Friday, April 26, 2013

MURTABAK AL RIZKI SEGAMAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat penuh barakah..

Hari ni kita ‘singgah’ Segamat sekejap ye. Hehe…ini cerita10 hari lalu, masa ummiross ikut Mr Hubby ke Segamat hari tu, baru sempat buat entry hari ni. Ummiross tak sempat ke mana pun, cuma duduk lepak2 je masa suami meeting, nasib baik meeting 2 jam je, tu pun boringnya menunggu, apakan daya, ikut juga sebab risau Mr Hubby ni mengantuk bila memandu sorang-sorang untuk perjalanan jauh, isteri “metallic’ lah katakan, sabau je menunggu.

So masa nak balik tu, haruslah singgah makan2 kan. Check kat Foursquare kot2 ada yang bagi tip tempat makan sedap2, tapi takde pula. Lepas tu Google, jumpalah satu blog yang cerita pasal tempat makan best di Segamat ni. Terima kasih CCT.blogspot. Begitulah kan sedikit perkongsian, dapat juga memberi manafaat kepada orang lain.

Sempat singgah kat k Restoran Al Rizki, Taman Yayasan Segamat ni, pekena Murtabak, besar gedabak saiznya, order sebiji makan berdua, hehe..bukan kedekut tau, kalau order dua confirm tak abih…sharing is caring.

20130416_171807 

Adik ni friendly betul, ok je bila minta izin nak ambil gambar. Tengoklah murtabak  besar gedabak tu, lumayan intinya, bersalut telur pula kat luar. Kalau nak tau rasanya kenalah cari kedai ni bila ke Segamat ye.

 IMG_6935

 

Cicah dengan bawang dan timun bersos, ada juga kuah kari. Sedaaap!.

IMG_6927 

Ada cerita disebalik tabir sebenarnya. Masa buat pembayaran hari tu, kami tak perasan tauke restoran tidak mengira bayaran murtabak yang kami take away sekali. Bila dalam kereta, kami duk kira2, takkan murah sangat. Memang gelabah betul lah, duit orang, walaupun 5 sen kenalah bayar kan!. Nak patah balik dah jauh pulak tu.

Mulanya Mr Hubby nak minta kawannya di Segamat tolong pergi bayarkan. Tapi bila masuk ofis, rupanya MrHubby kena pergi lagi ke Johor atas urusan kerja seminggu kemudian. Jadi semalam kami singgah lagi di Segamat, jumpa tauke ni, bayar balik harga murtabak yang tidak dikira hari tu, RM12, baru lega rasanya. Kakak ni pula baik sangat orangnya, siap sembang2 pula dengan kami selepas tu.

 IMG_6996

 

Kami singgah juga kat kedai Cendol Segamat ni, tak jauh dari kedai murtabak tadi. Sedap juga, tapi ummiross masih terkenangkan cendol bakar di Kuala Selangor.

 IMG_6936

Kejap lagi kami akan bertolak ke Melaka. Mr Hubby berkursus di sana, 2 hari. InsyaAllah esok anak2 join sekali. Sementara Mr hubby berkursus, dapatlah ummiross dengan anak-anak jalan2 makan angin dan jalan2 cari makan di Melaka pula. Sape ye gang blogger kat Melaka?, bolehlah suggest  tempat makan best2 kat sana pula.

Last but not least, terima kasih banyak buat sahabat maya, JemariSuri yang mengirimkan penanda buku ni. Cantik sungguh penanda buku yang dibuat sendiri oleh JS ni.  Thank you JS, mmmuahhh2x!!!.

IMG_6997 

Selamat berhujung minggu. Semoga ceria2 sokmo bersama keluarga tercinta.

24 comments:

Unknown said...

hehe..jalan2 cari makan alang2 dah temankan.. mmg besar murtabak tu.. ==' makan satu dah kenyang rasanya

Aziela said...

Murtabak tu memang menggoda betul. Saya pernah makan sekali jer yang macam nie. Kat Kg Melayu, JB. Even murtabak raja di pekan pun x sebesar ini.

Kak, malam nie saya balik Melaka. Esok Insya Allah ada di Melaka. Saya ada share beberapa tempat makan di Melaka dalam blog saya. Nanti akak godek2 yer. Insya Allah, hari nie saya share satu lagi entry.

ummiross said...

