3. Dah 'qadha' baca semua dah, hikhik!!.
hehe betul kak, kalau peminat mutiara memang rambang mata..
wow best la
paling x boleh tahan gambar makanan tu ummiross...terus lapar jdnya...bestnye KK Ummi...bila lah nak sampai ni...
wahh,,bestnya ummi..cuti sakan ya...
Menrik dan tertarik tengok mutiara tu...kalau pergi, mahunya kempis poket...hehehe..
@khairul;
Alhamdulillah, percutian yang menyenangkan.
@MumMe;
KK memang terkenal dengan seafoodnya, memang segar bugar dan sedapnya udang, ketam dan sotong tu MumMe, masih teringat2 lagi..hehe
@MulutPayau;
Sekali sekala cuti sakan Mp..
Kalau peminat mutiara memang rambang mata tu Mp, kacak bah!!
ummi best je dpt terjah byk tmpt...js aritu tak smpt ke mana2 dpt pusing KK je..huhu...
salam kenal.. info yg bagus n dah follow u
rindunya kt ummi...1 minggu menyepi dh xthn menanggung rindu....
tup2 rupanya ummi terbang ke Sabah....seronoknya!!!!mesti ummi borong gelang + rantai kristal tu....
@jemarisuri;
Ada kawan yang bawa jalan2 tu js, tu banyak dapat terjah, kalau pergi sendiri, ummi pun tak tau nak ke mana..
@Kesuma Angsana;
Salam kenal juga Kesuma Angsana, terima kasih sudi singgah di blog ummi, nanti ummi ziarah kembali ye,insyaAllah.
@NzA;
NzA..betul lah NzA, bila NzA menyepi diri, rasa macam kehilangan sesuatu, rindu jugak kat NzA, cepat2lah berblog kembali ye.
Hehe..beli sikit2 je NzA, ummi tak berapa minat dengan mutiara, beli untuk souvenir je..
KK mmg best, pernah sampai dulu tapi kena pegi lg sbb tk sempat ke Gunung Kinabalu. klu yg suka mutiara mmg rambang mata kan ummi:) intan suka tgk je tp tk minat pakai.
@Sweet N Pretty;
Intan..lama tak nampak jejak, bz ye?
Ye lah Intan boleh pergi lagi, bersantai dengan view yang indah. Samalah kita Intan, ummi pun tak suka sangat dengan mutiara.
Assalamualaikum Ross..
Puas lah Berjalan yer.
Ros, akk nak copy picture senja dikarambunai tu eh!
Cantik sungguh, nak tambah koleksi my sunset album.boleh? Lalallal :)
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam Kakya..
Hehe sekali-sekala kak.Ok kak, copy je no problem, sama2 kita merenung senja, hik!!
Salam....info yang menarik. Saya ke Sabah hujung tahun lepas, memang best kat sana. Saya nak minta kebenaran guna gambar Masjid Terapung KK untuk N3 blog saya sebab tak sempat snap gambar masjid tu. TQ
@harrizam;
Wassalam harrizam, boleh je harrizam, ambiklah, sharing is caring, hehe..
Post a Comment