بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Kempas..kempis..kempas..kempis, kempas..kempis.., tiba-tiba teringat pulak lagu Siti Tanjung Perak ni, orang muda mesti tak tau lagu ni kan!.Ummiross pun setakat satu baris tu je lah tau, ulang2 sampai 4-5x perkataan yang sama…,hik!!!
Ni cerita pasal pergi JB hari tu. Orang kata otak-otak Kempas sedap dan murah!. Dengan semangat berkobar-kobar, dalam hujan yang tak renyai, dengan bantuan GPS yang dua tiga kali juga tersasar sebab silap masuk lorong, akhirnya ketemu jua kilang/perusahaan otak-otak Kempas ni.
50 bungkus cuma RM13, murahkan! dalam 26 sen satu bungkus. Mulanya rasa macam banyak pulak, tapi dah memang dijual macam tu, belilah jugak.Rupanya bila balik sekejap je abih, sekali bakar, bukan boleh makan 1-2 bungkus, sure tak cukup. Bukan kempas-kempis lagi dah, tapi kembang kempis hidung menghidu aromanya yang harum bila di bakar!
Otak2 dalam daun dan otak dalam kulit popia. Dua-dua sedap!!. Kalau ke JB lagi, insyaAllah nak beli lagi. Pada ummiross dah sedap dah otak2 Kempas ni, atau ada lagi yang lagi best? Rakan2 blogger atau customer ummiross di JB, tentu boleh bagi tips kalau ummiross ke sana lagi.
25 comments:
otak2x ni kan si Adam anak kami yg kecik paling suka... sekali dia gigit makan sekali dia teguk air... sebab pedas agaknya... haaa3x tapi suka punya pasal habis juga dia makan...
penah dgr tp x penah mkn lg
Assalamualaikum Ummiross
tak berupa suka....sebab tak kenyang...he he
@Kazman/Sue;
hehe..ayahnya dilahirkan di JB kan, mesti anak suka otak2, hik!.
Hihi..tentu seronok tengok gelagat Adam kan,walaupun pedas tetap nak makan jugak!
@KhaiRin;Anies;
Anies..tu lah kalau rumah dekat2 boleh ummi bagi je, sama2 rasa.
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Hehe..betul tu Atuk, kalau dari segi kenyang memang tak kenyang, tu sekali hadap boleh abih 10 bungkus tu, hik!!
cam sedap je..sy x pnh lg merasa..jg x pnh tgk dijual di sini...
js plak tak brapa pandai nk mkn..tak tau kenapa..hehe
murah betui!
selalunya makan otak2 terengganu saja
kalau pi johor ..harus cuba nanti :)
Assalamialaikum ross..
Lama x mkn otak-otak. Sedap dok mkn gitu jer. :)
@Yumida;
Yumida..masa diam kat sarawak pun ummi tak pernah jumpa ni, nanti datang Semenanjung, ummi belanja hik!
@jemarisuri;
Oh ye ke js, ummi pun dulu tak berapa suka, tapi bila acapkali cuba, sedap pulak!
@Ati Masrif;
Hmm murahkan..
biasanya kalau makan yang dah siap bakar, harganya dalam 70 sen satu.
Otak2 Terengganu pun best!!
@Deru Ombak;
Waalaikumussalam KakY..
Hehe..panggang dulu KakY, baru lalu nak makan...hik!
anak2 mumme pun suka makan otak2 panas...bila be rebut tu yg best...
Salam Yong,
Akak dah tua bangka baru tau makan otak2, tak bape pandai makan. Dan isi sikit jer, makanlah 2-3 bungkus kat Pahang ari tu.
otak2 kempas mmg yg trbaiklh ummi....anak2 nza semua suka mkn otak2 nie.......
terliur la pulak..ptg ni kena p cari kt pasar mlm....
@MumMe;
Oh dia orang suka ye.Hehe betul tu mumMe..bila berebut tu yang lagi best tu.
@MOH KEMBARA;
Wassalam Kak...
Ye lah kak, dulu2 ummi pun tak berapa suka, sekarang ni bila dah biasa makan, macam suka pulak!
@NzA;
Oh ye ke NzA, jadi betullah pilihan ummi ni hik!. Kalau makan otak2 tu, ingatkan ummi juga ye, hehe..
kalau dah kena dengan tekak kita sedap la tu....kadang2 kat tekak kita ok,tekak org len xblh terima..murah tu mmg berbaloi beli mkn satu family...:)
oh .. tk pernah ke jb lagi ..
@Aishah Jahirah;
Ye lah Aishah,selera lain2 kan.Hmm murah kan, puas makan.
@puanbee;
Oh ye ke, insyaAllah satu hari nanti sampailah tu..
sy. dah cuba sdap cuma data dia agak pdas. ckit .mmg susah nk kekilang tuw sy GPS pun tersasar lastly ADA hamba Allah tlg tunjuk sampai kekilang tuw.alham dullillah sampai jua.
Post a Comment