@Aziela;

Ummi pun 1st time makan yang sebesar gitu Aziela, tu yang kongsi berdua tu.
Terima kasih, terima kasih Aziela, nanti ummi godek2 kat blog Aziela ye.Harap2 sempatlah menyinggah tempat makan sedap2 di sana.

ummiross said...

@Nana Liena;

Heehee, murtabak sebagai upah teman kan tu Nana.

Nana..kenapa ek, ummi tak dapat tinggalkan komen kat blog Nana.

Ratu Hatiku said...

Sedapnya murtabak tu....

Semoga perjalanan ummi ke Melaka selamat pergi dan balik ya.. Amin

Tie HT said...

ummiros, bestnya murtabak dia..tapi saya memang dah lama tak turun johor..

Unknown said...

wah besonya murtabak..puas makan..wah cendoll

Hanis Azla said...

Salam ummi..

tengok gambar pun dah tergoda dengan murtabak tu.. lega bila dah dapat bayar semula kan.. wp bukan salah kita tapi bila dah namanya duit orang memang selalu rasa tak sedap nak biarkan saja..

selamat berjalan2 ke melaka ummi.. nnt share2 tempat makan yg sedap di sana pulak..

Kakzakie Purvit said...

Nampak saiz tangan pemuda tu dgn murtabak dia pun dah tahu besar yg amat saiznya. Kakak kalau lihat murtabak ingat bapak kakak sebab dia suka sangat murtabak.

Mujur Ummi terfikir dan en hubby ummi pun nak ke Johor lagi dah setel.

Ke Melaka pulak Ummi, puaslah jenjalan:)

Bunda_nora said...

assalam,

bunda kalu makan mertabak macam tu jer pun dah cukup...tak payah cicah lagi..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam UmmiRoss...berjalan sakan ke segamat ya.Atie selalu gak lalu lalang ke KL,tp tak pernah singgah kat kedai cendol bakar tu..Sedap ke?Klu sedap..nanti blh singgah :D

inazamri said...

lama tak makan murtabak.rasa lapar dah ni.cendol tu nampak sedap.ina pun tingin nak makan cendol bakar kuala selangor coz tak penah lg.

yan's cottage said...

sedapnya....ummi..dulu masa yan pergi larkin yan makan mertabak besar gedabak nie...memang puas hati betul sedapnya...sampai hari nie teringat2 bila nak pergi johor lagi...

Ati Masrif said...

salam ummi,

kalau dah besar gitu..mmh kena sharing.

kalau di melaka ..apalagi asam pedaslah

selamat bercuti lagi...jeless..hihi

Anonymous said...

wah jln sakan ekk ummi ni...
nti jln2 ke melaka lupa ole2 ye...haha..
(gurau je lah ummi)...hikhik

Amie said...

Assalamualaikum Ummiross sayanggg...
sesungguhnya bila kita dah pasang niat yang baik memang Allah akan berikan pertolongan untuk mudahkan urusan... syukur Alhamdulillah dapat bayar harga murtabak besar gedabaq tu...
Teringat cendol bakar Kuala Selangor ye... hai tak sabar nak balik kampung nak pi sana gak Ummi!

mamawana said...

Assalam,

Sedapnyer murtabak gadang bosa tu... cendol lagi...

Teringat semasa umrah 15 tahun lalu pernah makan roti canai besar rega 5 rial ajer...boleh makan 5 org, beli kat tepi hilton...

NzA said...

ok jugak la ummi tunggu 2 jam ttp penantian tu suatu penyiksaan...cewah...

nmpk amat2 sedap..kat muar ni ada jugak murtabak besar camtu n mmg trkenal.....namanya murtabak singapura....

Kamsiah yusoff said...

besarnya murtabak tu,mmg sah tak abis kalau makan sorg..

Anonymous said...

wah murtabaj tu nampak sedap sungguh lah !

Jahirah said...

wah besarnya murtabak dia kak....sini kecik2 je...

Mia Liana said...

uiiii sedapnya... selalu makan murtabak masa bulan puasa je..

Sweet N Pretty said...

wah mesti sedap murtabak tu. dulu2 kat segamat suka mkn nasi goreng kampung kat benteng dgn minum air kelapa laut dpn great wall. entah ada lg ke tak skrg ni..

marshalizadotcom said...

Ummiross

Esok marsha nak ke segamat..boleh la cuba murtabak ni nt..nyum2