Monday, June 25, 2012

TIRAMISU FOR YOU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sabtu baru ni, ummiross terima jemputan ke kenduri kesyukuran rakan blogger yang cantik manis. Fikir duk fikir apa nak di bawa sebagai buah tangan. Akhirnya Tiramisu jadi pilihan, sebab anak2 pun suka, buat pun senang. Cuma kenalah cari bahan, yang penting suci dan halal. Mascaporne cheese dan whipping cream pun dah senang nak cari yang halal sekarang.

DSC_0301

DSC_0311
Yang kat rumah boleh letak dalam gelas cantik2, yang di bawa sebagai buah tangan terpaksalah letak dalam tupperware, senang nak bawa.

Resipi Tiramisu ni banyak versi. Ummiross suka yang ni sebab telurnya tidak diletak mentah tetapi dimasak sedikit secara double boil.

Resipi Tiramisu:
3 biji kuning telur
100g gula
250g mascaporne cheese
400g whipping cream
Biskut ladyfingers atau kek(ummiross guna sponge kek)
Bancuhan kopi

IMG_9843
A.Satukan kuning telur dan gula, double boil dlm 3-5 minit sehingga gula agak hancur dan sebati dengan telur. Biarkan sejuk seketika.

IMG_9844 b
B.Sementara tu pukul mascaporne cheese sehingga gebu. Kemudian masukkan campuran telur gula tadi yg dah agak sejuk kedalamnya. Gaul sebati.

IMG_9856
C. Pukul whipping cream hingga gebu. Masukkannya ke dalam B,  kaupbalikkan hingga sebati. Siap untuk diguna.

IMG_9868
Renjis kek dengan bancuhan kopi sesuka hati, hehe..agak2lah kan, jangan terlampau suka hati pulak, lencun kek tu kan!

IMG_9867IMG_9869IMG_9870
Lapiskan dengan adunan yang telah siap tadi berselang seli. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam, baru sedap untuk di makan.

.DSC_0558
Akhirnya, taburkan serbuk koko ke atas lapisan cheese sebelum dihidang.

DSC_0551
Kepada yang berpuasa sunat hari ni, bolehlah mencuba sebagai pemanis mulut untuk iftar, sonang dan sodap, olala!!!

ps: Bestnya pekena nasi dengan ulam-ulaman dan tempoyak baik punya!, kat rumah Hanis Azla. Thank you dear Hanis and family. Sayang tak sempat jumpa Liza, tersenyum baca entrynya di blog pasal sejuknya ulam, panasnya durian…

44 comments:

Kesuma Angsana said...

wah best ni.. resepi mesti cuba tq!

Kazman / Sue said...

uikk... tengok pun dah sedap dah ni....

Mak Wan said...

Salam sayang ummi dan sahabat Salam Borneo

Telioq Mak Wan............kalau buat juadah berbuka puasa mesti sodap kan...he...he...he

Kamsiah said...

cantik dan menjadi....rasanya pasti sedap..:)

inazamri said...

alahai...kita tengah diet ni huhuhu

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. sedap sgt tiramisu ummi.. terima kasih byk2.. anak2 pun suka.. Han siap suruh saya minta resepi dari ummi.. langkah kanan rupanya sebab ummi dah berikan resepinya di sini..

Terima kasih byk yer buat ummi dan suami kerana sudi dtg.. berbesar hati sgt rasanya.. minta maaflah klu ada kekurangan..

puanbee said...

wah ummie terbaik , saya dah bookmark ... saya nak buat nanti nih ..

Ati Masrif said...

wah...seronoknya duduk berhampiran
dengan rakan blogger yek :)

tak pernah cuba lagi...insyaAllah
dah tak sabar nak cuba nanti..TQ!

mrs.asrafovic said...

waahhh..best nyer..nmpak sedap..'ll try it later...:)
thanx for sharing.....yum3...:)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ummi,

Ohhh cam tu yaa buat Tiramisu...nanti nak try. Tima kasih Yong!

NzA said...

ummi....nza br lepas buka puasa n terus terjah blog ummi...trpandang lak tiramisu ummi yg yummy tu...telan airliur jelh...hu.hu.hu.....

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

singgah sini rasa tiramisu

nak satu glas lagi ...boleh...

