بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Salam Jumaat yang penuh barakah. Breakfast apa hari ni? Pernah ambik apa-apa supplement? Ummiross percaya ramai dari kalangan kita pernah mengambil supplement, tinggal lagi samada ia menjadi amalan rutin atau hangat-hangat tahi ayam je .
Ummiross ni rasanya masuk kategori kedua tu.Kadang-kadang ambil supplement kerana merasakan ia satu keperluan, kadang-kadang mungkin juga terpengaruh dengan iklan. Bermula dengan semangat membara, lama-lama makin reda, adakalanya merudum terus.
Lately ni ummiross cuba InnerShine ni. Kandungan utama pati jus delima, diperkaya dengan micro-algae extract dan micro collagen..bunyi macam iklanlah pulak!. Sedap juga bila diminum sejuk. Untuk kesihatan kulit ni, biar awet muda jangan awet cerewet!
Cherry Avtive baru sampai 2 hari lepas. Order online dengan sahabat lama ummiross. Dulu ummi ada cerita pasal Cherry Active ni kat N3 di SINI. Dulu-dulu dah pernah makan CA ni, lepas tu lama ummiross berhenti. Sekarang nak start baliklah sebab bila bangun tidur, sendi-sendi dah mula terasa ketat, takut juga simptom ahtritis ke apa, prevention is better than cure kan. Kalau nak tau lebih lanjut tentang CA ni, bolehlah LIKE di fb Cherryactive Asia kepunyaan sahabat ummiross dan suaminya.
Dari dulu ummiross memang suka dengan produk Shaklee. Vitamin C ni ummiross beli yang ada 300 tablets, untuk kegunaan sekeluarga. Juga order online.
Shaklee lagi…!. Protect your heart with Omegaguard
Yang penting setiap kali nak beli vitamin, ummiross akan cari yang ada tanda halal.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.
(Al Maidah: Ayat 88)
Semuanya ikhtiar je kan, jaga pemakanan.Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kunci kepada segalanya adalah berdoa, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua untuk terus beramal ibadat kepadaNya.
Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta, ceria-ceria sokmo!. Jumpa lagi minggu depan ye, insyaAllah.
38 comments:
ni, produk innershine terbaru ke? lom penah tgk lg... mahal x?
Sama2 kita amalkan gaya hidup sht.. :D
ummi..berapa rm innershine tu...saya tak nampak lagi kat farmasi...produk baru brands ke?
Kakak kategori yg sama dgn Ummi kadang terlupa, apa lagi kalsium kakak bila rasa tak selesa baru teringat. Tapi kalau supplement utk cantik tu ingat aje (perempuan biasalah ummi - nak cantik selalu walau dah azali memang macam ini hihi...).
Harap-harap kita terus sihatlah ye Ummi..
mahal tak ummi....nza amalkan makan garlic n rumpai laut....
wah ummi byk nye supplement..js ni ada gak beli tp tu la tak konsisten...hihi..
skrg ni js baru je try vco catalyst..hrp2 dpt la konsisten mkn...hihi
selamat bercuti ummi...jom kita ikut program langkah ceria hari ahad ni...^^
betul tu.. ikhtiar kitakan
bila tengok ummi mkn innershine,ina jd teringin nk try lak sbb mmg tak penah cuba produk ni.
@Khai♥Rin : anies;
Agak baru juga Anies, yang sebelum ni ekstrak prune tu kan, ummi pernah
ambil juga, tapi manis sikit yang tu, yang RubyCollagen ni ok, tak manis sangat.
@Ratu Hatiku;
InsyaAllah RH...
@❤Kamsiah❤;
Kam baru jugalah berbanding yang jus prune dulu tu, harga ummi lupa pulak Kam, nanti ummi survey balik harganya ye.
@Kakzakie;
Hehe betul Kakzakie, biar sentiasa cantik...dimata suami.InsyaAllah, moga Allah memberi kesihatan yang baik buat kita.
@NzA;
Ummi pun lupa harganya NzA, sekotak tu ada 14 botol je tu.
Kalau dah sesuai dengan garlic dan rumpai laut,teruskan je NzA.
@Jemarisuri;
Hehe..Ummi pun tak konsisten juga JS, entah2 dah jemu yang ni, nanti tukar lain pula.
