بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Dah lama sangat tak ke water park. Masa anak-anak kecik dulu pernah juga bawa anak-anak ke Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, juga Bukit Merah. Seronok sangat ingat zaman2 tu, riang ria anak-anak bermain air.
Baru-baru ni adik datang bercuti. Anak-anaknya ada yang masih kecil, jadi memang nak sangat pergi ke water park. Kami pergi yang paling dekat dengan rumah, Desa Water Park, Taman Danau Desa, KL.
Ummiross tak pernah lagi ke sini. Kira oklah juga. Kalau anak-anak kecil memang sesuai sangat, tempat taklah besar dan masih terkawal. Yang mandi manda pun ramai yang masih menutup aurat, yang over2 sampai sakit mata tu takdelah. Tiket untuk masuk pun masih berpatutan.
Anak-anak ummiross tumpang sekaki. Bergilir-gilir anak beranak naik papan gelonggsor thunderbolt dan supertube ni. Ummiross jadi pemerhati je, takde keberanian.
Tak banyak ambil gambar sebab sibuk bermandi-manda. Boleh tengok kat video ni untuk lihat kemudahan yang ada di Desa Water Park.
Musim berenang dan berendam-seminggu kemudian kami sekeluarga ke Gambang Water Park pulak. Ada Family Day ofis Mr Hubby kat sana.
Ni apartmen penginapan kami- Carribean.
Family Raft, boleh naik ramai2 satu famili. Gelongsor dari bukit yang tinggi ni, tak pernah termimpi ummiross nak naik. Tapi dipujuk oleh anak-anak, jomlah ummi naik, kita sekeluarga. Aduyai!!, kecut perut. Tapi bila tengok family orang lain, bila landing dalam air tu, splash!!!, wajah semua riang ria.
Dalam hati terfikir, budak kecik naik, orang tua naik, apa kelas ummiross tak naik, hehhe..ok sahut cabaran. Mula-mula start melungsur tu boleh senyum lagi, lepas tu punyalah gelongsor tu berpusing-pusing, sampai satu ketika rasa macam nak terpelantingpun ada, hehe perasaan ummiross je tu. Splash!!!, lega!, senyum riang ria anak beranak, best juga rupanya, tapi cukuplah hanya sekali, hanya sekali ni sahaja..
Ummiross rasa agak crowded juga kat Gambang Water Park ni, tapi tak kisahlah, yang penting kita enjoy dengan famili. Enjoy…enjoy juga, tapi jangan sampai tak hengat dunia, malang tidak berbau…
Selamat berhujung minggu, see you next week...