بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Hujung minggu baru ni dapatlah santai-santai kat rumah setelah 2-3 minggu asyik bermusafir..bermula dari Johor, Melaka dan Terengganu. Berjalan memang seronok, tapi kadang-kadang duduk santai-santai dirumah pun best juga. Rutinnya lebih tenang
Alhamdulillah kebetulan ada Forum Keluarga di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi pada malam Sabtu baru ni, selepas solat maghrib. Penceramahnya Ustaz Zul Ramli Bin Mohd Razali dan Ustazah Zawiyyah Bt Hassan, manakala moderatornya Ustaz Iszam Bin Hj Padi. Ummiross fikir ramai yang kenal ustaz dan ustazah ni, sebab mereka selalu juga muncul di kaca TV. Ustaz Zul Ramli ni ada blog juga rupanya, nanti bolehlah singgah di SINI untuk membaca perkongsian ilmu dari Ustaz Zul.
Tajuk ceramah malam tu, Ku Nantimu di Pintu Syurga. Nak cerita pun panjang juga ni. Cuma cukuplah sekadar kita renungkan, jika di dunia pun kita tak sanggup berpisah dengan ahli keluarga tersayang, apatah lagi untuk kehidupan kekal abadi ‘di sana’ nanti. Jika benar sayang, perlengkaplah diri, bimbinglah ahli keluarga sekali agar taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Dan berdoalah sentiasa agar kita semua akan bertemu di syurga firdaus, kehidupan penuh nikmat dan berkasih sayang selamanya.
Firman Allah dalam Surah AnNuur, Ayat 54 yang bermaksud:
Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayat petunjuk dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata.
Hari Ahad, kami ke KLIA pula, berjumpa FIL yang akan menunaikan umrah bersama Andalusia Travel. Ramainya jemaah yang akan menunaikan umrah, teruja pula melihat suasana, suka juga melihat beg jemaah berbagai warna. Bila mendengar taklimat yang disampaikan, terasa kami ingin terbang sama. Semoga FIL selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat umrah yang mabrur..
19 comments:
bla tgk org g umrah ni, meronta2 hati nk pergi.mudah2an ada rezeki hendaknya thn dpn utk ke sn..amiiinnnn
Ye lah Anies, betul tu, meronta2 hati nak pergi juga kan.
Moga Allah SWT perkenankan niat murni Anies, aamiin..
Tulah semoga dapat bersama org2 tersayang disyurga nnt.. Amin...
Seronoknya dpt tunaikan umrah.. semoga saya pun akan sampai juga ke sana 1 hari nanti.. Amin
menghantar keluarga atau rakan taulan...kita pun sebak sama..terasa diri sendiri yg akan menjadi tetamu ALLAH...
salam ummi,
selalu juga kami ke masjid tu
seronok dan tenang sgt solat kat situ
saujana mata memandang.
kita pernah dgr ustaz abdullah kata
perkara yang paling membahagiakan kita
bangsa manusia ialah dapat berkumpul bersama2 keluarga di akhirat kelak.
Salam Ummi..
tertunduk malu.. dah lama rasanya kaki ni tak melangkah ke ceramah2 rohani begini.. huhu..
Jgnkan menghantar, cma yg baca kisah merekaa pegi ke tanah Suci pun, mmbuak2 rasa nk pergi...
salam kenal dr cma.. terima kasih drop komen :)
moga kita juga sampai kesana nanti yer ummiross...
dah pergi....tapi rindu nak pergi lagi...
wak pon rindu nk gi mekah lg..,uhUUu
Assalamualaikum Ummiross
Moga keluarga Ummi bahagia hingga ke Syurga
Bagus dapt ikut majlis macam ni. Dan untuk buat
right clik to check kat sini yer http://www.beinggeeks.com/2009/02/how-to-disable-right-click-in-blogger-blogspot.html
Harap dapat membantu yer
assallam ummi..semoga selamat pergi dan balik FIL ummi.
dah tua macam acik ni lebih suka dok rumah hari cuti ummi..rehat2 he he
gitulah hendaknya...gambar satu pun xkeluar...ish...
Assalamualaikum Ummi sayanggggg...
mudah-mudahan kita diberi rahmat dan limpahan kasih sayang-Nya untuk bertemu kembali bersama keluarga tersayang selama-lamanya di dunia nan abadi!
Alhamdulillah, brtmbah ilmu jika kita hadiri majlis mcm tu...
Moga FIL ummi slamat pergi n slamat kembali...adik nza br blk minggu lepas.....
teringin nk buat umrah...insyaallah coming soon jika diizinkan olehNya...doakanlah ye ummi...
Salam ummi,
seronoknya bila dapat join majlis2 ilmu.. terima kasih atas perkongsian baik yg di kongsi.. semoga FIL ummi mendapat umrah yang makbullah.. semoga ada rezeki utk kita ke tanah suci lagi.. insyaAllah..
Pengisian yg sangat cantik bila dapat bersama berhimpun dlm majlis macam itu ummi.. dpt muhasabah diri kan..
Buat PIL yg pergi umrah moga diberi kesihatan terbaik utk mejalankan ibadah di sana..
teringin juga nak pergi umrah...
Post a Comment