Oh ada program lagi ye kat Putrajaya..selamat beriadah JS. Kalau tak ke mana, boleh juga ummi terjah nanti.
@Kesuma Angsana;
KA..usaha tangga jaya, hehe..
@inazamri;
Oh dah pernah makan ye, ummi dulu minum yang prune tu, ni nak try yang ni pulaklah, tengok macamana hasilnya.
ada borak2 di sekolah...ustazah ajak minum air delima...then mumme x sempat nak search ke apa ke...entry ummi ni mcm bg jawapan kpd pencarian...delima buah syurga...insyaAllah mujarab...cayyok ummiross...mumme pun kategori ke2 jugak...hik hik hik
Alhamdulillah bagus ummi rajin mkn suplemen. Innershine tu teringatkan maya karin dlm iklan. Badan kita dh susutnilai kan ummi hehe jadi kena la ambik seme ni. Intan mkn spirulina je ok jugak.
bila umur makin bertambah badan pun perlu tambah2 vitamin juga kan...ummi....?
Assalamualaikum ummi....
Saya bab2 mcm ni mmng hangat2 tahi ayam ...makan kejap, lepas tu berhenti..cuba pulak produk lain...bersusun botol kat rumah..tapi tak pernah habis...
Kena ubah perangai lepas ni.....
Assalamualaikum Ummi,
Amie pun masuk golonga kedua tu yang hangat2 tahi ayam tapi... tapikan Ummi beberapa tahun lepas Amie pernah amalkan minum Inner Shine, alhamdulillah terasa sangat perubahannya... Amie tak lagi selsema! Dalam setahun memang susah nak dapat selsema sekali, dan mungkin juga Amie tak amalkan minuman berais. Sekarang dah tak amalkan Inner Shine lagi... tapi syukur selsema tak pernah enyerang setakat ini.
assalam ummi..acik bukannya rasa ketat dah sakit pun..banyak juga vit.yang acik beli online dan makan..belum ada perubahan nampaknya..sabo je la kan ummi..dah sampai masanya
teringin nak cuba tapi tak tercuba lagi ...
assalamualaikum wbt,
kita pun sepesen jek. kdng makan sungguh kadang lupa
ada pun cuma 2..
vitamin c 1000mg & evening primrose oil 1000mg tu pun berbulan tak habis..hehe
ummi, innershine tu nmpk best la...
whh..produk innershine bru ke tu?? lya biasa mkn y prune & beri
ummi vit c tu berapa gm punya..berapa rm untuk 300 bj tu?
@MumMe;
Betul MumMe, antara buah yang disebut dalam Al Quran, tentu banyak khasiatnya. Kalau best yang jus tu, nanti bagitau ummi ye.
@ Sweet N Pretty;
Hehe..betul Intan, susut nilai, kena lah ganti mana yang kurang kan.
@yan's cottage;
Yes Yan, kena makan juga vitamin walaupun kadang2 malas.
@MulutPayau;
Samalah kita MP, tapi masa semangat datang tu belilah juga, kalau semangat hilang, nanti kita perbaharui lagi, hik!!
@Amie;
Wassalam Amie cayang..
Bagus kesan dia kan Amie, maklumlah extract buah, dulu ummi pun minum yang prune tu, sekarang cuba yang ni pula, sedap.
@Acik Erna;
Ye lah Acik, bak kata Intan, badan kita ni dah susut nilai, macam2 rasa ada. Harap2 terus sihat untuk beramal ibadat.
@izan mama mia;
Cuba izan, jangan tak cuba, sedap juga rasanya.
@ Ati Masrif;
Wassalam atie..
Hehe..samalah Atie kita ni, makan ikut mood, bila badan sakit2, rajinlah sikit, bila terasa sihat, malaslah pulak.
@ NM03;
NMO3..jom pakat minum, biar cun melecun!!
@LYAfrina;
Ye Lya, ummi pun dulu minum yang prune tu, tapi bila try yang ni ok lagi rasanya, tak pekat dan tak manis sangat.
BUNDA a.k.a KN;
Bunda... vit c ni 100 gm, chewable, budak2 pun suka. Ummi beli hari tu RM100, free postage. Yang botol kecik pun ada ni Bunda..
Post a Comment