Amie said...

mmmm...sedapnya Ummi...nyaman masuk ke tekak...Amie ambil satu gelas ye Ummi cayanggg!

khairul said...

terlior la Ummi

FnF Simple Life said...

salam kenal...suka lak resepi ni sbb telur tu dipanaskan dulu kan.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Senang dan sedap ni KA...

ummiross said...

@Kazman/Sue;

Jangan tengok je Kaz/Sue, jemputlah makan,hehe...

ummiross said...

@Mak Wan;

Salam sayang dan salam rindu-rinduan Mak Wan.

Betul tu Mak Wan, sedap dan mengenyangkan jugak.

ummiross said...

@Kamsiah;

Hehe..sekali-sekala buat, kadang elok je jadi, kadang2 ada yang 'kureng'.

ummiross said...

@inazamri;

haha...kalau cuba satu cawan, nanti nak lagi ni Ina, hancus diet kita.

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah, Hanis n anak2 suka, riasau juga bagi kuih tapi orang tak suka, maklumlah selera lain2.
Nanti boleh ajak Han buat sekali,main masak2, senang je ni, mesti dia seronok.

Sama2 kasih. Takde yang kurangnya Hanis,layanan mesra, menu pun best!, dijemputpun ummi sangat berbesar hati.

ummiross said...

@puanbee;

Trylah buat nanti bee, insyaAllah anak2 bee tentu suka ni.

ummiross said...

@Ati Masrif;

Yelah Atie, kalau dekat, sekali-sekali bila ada majlis boleh juga bertemu mata.
Cubalah Atie, senang je buatnya.

ummiross said...

@ mrs.asrafovic;

Boleh2, nanti cubalah, memang sedap terutama kepada yang sukakan western dessert.Sama2 dear!

ummiross said...

@ MOH KEMBARA;

Cayalah, akak memang boleh buat punya kak, mesti sedap!. Ummi pun masih duk terbayang puding Turki n pizza akak tu, mabeles!!!

ummiross said...

@NzA;

NzA, memang kalau buat berbuka puasa ni memang best!, Kalau dekat, dah hantar untuk NzA berbuka ni..

ummiross said...

@Atuk

Waalaikumussalam Atuk;

Hehe dah sempat merasa ye,amacam, ok tak Atuk?

ummiross said...

@Amie;

Amie cayang..selalu ummi yang singgah makan kat dapur Amie, hari ni Amie pulak singgah kat dapur ummi, ambik 2-3 gelas pun takpe Amie,hik!

ummiross said...

@khairul;

Jangan renung lama2 khairul, nanti meleleh airliur..

ummiross said...

@FnF Simple Life;

Salam kenal juga dari ummi,terima kasih sudi singgah.

Ha'ah, ummi pun suka resipi ni sebab telur tu di masak sedikit secara double boil, takdelah pukul mentah2 macam tu.

Sweet N Pretty said...

sedapnya ummi yummy. tgh posa lak ni huhu. pos le sini sikit hehe

KhaiRin : anies said...

kalu sy mai bangi ummi kena buat kn utk sy tau! hehehehe

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

hehe..Intan, kalau pos nanti cair meleleh, datang je Bangi nanti, kita sembang2, makan2.

ummiross said...

@KhaiRin:Anies;

Boleh2 Anies,beres!, roger2lah dulu sebelum datang tu.

MumMe said...

wah..boleh try ni ummiross...

ummiross said...

@MumMe;

Boleh2 MumMe...mudah je,mesti anak2 suka ni, cold, creamy and cheesy!

jemarisuri said...

mmg terbaek lah ummi puya dessert...mesti sedap kan..^^

ummiross said...

@jemarisuri;

hehe js,tq. Cubalah nanti js,mana tau nanti jadi peberet js n keluarga pulak.

zaxx said...

terliurnya tengok gambar tiramisu tu..kena try wat nie..hehe

Yumida said...

sedapnye sis..tertelan air liur sy...

nn lylyn said...

wah bagus ni =) terliur dah..

ummiross said...

@zaxx;

try je zaxx, insyaAllah menjadi...

ummiross said...

@Yumida;

Hehe nanga jak dah nyaman, klu makan lagi nyaman ni Yumida..

ummiross said...

@ nn lylyn;

jemput makan nn lylyn,hiihik!!